Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, December 31, 2013

Alhamdulillah.. syukur pada Mu :)

Assalamualaikum
Salam buat semua

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar utk pembedahan petang tadi
Allah dengar permintaan Wan supaya diberi kekuatan dan ketenangan sepanjang masa
Semasa masuk dewan bedah Wan tenang
Tiada gundah, alhamdulillah
Berkat zikir & selawat tak putus2
Nurse yg in charge pun senyum je tengok Wan tadi
Sedar2 semua dah siap walaupun 3 jam dlm dewan bedah

Thanks atas doa kalian
Dlm duk sorok tak bgtau Wad mana, ada jugak yg datang melawat petang tadi
Tapi maaf sebab Wan masih belum sedar sepenuhnya
Suara pun tak berapa nak keluar lagi mi

Masih berpuasa
Utk pertama kali hampir 24jam Wan berpuasa
Alhamdulillah masih boleh bertahan
Cumanya masih belum turun katil je lagi
Kejap lagi nak try jalan pergi tandas
Insyaallah kalau tak ada apa2 masalah doktor bagi discharge esok
Harap semua OK
Wan dah HOMESICK!!!
Nak balik rumah
Nak tidur kat katil sendiri
Nak suami ada kat sebelah

Ok lah korang
Wan stop sini dulu
Nanti sambung lagi
Rajin pulak update belog kat katil hosoital ni :)

Salam sayang
♡WAN♡

Siaran langsung dari wad depan doktor pakar :)

Assalamualaikum
Salam buat semua

Masih di katil hospital
Rasa mcm puteri raja ;)
Misi baik, doktor pakar pun baik
Siap kena interview pasal kerja Wan buat lagi :)

Doktor pakar perempuan
Very friendly
Wan masih berpuasa dari pukul 12 tghmalam tadi
Opperation dijangka jam 1 petang ni
Rindu rumah
HOMESICK!!!

Lama sungguh pakar kat bilik ni
Ceritanya sampai bahtera nabi nuh & kapal titanic
Seronok share cerita8
Doktor baru kena bambu depan Wan
Susah jugak jadi doktor
All terms kena tahu
Tapi doktor2 muda tak boleh jawab
Nasib baik Dr Ng, doktor yg incharge membantu
Camana nak jadi doktor semua benda tak tahu?
Huhuhu
Makanya doktor pakar sakit puan, Dr Norlia membebel2 la kat diaorg

Ni duk tgh dengar doktor pakar soal doktor2 muda
Wan yg nak tergelak

Ok lah
Nak tgk muka doktor pakar yg awet muda
Senyum tak lekang dibibir

Doakan Wan agar semuanya berjalan lancar

Salam sayang
♡WAN♡

Monday, December 30, 2013

Bersiaran dari katil hospital :)

Assalamualaikum
Salam buat semua

Am just fine here
Awal masuk wad tadi je bp tinggi sikit
Wan takut sebenarnya
Pandai misi teka
Tengok keliling rasa cam mimpi je
Misi kata 'puan rehat dulu ya.. jap lagi kita check lagi sekali'
So baring2 la kat katil
Sesungguhnya rasa bosan sgt2
Rasa nak cepat selesai semua ni & nak balik rumah

Jap ekkkk...
Sambung balik lepas ni
Misi2 tukar shif
Wangi semerbak bilik Wan
Perfume
Nak terbersin pun ya ni ;)

Jom sambung balik
Pakar bius pun datang
Comel je pakar bius ;)

Ngeri pulak dengar penerangan doktor pakar bius ni
Tawakkaltu 'alallah
Allah ada bersama Wan
Mohon pada Nya supaya dikurangkan rasa risau dihati
Semoga dipermudahkan

Nak tengok gambar tak






Terasa sakit sikit
Tapi tahan je
Masa nak sujud tadi tertekan sikit
So lepas ni hati2 ya Wan

Malam ni lepas pukul 12 kena puasa
Masuk air pulak
Kuatkan semangat Wan
Sebenarnya Wan penakut bila ada perkara yg melibatkan hospital
Masa masuk wad kecemasan pun dah rasa mimpi ngeri
Pujuk diri sendiri supaya bertahan & terus kuat

Ok lah
Doktor nak scan perut
Maaf pada kawan yg bertanya Wan duk wad mana
Dekat suami pun dah pesan supaya tak bagitau
Wan tak nak orang tengok Wan dalam keadaan lemah
Nanti kita jumpa bila Wan dah betul2 sihat
Maaf sgt2
Terima kasih sebab korang concern dgn keadaan Wan
Love u all

