Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

About Me

My photo

Teruskan perjalanan yg penuh liku. Tanpa cabaran kita takkan matang tanpa dugaan kita takkan berwaspada. Sentiasa yakin dan ikhlas dalam apa jua yg dilakukan

Friday, January 13, 2017

Kemaafan dendam yang terindah

Salam semua 😊

"Memaafkan dan dimaafkan"
Ia adalah sesuatu yg indah
Aku sendiri melaluinya hari ni
Kesilapan & salah faham yg bertahun kini terlerai
Besar sungguh hikmah Allah
Betapa sahabat itu mengikuti cerita hidupku tanpa aku sedar
Maafkan aku kerana ego ku yg dulu
Ketidak matangan ku membuatkan kita jauh
Bertahun kita ambil masa utk saling memaafkan satu sama lain
Betapa kita sudah dewasa
Sungguh!
Sayu sebak gembira semua bercampur
Saat aku melafazkan maaf pada mu sahabat, saat itu juga air mataku berguguran
Tertanya2 pada diri sendiri, kenapa baru sekarang aku mengambil langkah itu?
Perancangan Allah itu indah
Sangat2 indah
Disaat sahabat itu bergelut utk memutuskan utk memilih jalan hidupnya, saat itu juga aku dapat berhubung kembali dengannya
Moga kau terus tabah dan terus istiqamah dgn piliham jalanmu
Aku di sini akan terus berdoa semoga jalan hidupmu jauh dari kesukaran
Terima kasih utk setiap doa yg kau titipkan untuk ku
Aku terharu 😢
Terima kasih utk persahabatan ini
Moga ukhuwah kita akan terus berpanjangan dibawah lindungan Allah
Saat aku meluahkan ini, airmata ku laju mengalir

Terlalu banyak yg perlu aku ubah
Egoku yg dulunya menebal kini menipis
Amarahku juga padam
Sombongku telah jauh ku lontarkan
Patah ucapku harus berhati2 agar tiada lagi hati2 yg ku sakiti
Aku hanyalah insan kerdil yg penuh dengan kesalahan
Setiap hari aku cuba utk memnambahbaik walaupun jauh lagi dari kesempurnaan
Setidak2nya aku cuba untuk membuang segala negatif

Tetapkan hati ku Ya Allah
Mudahkan setiap langkah ku
Tunaikan segala doa2 ku
Kau lindungi semua insan yg aku sayang
Terima kasih Tuhan atas segala nikmatMu yg tak pernah putus 😭😭😭

Love
❤WAN❤

Thursday, January 5, 2017

Jangan pernah mempersoalkan QADA & QADAR ALLAH

:: PERKAHWINAN TANPA ZURIAT ::  😘😘

"Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul"... Pepatah lama yang hanya akan difahami oleh mereka yang bernasib sama..

Tiada satupun pasangan suami isteri yang telah ALLaH satukan dalam pernikahan yang sah yang tidak mahukan zuriat.. Tapi rezeki manusia itu berbeza-beza.. Ada yang sudah bernikah bertahun-tahun lamanya tapi masih belum ada rezeki anak..

Orang keliling hanya tahu bertanya dan berkata tanpa fikir perasaan orang lain..

"Rugi kalau dapat anak lambat.. Nanti bila dah tua, anak-anak masih kecil"

"Jangan la biar lama-lama baru nak dapat anak.. Takut nanti tak sempat nak menimang cucu sendiri"

"Takde berubat mana-mana ke? Cubalah ikhtiar"

"Orang perempuan ni kalau dah kahwin tapi takde anak, dah serupa macam kain buruk"

"Bro.. Air mani kau tak power kut..."

MashaALLaH... Yang berkata dan bertanya pun seolah-olah seperti tiada iman.. Ingat anak ni macam beli air kat vending machine ke? Masuk duit, tekan punat nak jantina apa, terus keluar anak tu? Satu lagi, pasti ke yang kita akan hidup sampai tua? Sedangkan Nabi ALLaH Zakaria a.s. diuji dengan tiada zuriat sehinga Baginda tua.. dan Baginda tak putus-putus berdo'a memohon agar dikurniakan zuriat.. Sesungguhnya tiada yang mustahil bagi ALLaH SWT.. Akhirnya Nabi Zakaria a.s. dan isterinya yang mandul dikurniakan seorang anak iaitu Nabi Yahya a.s.

