Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, January 28, 2013

Latest About ME...

Salam buat semua...

Tajuk orang putih terrrr... hehehehe... saje je nak nak provoke orang baca...

Am back to nature... dengan cuaca dingin & sejuk di Taiping... Beberapa hari dengan cuaca yg agak kering & panas agak tidak selesa tapi redah je... Tu baru panas dunia kan...

@PadangSera - Panas&Kering

 
@Taiping - Hujan.. Construction yg mencacatkan pemandangan tapi untuk keselamatan di masa depan :)

@Taiping - Hujan... Construction yg mencacatkan pemandangan tapi untuk keselamatan di masa depan :)

@Taiping - Kereta berteduh.. cik hitam yang dah tak bergerak selama beberapa hari.. sian dia ditinggalkan :)


Tapi dalam duk cuaca panas pun sempat lagi memborong di Padang Besar, Perlis bersama cik abe, ibu mertuaku dan sepupu cik abe.. sempat la grab few things..  :) Tak tahan woooo.. tgk bag lawa2.. cuba pejam mata tapi nampak jugak.. kacau betul la.. so beli la supaya tidak termimpi2 di malam hari... cukup la sekadar 1 bag dan 2 helai blouse.. part ni aku jalan berdua dgn ibu mertuaku.. mak pun beli bag jugak..  terasa jahat pun ya sebab bagi cadangan kaler2 yang agak latest & menarik.. kata aku supaya mak nampak muda 10 tahun.. gelak je mak.. katanya dia hanya suka warna2 gelap je.. aku pulak boleh cadang kaler pink belacan, oren muda, dark red.. hehehe.. color blocking.. cantik kan kaler2 cam tu.. Ni apa yg aku beli... tidaklah seberapa.. but am satisfied with what I bought that day :) Kalau ikut nafsu, memang ada lagi nak dibeli tapi tahan la ya.. raya cina nak kelik kelate.. semestinya ada je yg nak dibeli... lagi kacau ni.. huhuhu








Oh ya.. before that day.. ada sesuatu yg 1st time aku buat.. gubah hantaran... dulu2 la kan pernah la 'tolong' my mum buat gubahan hantaran.. 'tolong' dalam erti kata tolong menyibuk dan melambatkan kerja.. hahaha... she knows ME.. tak pandai tapi nak memandai2.. Berbalik cerita hantaran.. actually permintaan cik abe untuk buat 1 hantaran bagi majlis pertunangan sepupu dia.. so aku sanggup la sebab satu je.. so dengan suka hatinya aku mula menggubah coklat berdasarkan idea yg ada di internet.. maka terciptalah hantaran ini..




Amacam?.. cantik tak?... hehehe.. tak mintak dipuji pun.. cubaan pertama.. yg tukang buat ni pun not 100% satisfied sebenarnya.. rasa macam ada kekurangan je tapi tak tau tang mana yg kurangnya... tak pe.. nanti cuba lagi di lain masa ya.. opsss... lupa nak cakap.. bunga2 matahari kat atas tu ibu mertuaku yg letak.. tak nak bagi nampak sangat coklatnya :)





Sireh junjung.. permintaan last minute ni.. so ini la hasil kerja last minute.. jenuh meng'google' mencari contoh.. sepatutnya guna bunga hidup tapi hari cuti umum agak2 ada tak kedai bunga yang bukak ya?.. huhuhu... nasib baik la kedai alat hantaran buka hari tu.. so cik abe temankan la pi beli barang utk siapkan semua ni.. :)





Gubahan last sekali aku buat.. yang ni tak la susah sangat.. cuma nak kilatkan je.. my mum pernah ajar kalau nak kilatkan buah buat je dengan minyak masak.. tinggal hias bakul dengan reben je... yang ni paling puas hati & mata utk tengok.. hehehe (masuk bakul, angkat sendiri.. boleh ke? berat ni.. hahaha)


Oklah.. nak solat asar dulu... nanti nak update tentang JOM TEROKAI PERAK PULAK.. rasanya macam tak update lagi tentang tu..

Tatatititutu.. jumpa lagi.. byeeeeeeeeee

From me For you: RENTETAN PENGALAMAN DI HARI HARI TERAKHIR SITI HAJ...

