Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, December 31, 2013

Alhamdulillah.. syukur pada Mu :)

Assalamualaikum
Salam buat semua

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar utk pembedahan petang tadi
Allah dengar permintaan Wan supaya diberi kekuatan dan ketenangan sepanjang masa
Semasa masuk dewan bedah Wan tenang
Tiada gundah, alhamdulillah
Berkat zikir & selawat tak putus2
Nurse yg in charge pun senyum je tengok Wan tadi
Sedar2 semua dah siap walaupun 3 jam dlm dewan bedah

Thanks atas doa kalian
Dlm duk sorok tak bgtau Wad mana, ada jugak yg datang melawat petang tadi
Tapi maaf sebab Wan masih belum sedar sepenuhnya
Suara pun tak berapa nak keluar lagi mi

Masih berpuasa
Utk pertama kali hampir 24jam Wan berpuasa
Alhamdulillah masih boleh bertahan
Cumanya masih belum turun katil je lagi
Kejap lagi nak try jalan pergi tandas
Insyaallah kalau tak ada apa2 masalah doktor bagi discharge esok
Harap semua OK
Wan dah HOMESICK!!!
Nak balik rumah
Nak tidur kat katil sendiri
Nak suami ada kat sebelah

Ok lah korang
Wan stop sini dulu
Nanti sambung lagi
Rajin pulak update belog kat katil hosoital ni :)

Salam sayang
♡WAN♡

Siaran langsung dari wad depan doktor pakar :)

Assalamualaikum
Salam buat semua

Masih di katil hospital
Rasa mcm puteri raja ;)
Misi baik, doktor pakar pun baik
Siap kena interview pasal kerja Wan buat lagi :)

Doktor pakar perempuan
Very friendly
Wan masih berpuasa dari pukul 12 tghmalam tadi
Opperation dijangka jam 1 petang ni
Rindu rumah
HOMESICK!!!

Lama sungguh pakar kat bilik ni
Ceritanya sampai bahtera nabi nuh & kapal titanic
Seronok share cerita8
Doktor baru kena bambu depan Wan
Susah jugak jadi doktor
All terms kena tahu
Tapi doktor2 muda tak boleh jawab
Nasib baik Dr Ng, doktor yg incharge membantu
Camana nak jadi doktor semua benda tak tahu?
Huhuhu
Makanya doktor pakar sakit puan, Dr Norlia membebel2 la kat diaorg

Ni duk tgh dengar doktor pakar soal doktor2 muda
Wan yg nak tergelak

Ok lah
Nak tgk muka doktor pakar yg awet muda
Senyum tak lekang dibibir

Doakan Wan agar semuanya berjalan lancar

Salam sayang
♡WAN♡

Monday, December 30, 2013

Bersiaran dari katil hospital :)

Assalamualaikum
Salam buat semua

Am just fine here
Awal masuk wad tadi je bp tinggi sikit
Wan takut sebenarnya
Pandai misi teka
Tengok keliling rasa cam mimpi je
Misi kata 'puan rehat dulu ya.. jap lagi kita check lagi sekali'
So baring2 la kat katil
Sesungguhnya rasa bosan sgt2
Rasa nak cepat selesai semua ni & nak balik rumah

Jap ekkkk...
Sambung balik lepas ni
Misi2 tukar shif
Wangi semerbak bilik Wan
Perfume
Nak terbersin pun ya ni ;)

Jom sambung balik
Pakar bius pun datang
Comel je pakar bius ;)

Ngeri pulak dengar penerangan doktor pakar bius ni
Tawakkaltu 'alallah
Allah ada bersama Wan
Mohon pada Nya supaya dikurangkan rasa risau dihati
Semoga dipermudahkan

Nak tengok gambar tak






Terasa sakit sikit
Tapi tahan je
Masa nak sujud tadi tertekan sikit
So lepas ni hati2 ya Wan

Malam ni lepas pukul 12 kena puasa
Masuk air pulak
Kuatkan semangat Wan
Sebenarnya Wan penakut bila ada perkara yg melibatkan hospital
Masa masuk wad kecemasan pun dah rasa mimpi ngeri
Pujuk diri sendiri supaya bertahan & terus kuat

Ok lah
Doktor nak scan perut
Maaf pada kawan yg bertanya Wan duk wad mana
Dekat suami pun dah pesan supaya tak bagitau
Wan tak nak orang tengok Wan dalam keadaan lemah
Nanti kita jumpa bila Wan dah betul2 sihat
Maaf sgt2
Terima kasih sebab korang concern dgn keadaan Wan
Love u all

Salam sayang,
♡WAN♡

Sambung balik

Sunday, December 29, 2013

Thanks for everything :)

Assalamualaikum
Salam buat semua di seluruh dunia
Wahhhhh...
Sebab apa?
Sebab ada yg baca blog Wan dari luar negara
Thanks sebab sudi singgah
Wan tak tahu siapa anda tapi anda kerap menjenguk
Do I know u?
Teringin nak tahu siapa dia ;)

Duk demam pulak hujung2 tahun
Sama je mcm tahun lepas
Masuk tahun baru demam n mc
So tahun depan pun sama jugak ni
Akan mc, insyaallah
Hehehe
Boleh pulak insyaallah