Hanya mereka yang faham saja akan benar-benar mengerti.. Setiap bulan si isteri berdebar menanti kedatangan haid dengan harapan biarlah "sangkut".. Alangkah kecewanya hati, alangkah sedihnya hati bila tiba-tiba "bocor".. Air mata cepat-cepat dikesat agar jangan sampai suami nampak.. Serta-merta terus berpura-pura gembira seolah-olah takde apa yang dirasa kerana taknak suami turut kecewa..

Bukan taknak ikhtiar.. Fitrah manusia itu sendiri berikhtiar.. Zaman sekarang dah ada macam-macam teknologi canggih.. Tapi bukan semua orang mampu.. Katalah kalau mampu sekalipun, bohong kalau takde rasa bimbang.. Bagi si isteri, bagaimana kalau terbukti memang dia tak boleh mengandung? Bagaimana penerimaan suami nanti? Apa fungsi seorang isteri? Perlukah diizin suami menikah lagi?
Bagi si suami pula, bagaimana jika terbukti dia tak mampu memberi zuriat? Hancurkah ego seorang lelaki? Hilangkah kejantanannya? Bagaimana harus dijelaskan kepada isteri? Semua ini memerlukan tahap redha dan persediaan mental yang amat tinggi.. Ada juga suami yang salahkan isteri setiap bulan apabila isteri datang haid.. Seolah-olah isteri itu yang menentukan dia mahu hamil atau tidak.. Tak semua pasangan mampu duduk bertentang mata untuk sama-sama menyelesaikan masalah ini..

Hati isteri mana yang tak tersentuh melihat suami mendukung anak orang lain? Hati suami mana yang tak terkilan melihat isteri membelek-belek dan merenung pakaian bayi yang comel-comel ketika keluar shopping bersama?

Anak angkat... Memang mudah untuk dilafazkan tapi tak semua pasangan mampu melakukannya.. Ada suami yang berkeras hanya mahukan zuriat daripada bakanya sendiri.. Ada pula yang memikirkan masa depan anak itu nanti.. Bagaimana nak hadapi waktu untuk menjelaskan status anak itu nanti bila dia sudah dewasa.. Satu lagi yang ramai terlupa.. Anak angkat juga merupakan rezeki anugerah ALLaH.. Bukan semua pasangan ALLaH hadiahkan anak angkat.. Ada kes yang bertahun-tahun mencari anak angkat tapi ada je halangannya.. Duit dah keluar, tapi akhirnya si ibu ubah fikiran.. Ada juga yang memohon di Jabatan Kebajikan Masyarakat tapi proses itu tidak semudah ABC.. Banyak prosedur dan saringan yang akan dilakukan.. Akhirnya penantian itu jadi terlalu menyiksakan..

Kepada pasangan yang ALLaH uji tanpa zuriat lagi, kuatkanlah semangat kalian.. Mungkin ALLaH nak bagi masa untuk kalian kuatkan ikatan perkahwinan.. Mungkin ALLaH nak kalian enjoy honeymoon lama sikit.. Bersangka baiklah kepada ALLaH.. Jangan putus berdo'a dan cubalah cari masa yang sesuai untuk berbincang suami isteri.. Pilihlah jalan terbaik.. Jika nak ikhtiar, biarlah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.. Bagi keluarga, sanak saudara dan rakan taulan, hentikan soalan-soalan yang boleh mengguris perasaan.. Ini semua hak mutlak ALLaH.. Mempersoalkan zuriat seseorang sama seperti mempersoalkan Qada' dan Qadar ALLaH.. Hati-hati jangan sampai jatuh kufur.. Bagi yang sudah ada zuriat, jangan sombong dengan mereka yang masih belum ada zuriat.. Kita tak tahu nasib anak kita nanti macam mana.. Apa jadinya dia bila dewasa.. Betul, anak yang soleh/solehah boleh membantu ibu bapa di Akhirat.. tapi anak juga mampu menarik tangan ibu dan bapa ke Neraka.. Jangan sibukkan hal orang lain sehinggakan hal mendidik anak itu kita abaikan..