From me For you: RENTETAN PENGALAMAN DI HARI HARI TERAKHIR SITI HAJ...: Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, segala puji-pujian dirafakkan kehadrat A...

Monday, January 21, 2013

Choc Orange Moist Cake

Salam buat semua...

Alhamdulillah, percubaan inovasi dari resepi asal menjadi... yeaaayyyyyyyy.. lagi seronok bila orang makan diaorang cakap sedap... ngeeeee.. harap2 ikhlas ya :)

Jom kita tengok apa bahan2nya

3 biji telur (Gred A) - kalau pakai gred B buat 4 pun ok

1 tin susu cair (jangan tersalah susu plak.. kang letak susu pekat satu tin.. kencing manis nanti... hahahaha)

 

1 sudu teh orange emulco



1 sudu teh esen vanila



1 1/2 butter (250 gm + 125 gm butter) - agak2 je la ya.. potong dua tu dah kira separuh

2 cawan gula kastor (kalau nak kurang manis buat la 1 1/2)

1 cawan serbuk koko (sila ayak dulu ya)



2 cawan tepung gandum (gunakan sukatan cawan yang sama)



1 sudu teh baking powder + 1 sudu teh soda bikarbonat ( di ayak jugak)




Cara2nya seperti berikut :

Masukkan butter dlm periuk untuk dicairkan dgn menggunakan api sederhana.. (hati2 ya.. jgn sampai periuk terlalu panas sebelum masuk butter. bertukar warna pulak butter tu nanti.. pastu panik... bercakap melalui pengalaman.. hehehe)

Kemudian masukkan 1 tin susu cair sambil kacau butter 

Masukkan gula kastor sedikit demi sedikit.. dan kacau (pastikan gula tu cair.. kacau sampai bawah.. kang ada berketul2 pulak)

Masukkan esen vanila.. kacau lagi.. 

Kacau sebati semuanya dan tutup api.. pastikan api sederhana sehingga habis sesi kacau mengacau ya

Kalau malas tak payah pindah adunan dalam bekas lain.. tapi saya rajin so pindah la dalam bekas lain :)




Dalam bekas lain, pukul telur sehingga kembang.. Agak2 dah kembang masukkan dalam adunan awal tadi dan kacau lagi




Pastu baru masukkan tepung+soda bikarbonat+baking powder yang telah diayak tadi dalam adunan... gaul sebati.. 




Asingkan dalam satu cawan utk lapisan tengah.. 




Adunan yang secawan ni masukkan 1 sudu teh orange emulco (tapi saya letak satu sudu besar... hehehe... )

 


Adunan yg banyak tu masukkan pula dgn serbuk koko yang telah diayak dan gaul sebati...






Sediakan loyang yang telah disapu butter supaya kek tidak melekat... saya pakai loyang yg jenis loose sbb bila dah siap nanti tak de la susah payah nak keluarkan dari loyang



Opppsss... lupa nak ingatkan.. periuk kukus tu kena panaskan dulu ya... agak2 dah panas dgn kata lain air dah mendidih, ubah pada api sederhana...




Ok.. masukkan adunan coklat tadi ke dalam loyang utk lapisan pertama (kalau nak buat 3 lapis tinggal la dlm secawan untuk lapisan last nanti.. )




Peringatan keras : selepas masukkan adunan, tutup loyang dgn alumunium foil utk elakkan air dari tutup periuk menitik dalam adunan






Kukus adunan tadi dalam setengah jam dan keluarkan untuk masukkan layer kedua.. 




Masukkan adunan oren tadi untuk lapisan kedua dan kukus dalam setengah jam...




Agak2 dah setengah jam keluarkan dan masukkan adunan coklat yg saya cakap tinggal secawan (kalau malas nak buat byk layer tak perlu la ya..)





Kukus utk hampir 45 minit then matikan api... agak2 dalam 10 minit keluarkan dari periuk kukus





Bahan2 coklat ganache (kiranya utk topping)

300 gram dark coklat/coklat masakan
150 ml whipping cream
1 sudu besar butter

Cairkan coklat guna kaedah double boiler.. then masukkan butter dan kacau sampai larut..
tuang whipping cream..


boleh tuang atas kek..



Siap sudah... hias yang entah apa2 rasanya... hehehe


Jemput makan ya semua


Selamat Mencuba :)