Wan pasti rindu dgn bau bilik Wan kat ofis
Rindu nak sibuk2 buat kerja
Rindu anak2 lelaki Wan yg 200 orang tu
Rindu nak bebel2 dgn diaorg
Wahhhhh
Ada list rindu2 dah ni :)
I love what am doing
Sebahagian dari hidup
Dah 10 thn kan
Tu la rasanya

Utk esok, Wan doa agar semua berjalan lancar
Harap sgt tak de yg lain2 pulak timbul
Wan tak suka stay kat hospital lama2
Wan nak duk rumah
Nak bau rumah sendiri
Tak nak bau hospital
Tapi kali ni kena berdepan dgn ketakutan
FEAR FACTOR!!!
Bekalan novel dah siap sbb risau kalau2 boring tahap GABAN
Dah download siap2 kat phone satu Quran, kot2 Wan lemah semangat boleh baca apa2 yg patut
Ada lagi tak yg Wan tertinggal??
Oooo.. minuman penguat tenaga MILO kotak pun dah beli
Air mineral je belum lagi

Macam nak travel je kan
Hahahaha
Travel pun tak mcm ni preparation nya
Apa2 je la
Janji bahagia ;)

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Buat Suami, Ma, Abah, Adik2 ku, Ibu mertuaku, Ipar dan Birasku, Semua kawan2

Mohon maaf seandainya ada yg masih tersimpan dihati
Wan kadang tak sedar Wan buat silap
Wan manusia biasa
Memang tak dpt lari dari kesilapan,
Suamiku, ampun dan maaf ya kalau syg pernah mengguris hati n perasaan
Isterimu ni kadang agak nakal, agak degil, tapi masih dengar cakap :)
Buat ma n abah,
Thanks for everything
Thanks for solat hajat that u do for me for these few days
Really appeaciate it
Love u both
Adik2ku
Kakak kalian ni mmg mulut bising
Suka membebel
Suka nak tegur
Sebab aku diciptakan sebagai kakak
Itu tanggungjawabku
Ma dan abah berharap agar aku boleh tegur dan jaga adik2
Kerja elok2
Belajar elok2
Minta restu ma n abah sentiasa
Ibu mertuaku
Thanks sbb sentiasa memahami
Spoting dan sentiasa tahu apa yg menantu mu suka makan :)
Selamat ulangtahun mak
Hari ni 29.12 harijadi mak kan
Niat nak buat kek kat mak tapi macam tak larat je sebab demam
Nanti Wan beli kek special utk mak
Ipar dan birasku
Anda tak terkecuali
Memberi keceriaan dlm hidupku
Sungguh, tak pernah sekali ada kecil hati dengan kalian
Happy dan sentiasa doakan kalian semua
Walau kita tidak sedarah tapi sentiasa dekat dihati
Maaf kalau ada teguran yg agak kurang menyenangkan
Itu tanggungjawab bukan sengaja nak menyakitkan
Have to do that
I'M SORRY
Buat sahabat baik ku
Irma, thanks for always be with me all this while
Ingat janji kita
We always have each other
Do pray for me
So that I can go through all of this
Untuk semua kawan2 yg mengenali Wan
Secara dekat atau jauh
Walau tidak pernah bersua
Thanks for your concern
Thanks for your doa
Thanks for your support
Terima kasih sebab sentiasa beri aura positif pada Wan
I owe you guys
Love all of you

<3 WAN <3
1010
29122013

Sunday, December 22, 2013

Resah dan gelisah tapi akan terus positif :)

Salam buat semua

Apa khabar ya?
Dah bersawang sikit mera blog hain
Wahhhhh
Hindustan pulakss

Tajuk tu?
Ya.. memang resah n gelisah
Tapi tetap nak teruskan
Untuk kesihatan
Tawakal pada Allah
Sekurang2nya Wan dah berusaha

Esok ambik cuti sehari tapi rasa nak masuk ofis jap siapkan apa2 yg apa2 yg patut
Takut tercuti panjang pulak nanti
27 Disember dah mula cuti terus
Sebab nak otak rest sebelum admit ward
30hb masuk ward n on 31st opperation
Minor opperation
Mohon doa dari semua utk kesihatan terbaik saya sepanjang tempoh tersebut
Wan sentiasa positif
Wan ada Allah bersama2
Wan sudah minta pada yg Maha Besar
Sentiasa belajar utk redha dgn setiap ketentuannya
Apabila diuji, sungguh Wan terasa dekat dengan Nya
Dia pasti inginkan yg terbaik utk semua hamba Nya

Maaf kalau seandainya ada yg tak dpt melawat Wan nanti
Awal2 dah pesan kat suami supaya merahsiakan wad dimana Wan ditempatkan
Bagi Wan cukup rakan2 tgk Wan dlm keadaan sihat dan happy
Nanti kalau umur panjang kita jumpa selepas Wan dah betul2 sihat ya ;)
Wan cuma perlukan doa n kata2 positif dari anda semua

Yes, am really happy with my life
Benar.. duit tak mampu beli semuanya
Kesihatan paling utama
Dan ini jugaklah sebab utama kenapa Wan terjebak dgn SHAKLEE
Hidup utk membantu dan memberi selagi mampu
Sharing tentang kesihatan kerana ini adalah anugerah yg tidak ternilai

Love u all 😍

- WAN -