Salam sayang,
♡WAN♡

Sambung balik

Sunday, December 29, 2013

Thanks for everything :)

Assalamualaikum
Salam buat semua di seluruh dunia
Wahhhhh...
Sebab apa?
Sebab ada yg baca blog Wan dari luar negara
Thanks sebab sudi singgah
Wan tak tahu siapa anda tapi anda kerap menjenguk
Do I know u?
Teringin nak tahu siapa dia ;)

Duk demam pulak hujung2 tahun
Sama je mcm tahun lepas
Masuk tahun baru demam n mc
So tahun depan pun sama jugak ni
Akan mc, insyaallah
Hehehe
Boleh pulak insyaallah

Wan pasti rindu dgn bau bilik Wan kat ofis
Rindu nak sibuk2 buat kerja
Rindu anak2 lelaki Wan yg 200 orang tu
Rindu nak bebel2 dgn diaorg
Wahhhhh
Ada list rindu2 dah ni :)
I love what am doing
Sebahagian dari hidup
Dah 10 thn kan
Tu la rasanya

Utk esok, Wan doa agar semua berjalan lancar
Harap sgt tak de yg lain2 pulak timbul
Wan tak suka stay kat hospital lama2
Wan nak duk rumah
Nak bau rumah sendiri
Tak nak bau hospital
Tapi kali ni kena berdepan dgn ketakutan
FEAR FACTOR!!!
Bekalan novel dah siap sbb risau kalau2 boring tahap GABAN
Dah download siap2 kat phone satu Quran, kot2 Wan lemah semangat boleh baca apa2 yg patut
Ada lagi tak yg Wan tertinggal??
Oooo.. minuman penguat tenaga MILO kotak pun dah beli
Air mineral je belum lagi

Macam nak travel je kan
Hahahaha
Travel pun tak mcm ni preparation nya
Apa2 je la
Janji bahagia ;)

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Buat Suami, Ma, Abah, Adik2 ku, Ibu mertuaku, Ipar dan Birasku, Semua kawan2

Mohon maaf seandainya ada yg masih tersimpan dihati
Wan kadang tak sedar Wan buat silap
Wan manusia biasa
Memang tak dpt lari dari kesilapan,
Suamiku, ampun dan maaf ya kalau syg pernah mengguris hati n perasaan
Isterimu ni kadang agak nakal, agak degil, tapi masih dengar cakap :)
Buat ma n abah,
Thanks for everything
Thanks for solat hajat that u do for me for these few days
Really appeaciate it
Love u both
Adik2ku
Kakak kalian ni mmg mulut bising
Suka membebel
Suka nak tegur
Sebab aku diciptakan sebagai kakak
Itu tanggungjawabku
Ma dan abah berharap agar aku boleh tegur dan jaga adik2
Kerja elok2
Belajar elok2
Minta restu ma n abah sentiasa
Ibu mertuaku
Thanks sbb sentiasa memahami
Spoting dan sentiasa tahu apa yg menantu mu suka makan :)
Selamat ulangtahun mak
Hari ni 29.12 harijadi mak kan
Niat nak buat kek kat mak tapi macam tak larat je sebab demam
Nanti Wan beli kek special utk mak
Ipar dan birasku
Anda tak terkecuali
Memberi keceriaan dlm hidupku
Sungguh, tak pernah sekali ada kecil hati dengan kalian
Happy dan sentiasa doakan kalian semua
Walau kita tidak sedarah tapi sentiasa dekat dihati
Maaf kalau ada teguran yg agak kurang menyenangkan
Itu tanggungjawab bukan sengaja nak menyakitkan
Have to do that
I'M SORRY
Buat sahabat baik ku
Irma, thanks for always be with me all this while
Ingat janji kita
We always have each other
Do pray for me
So that I can go through all of this
Untuk semua kawan2 yg mengenali Wan
Secara dekat atau jauh
Walau tidak pernah bersua
Thanks for your concern
Thanks for your doa
Thanks for your support
Terima kasih sebab sentiasa beri aura positif pada Wan
I owe you guys
Love all of you

<3 WAN <3
1010
29122013

Sunday, December 22, 2013

Resah dan gelisah tapi akan terus positif :)