Kepada yang masih mencuba, amalkanlah do'a Nabi Zakaria a.s. iaitu Ayat 89 daripada Surah al-Anbiya'

.
.
Wan copy dari seorang sahabat utk tatapan kita bersama
Wan pun ada amalkan ayat dalam surah Maryam dan beberapa surah lagi
Ada ustaz yg berikan utk kita amalkan
Kita ikhtiar
Selebihnya tu Tuhan Yang Maha Mengetahui
Dia tahu apa yg terbaik utk kita
Apa yg perlu dan apa yg tidak perlu
Dia juga tahu bila masa sesuai utk berikan kita sesuatu
Kadang Dia tak bagi apa kita mintak hari2 tapi dia bagi sesuatu yg tak pernah kita mintak
Sebab apa?
Sebab Dia tahu iti yg kita perlukan sebenarnya
Bersangka baiklah pada ALLAH
Jangan pernah jemu berdoa
Bersyukur dengan segala nikmat yg diberi
Jangan pernah sekali kau dustakan
.
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?
.
❤WAN❤




Saturday, December 31, 2016

Salam Hujung Tahun

Bertahun belog cap itik ni tak dikemaskini
Okay. Kita nak cerita apa hari ni?
Wan tgh bercuti disuatu tempat yang dirahsiakan 😉
Takut ada paparazi datang intip 😅
Macam selebriti sangat kan





Kita belanja gambar sikit
Anggap la iklan tu ya
Hehehe

Di tarikh ini pada tahun 2013, I was admited utk minor opperation
Minor la kot
Tapi pengalaman pertama ni sungguh mendebarkan
Sampai sekarang parutnya masih ada ☺😊
Kenangan sangat kan


Untuk tahun baru akan datang, sama2lah kita didik  hati & jiwa untuk lebih tenang, positif serta redha. Tuhan tahu apa yg terbaik utk kita semua

Sayang korang 😍😍😍

❤WAN❤

Tuesday, June 9, 2015

Bulan Jun dah!

Assalamualaikum

Hai semua
Terbaca 1 komen kata lama tak update
Sorryyyyyy
Kesibukan melanda
Niat ada tapi masa tak sempat nak curi
Ni pun curi masa sat
Baru balik dari  mahkamah dan hantar anak2 kecil

Last week lalu kat 'syurga kami' which still in progress
Rasa sebak sekejap sebab progress berlangsung dengan lancar
Ucapan alhamdulillah tanpa henti keluar dari bibir
Terima kasih atas rezeki Mu ini Ya Allah
Jangka siap next year
Tak lama dah kan... ni pun pejam celik dan masuk bulan 6
Masa berlalu terlalu cepat
Office baru, tempat baru, kerja2 baru.. semua dah boleh addapt walau belum master sepenuhnya
Proses belajar masih berlangsung .. sampai bila2 pun akan terus belajar ilmu2 baru

This year tambah satu aktiviti baru
Yeayyyyy
New place with new friends
Gym!
Aim untuk turunkan berat badan semaksima mungkin
Attending tabata class dengan instructor yang cute n ramah
3 days a week
Kalau weekend tak ada tugasan atau balik kampung, pagi2 dah ada kat gym

apa lagi nak hapdet ni ya.. hehehe
Tiba2 feeling retis pulak
Ok lah.. nak sambung buat kerja
Nanti sembang lain ok
Belanja gambar terkini ai utk uollss ;)


Our 5th Annivesary

Happy annivesary husband

That day ~> 05.06.2010 ~> officially husband & wife
We are going through everything together ~> in sad & happiness
Thanks for always lend me your shoulder, wipe my tears, hold my hand when I'm in 'darkness', show me the way to be a good wife, make me smile & laugh everyday, always forgive me for my wrong doing & accept me the way I am
There's no word to describe how lucky I am to have you in life
You make me feel that everything is perfect in our life (but I know that it is not perfect yet.. ALLAH knows what is the best for us)
Thanks husband