Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, November 11, 2013

Dugaan dan ujian tanda kasih sayang ALLAH

Salam buat semua

Apa khabar rakan2 yang Wan kasihi sekalian
Nasib baik blog tak naik sawang lagi
So tak de lah nak 'kemas2' sgt kan ;)

Apa cerita semua?
Wan cuba untuk mencuri waktu utk menulis blog
Masa terlalu mencemburui Wan
Baru nak taip ada je hal lain datang
Alhamdulillah hari ni punya sedikit waktu untuk coretkan sesuatu


Lain mcm je ayat?
Ada terdetik mcm tu ya
Hehehe
This is me..
Mmg kadang diri agak teremosi dgn persekitaran tapi alhamdulillah terlalu insan yang menyayangi Wan yg sentiasa ada saat Wan perlukan mereka
Sayang kalian semua

Wan cuma insan biasa yg tak boleh lari dari kesilapan
Wan belajar dari kesilapan
Wan takkan toleh ke belakang jika ia bisa membuatkan Wan kembali terluka
Wan teruskan perjalanan kerana Wan tahu janji Allah itu pasti
Selama mana sekalipun Wan akan terus berdoa
Tanpa pernah ada rasa putus asa
Yes.. am happy with what I have
Suami yang sentiasa ada ketika susah dan senang
Ma dan abah yang tak pernah luntur kasihnya walau sudah 32 tahun anak ini membesar
Adik2 yg tak pernah jauh dari hati seorang kakak
Ibu mertua yg terbaik dan tak pernah cerewet dgn menantu
Ya.. Wan adalah orang yg beruntung sebab semuanya lengkap
Terima kasih Tuhan atas anugerah yg tidak ternilai

------------------------------------

Saat mendengar sesuatu yg membuatkan jantungku terhenti seketika
Airmata bergenang ditubir mata
Namun aku lekas beristighfar
Kembali kepada Allah
Kerana Dia tidak akan pernah jauh
Aku tahu Dia sayangkan aku
Seorang hamba yg kadang lalai untuk sujud
Yg kadang lalai utk mengingati Mu
Yg kadang tersasar dari jalan Mu
Kau sentiasa mendengar saat aku lepaskan keluhan dikeheningan malam
Terasa dekat benar aku dengan Mu
Setiap kali bercakap dengan Mu
Airmata pasti tumpah
Kerana aku merasakan aku tidak layak untuk meminta apapun dari Mu

Pernah aku nekad dalam diri
Tidak akan sekali pun aku akan tunjukkan kesedihan hati
Cukup hanya aku dengan Tuhan
Hidup aku untuk memberi
Memberi kegembiraan dan kebahagiaan untuk semua
Aku tak mahu ada insan yg bersedih tatkala melihat aku berduka

Aku dianugerahkan satu kekuatan yg aku sendiri tak pernah duga
Kekuatan hati dan jiwa
Walau sebesar mana ujian dan dugaan yg datang
Aku masih mampu untuk bertahan
Kerana aku tahu Kau sentiasa ada untukku
Terima kasih Tuhan atas anugerah ini

Tuhan takkan pernah menduga hamba Nya
Kerana Dia tahu hamba Nya itu mampu untuk berhadapan dengannya

Cukup apa yg aku ada sekarang
Kasih sayang yang melimpah ruah
Perhatian dan keprihatinan insan lain terhadap aku
Aku tidak akan pernah meminta lebih dari itu
Cukup untuk bekal ku hadapi hari esok
Kerana aku tahu
HIDUP AKU PENUH DENGAN KASIH DAN RAHMATMU ALLAH

1633-11112013
<3 WAN NURHAFIZA <3

** Just sharing.. Buat masa ni Wan sibuk sikit dgn tugasan as a social worker, as a wife dan yg terbaru as a bussinesswomen.. Love doing biz.. sejak 2 bulan kebelakangan ni terjatuh cinta dgn dunia biz.. Doakan terbaik utk Wan.. Wan doakan yg terbaik untuk kalian semua :) **