Salam buat semua

Apa khabar ya?
Dah bersawang sikit mera blog hain
Wahhhhh
Hindustan pulakss

Tajuk tu?
Ya.. memang resah n gelisah
Tapi tetap nak teruskan
Untuk kesihatan
Tawakal pada Allah
Sekurang2nya Wan dah berusaha

Esok ambik cuti sehari tapi rasa nak masuk ofis jap siapkan apa2 yg apa2 yg patut
Takut tercuti panjang pulak nanti
27 Disember dah mula cuti terus
Sebab nak otak rest sebelum admit ward
30hb masuk ward n on 31st opperation
Minor opperation
Mohon doa dari semua utk kesihatan terbaik saya sepanjang tempoh tersebut
Wan sentiasa positif
Wan ada Allah bersama2
Wan sudah minta pada yg Maha Besar
Sentiasa belajar utk redha dgn setiap ketentuannya
Apabila diuji, sungguh Wan terasa dekat dengan Nya
Dia pasti inginkan yg terbaik utk semua hamba Nya

Maaf kalau seandainya ada yg tak dpt melawat Wan nanti
Awal2 dah pesan kat suami supaya merahsiakan wad dimana Wan ditempatkan
Bagi Wan cukup rakan2 tgk Wan dlm keadaan sihat dan happy
Nanti kalau umur panjang kita jumpa selepas Wan dah betul2 sihat ya ;)
Wan cuma perlukan doa n kata2 positif dari anda semua

Yes, am really happy with my life
Benar.. duit tak mampu beli semuanya
Kesihatan paling utama
Dan ini jugaklah sebab utama kenapa Wan terjebak dgn SHAKLEE
Hidup utk membantu dan memberi selagi mampu
Sharing tentang kesihatan kerana ini adalah anugerah yg tidak ternilai

Love u all 😍

- WAN -



Monday, November 11, 2013

Dugaan dan ujian tanda kasih sayang ALLAH

Salam buat semua

Apa khabar rakan2 yang Wan kasihi sekalian
Nasib baik blog tak naik sawang lagi
So tak de lah nak 'kemas2' sgt kan ;)

Apa cerita semua?
Wan cuba untuk mencuri waktu utk menulis blog
Masa terlalu mencemburui Wan
Baru nak taip ada je hal lain datang
Alhamdulillah hari ni punya sedikit waktu untuk coretkan sesuatu


Lain mcm je ayat?
Ada terdetik mcm tu ya
Hehehe
This is me..
Mmg kadang diri agak teremosi dgn persekitaran tapi alhamdulillah terlalu insan yang menyayangi Wan yg sentiasa ada saat Wan perlukan mereka
Sayang kalian semua

Wan cuma insan biasa yg tak boleh lari dari kesilapan
Wan belajar dari kesilapan
Wan takkan toleh ke belakang jika ia bisa membuatkan Wan kembali terluka
Wan teruskan perjalanan kerana Wan tahu janji Allah itu pasti
Selama mana sekalipun Wan akan terus berdoa
Tanpa pernah ada rasa putus asa
Yes.. am happy with what I have
Suami yang sentiasa ada ketika susah dan senang
Ma dan abah yang tak pernah luntur kasihnya walau sudah 32 tahun anak ini membesar
Adik2 yg tak pernah jauh dari hati seorang kakak
Ibu mertua yg terbaik dan tak pernah cerewet dgn menantu
Ya.. Wan adalah orang yg beruntung sebab semuanya lengkap
Terima kasih Tuhan atas anugerah yg tidak ternilai

------------------------------------

Saat mendengar sesuatu yg membuatkan jantungku terhenti seketika
Airmata bergenang ditubir mata
Namun aku lekas beristighfar
Kembali kepada Allah
Kerana Dia tidak akan pernah jauh
Aku tahu Dia sayangkan aku
Seorang hamba yg kadang lalai untuk sujud
Yg kadang lalai utk mengingati Mu
Yg kadang tersasar dari jalan Mu
Kau sentiasa mendengar saat aku lepaskan keluhan dikeheningan malam
Terasa dekat benar aku dengan Mu
Setiap kali bercakap dengan Mu
Airmata pasti tumpah
Kerana aku merasakan aku tidak layak untuk meminta apapun dari Mu

Pernah aku nekad dalam diri
Tidak akan sekali pun aku akan tunjukkan kesedihan hati
Cukup hanya aku dengan Tuhan
Hidup aku untuk memberi
Memberi kegembiraan dan kebahagiaan untuk semua
Aku tak mahu ada insan yg bersedih tatkala melihat aku berduka

Aku dianugerahkan satu kekuatan yg aku sendiri tak pernah duga
Kekuatan hati dan jiwa
Walau sebesar mana ujian dan dugaan yg datang
Aku masih mampu untuk bertahan
Kerana aku tahu Kau sentiasa ada untukku
Terima kasih Tuhan atas anugerah ini

Tuhan takkan pernah menduga hamba Nya
Kerana Dia tahu hamba Nya itu mampu untuk berhadapan dengannya

Cukup apa yg aku ada sekarang
Kasih sayang yang melimpah ruah
Perhatian dan keprihatinan insan lain terhadap aku
Aku tidak akan pernah meminta lebih dari itu
Cukup untuk bekal ku hadapi hari esok
Kerana aku tahu
HIDUP AKU PENUH DENGAN KASIH DAN RAHMATMU ALLAH

1633-11112013
<3 WAN NURHAFIZA <3

** Just sharing.. Buat masa ni Wan sibuk sikit dgn tugasan as a social worker, as a wife dan yg terbaru as a bussinesswomen.. Love doing biz.. sejak 2 bulan kebelakangan ni terjatuh cinta dgn dunia biz.. Doakan terbaik utk Wan.. Wan doakan yg terbaik untuk kalian semua :) **

Tuesday, October 22, 2013

Berkampung di Bukit Kiara

Salam sayang2 semua...

Nampak ceria je kan tapi dalam hati menakutkan nehhhh...
Sayang saya yg satu itu si kenari 'sakit' la pulak.. Sian dia..
Nampak gayanya kenalah ku redah jua jam KL ni utk ke Ampang, bengkel abang iparku..
Jgn sesat sudah.. Mcm dah jadi makanan je kalau masuk area KL yg tak familiar nehhh.. Pasti sesat!!!

Dah melalut bukan2 dah.. Hihihi
Back to the topic.. Yup.. Memang berkampung di Bukit Kiara for 4 days.. Indah suku landscape INTAN Bukit Kiara.. Macam tak duk kat KL pun ya.. Hijau rimbun pepohon dan deruan air terjun buatan..
Yang tak tahan kalau menapak ke kelas atau ke dewan makan..
Huhuhu.. Mcm tak tahu kan.. Memang tak la aku nak menapak sejauh itu semata2 nak makan.. Maunya lapar balik nanti.. So mlm tadi relaxkan perut dari dinner.. Diet la konon..

Stop jappp... To be continue.. Kelas dah mula ;)

Ok.. Sudah petang.. Kelas mula jam 2.30 petang.. Cikgu lawa so tak la ngantuk sangat.. Hahaha.. Boleh gitu? :)
Mmg cikgu lawa pun, dah lawa peramah pulak.. Tanya apa pun tak kena marah..
Seronok masuk kelas.. tak stress walaupun subjek diluar bidang.. New knoelwdge.. Enjoying the moment ngadap screen komputer sehari suntuk walaupun mata dah mula rasa blur n penat
Power spec baru je 2 bln lepas turun.. risau kot naik balik sebab bila tgk papan putih kat depan kena tenung lama baru nampak huruf.. Haiyaaaa... tak mau tak mau... Dah seronok power kurang!!!

Oklah.. Kelas sudah mau mula.. Mau tgk buku jap supaya tak teraba2 masa cikgu lawa mengajar.. Hehehe..
Daaaaaaaaaaaaaaaaaa....

Love,
ME

Monday, October 21, 2013

Ingatan buat diri ini yang sentiasa alpa dan lupa

Jgn salahkan mereka jika sehingga kini mereka masih melayan kita sprt anak2 kecil.. Pastinya mereka merindui saat2 membesarkan kita.. Jgn pernah timbul rasa marah jika sehingga kini mereka masih menegur kekhilafan kita, kerana pasti mereka sentiasa menginginkan yg terbaik untuk kita walau kita sudah punya keluarga sendiri..

Saat mereka merindui kita, hanya panggilan telefon yg mampu mengubat kerinduan itu.. Jgn pernah sekali pun kita menidakkan kerinduan itu kerana pasti kita akan merindui mereka saat mereka sudah tiada lagi.. Jgn pernah mengatakan kita tidak punya masa utk mereka.. Tinggallah sebentar urusan dunia dan layanilah mereka yg bertahun2 melihat kita membesar.. Tak rugi walau kita luangkan masa dlm setengah jam utk meredakan kerinduan itu..


Jgn pernah sekali kita mengabaikan mereka walau kita punya tanggungjawab lain krn tanpa mereka siapalah kita disaat ini.. Bibir mereka takkan pernah sekali mengucapkan rasa kecewa dihadapan kita tapi mungkin dihadapan sang pencipta rasa itu diluahkan, disimpan jauh di sudut hati.. Kerana apa? Kerana tidak mahu kita tersinggung jika rasa itu diluahkan


Jgn pernah sekali kita mempersoalkan kenapa begitu dan kenapa begini kerana pasti segala apa yg mereka buat pasti ada sebabnya.. Bukan kerana mereka membandingkan antara anak2 mereka.. Kasih sayang mereka tiada beza cuma kita yg terlalai dan tak pernah cuba utk mengerti mengapa mereka buat semua itu.. Setiap anak pasti ada beza cara membesarkan, sebab perangai anak2 itu sendiri berbeza.. Cuba kita bayangkan betapa sukarnya mereka melayan kerenah kita semasa kecil.. Pasti sukar kalau kerenahnya mcm2..


Aku sayang mereka sehingga ke akhir nafasku.. Walau sudah punya pelindung sendiri, aku akan tetap pastikan mereka gembira dan bahagia hingga kehujung hayat mereka.. Aku akan sedaya upaya cuba utk pastikan hanya airmata gembira sahaja mengalir diwajah mereka.. Gembira kerana telah berjaya membesarkan kami semua dengan baik dan sempurna..

Dedikasi khas buat ayahanda Wan Ghazali Wan Sulaiman dan bonda Wan Ainin Wan Hussin

19102013
03.55 pm

Saturday, September 28, 2013

Sibuk ke?

Salam buat semua...

Wahhhh... sibuk ke wan? hehehe... boleh tahan la.. mcm2 hal nak kena buat.. agaknya la kan, bilakah waktunya kerja akan berkurang? asyik bertambah je kan.. huhuhu.. tak pe lah.. ikhlaskan hati supaya kerja tu boleh jadi satu ibadah

Pssst... Alhamdulillah.. dah join something new.. bukan nak berniaga ya tapi nak sharing.. Sudah jatuh cinta dgn #shaklee.. setelah sebulan menggunakannya maka bermulalah kisah sharing ttg kebaikan #shaklee bersama rakan2.. Alhamdulillah bulan pertama dgn sambutan yg agak memberangsangkan.. Jemputlah singgah ke https://www.facebook.com/lovelifeshaklee?ref=hl

Better late than never.. Berusaha utk sihat dan menjaga anugerah kesihatan yg Tuhan bagi kat kita..

Oklah... ada keje sikit.. nanti sambung lagi..
Daaaaaaaaaaaaaa

Love,
ME

Sunday, September 8, 2013

Cuti-cuti Malaysia

Salam buat semua..

Hiiiii... Buat apa tu? Dah ada yg lena kot maklumlah dah pukul 11.10 malam.. Esok kerja so harap2 anda semua tidak tergolong dalam MONDAY BLUES ya... Kena betulkan niat dan ikhlaskan hati dalam menjalankan tugas.. Jadikan kerja tu suatu keseronokan so tak la boring kan... Itu yg saya buat.. Jarang sekali nak rasa bosan dengan tugas sebagai social worker ni... berkhidmat untuk masyarakat.. :)

So, weekend kali ni buat apa je? Saya nak share satu tempat menarik.. Taman Rama-rama kat Teluk Bahang, Penang.. Mungkin ada yang dah pernah sampai sini.. Tiket RM18 je..

Walaupun tak besar mana butterfly farm ni tapi puas hati sebab boleh tgk byk rama2.. bkn sahaja rama2 ada juga spesis binatang seperti iguana, lizard.. apa lagi ekkk... haaaaa.. ulang gonggok.. orang utara panggil apa dah ya.. lupa pulak.. sepah bulan ke apa ntah...

Jom kita tengok gambar.. ;)































































Banyaknya gambar... Gambar tuan tanah dan suami pun ada.. hehehe.. Mata sudah mahu tidur.. huhuhu.. Jom tidur..
Daaaaaaaaaaaaaaaaaa

Love,
ME