Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, July 31, 2014

Thanks for the wish mom

Assalamualaikum
Salam buat semua

Terubat hati bila mak Wan wish ulangtahun kelahiran tadi
She say sorry atas apa berlaku sehari dua ni
Tanya pasal hadiah Wan cakap hadiah paling bermakna utk Wan kalau ma kembali ok.. tak nak hadiah lain.. nak ma cepat sihat

Hari ni ma dah boleh senyum
Bila doktor pakar datang tadi dia dah boleh gelak2 kecil
Thanks doctor sebab friendly sangat
Thanks sebab buat mak Wan gelak n senyum

Doa segala yang terbaik utk mak Wan
Next week kena masuk office dah
Memang terasa berat hati nak tinggal
Rasa nak tukar duk dekat je in 24 hours

Now kat sebelah katil ma
Lena ma tidur
Lepas malam tadi balik rehat n adik ganti tunggu kejap
Petang ni Wan tunggu pulak
Nak tidur pun tak lena sangat sebab banyak sangat fikir
Kuatkan semangat ya ma
Nanti kita nak raya sama2
Sayang ma sangat2
U r my mom, my friend, my counselor
My everything

Salam sayang
Wan Nurhafiza
4.42 pm
31 Julai 2014

Pahit utk ku telan, tapi itu hakikat

Assalamualaikum
Salam Aidilfitri utk semua

Wan di sini menemani bonda tersayang
Dihari lahir Wan yg ke 33
Bonda tersayang 6 kali tak sedarkan diri
Sungguh.. jauh disudut hati ada satu rasa yg tak terungkap
Aku hanya mampu berbicara dgn Tuhan
Bicara bisu dari hati seorang hamba yg mengharap belas ehsan Mu

Abah sengaja tunggu aku sampai disini baru dimaklumkan tentang keadaan bondaku
Adik2 ku juga kunci mulut
Diaorg takut aku dan suami rushing drive balik kampung
Memang awal pagi tadi terdetik sesuaut tapi aku positifkan diri
Itu yg bonda aku ajar
Kena sentiasa positif n bersangka baik
Hancur luluh hatiku bila dlm hanya beberapa kilometer dari rumah, adik bongsu call n mintak aku terus ke hospital
Ya Allah.. dugaan apa yg berikan kali ini
Aku redha.. aku hanya hamba Mu yg lemah
Kata suami, apapun yg berlaku kita kena belajar utk redha dan sentiasa positif
Thanks abg kerana meminjamkan bahu utk aku melepaskan rasa sayu sebak n sedih
Thanks kerana sentiasa jadi penguat semangat tatkala aku berduka
Tuhan hadirkan abang utk sayang pada masa yg tepat, org yg tepat utk menjaga sayang
Orang yg tepat yg mampu ubah sayang menjadi lebih baik

Ma, please kuatkan semangat
Apapun berlaku kak ja redha
Tuhan takkan uji diluar kemampuan hamba Nya
Ujian Allah tanda dia sayang
Cuma satu permintaan aku..
Tolong berikan lagi ruang masa utk aku balas segala jasanya

Bila mana aku masuk berjumpa di wad selepas bondaku sedar, aku cuba kuatkan semangat
Bila dia memegang erat tanganku dan memohon maaf andai ada silapnya sepanjang membesarkan aku, aku tahan airmata dari gugur
Aku bisik ke telinganya 'ma.. please be strong.. k.ja belum beraya dgn ma lagi.. belum salam cium tangan n pipi ma lagi.. ma kena kuat ya.. k.ja tunggu ma balik rumah'
Sungguh.. hanya tuhan yg tahu betapa susahnya aku nak berlagak seolah2 aku tak sedih dan berduka
Terus aku berlalu dan memeluk belakang suami ku
Bagaikan empangan yg pecah, airmataku tak henti mengalir
Hanya dia sumber kekuatan ku kini
Aku tahu aku kena kuat utk adik2 ku
Aku tgk abah kuat, aku pun kena kuat
Kami takkan menangis di depan ma
Kami nak ma tgk kami kuat berhadapan dgn semua ni
Kami nak ma kuat mcmana kami kuat berhadapan dgn situasi ni

Disaat ini, aku hanya mampu menatap wajah bondaku dan terus berdoa agar kau kembali sihat
Kan kita dah janji nak buat family gathering hujung tahun ni kan ma
Ma kena bangun n lawan rasa sakit
Nanti k.ja n fiqah teman ma shopping
Geng2 anak lelaki dgn abah
Bangun ya ma
Malam ni k.ja takkan lelapkan mata semata2 nak tunggu ma bangun
Kesian abah ma
Abah pun tunggu ma bangun n sihat semula
K.ja tahu abah menangis belakang kami

Hari ni harijadi k.ja tau ma
Ma tak pernah lupa
K.ja baru niat nak belanja kita satu family makan2
Ma bangun ya
Kita beli favourite cake ma
Esok harijadi apis
6hb harijadi fiqah
Kami nak celebrate sama2 dgn ma n abah
Kami tak nak hadiah pun
Kami nak ma sihat semula

Mohon doa kalian utk kesihatan bonda saya

SELAMAT HARI ULANGTAHUN KE 33 TAHUN WAN NURHAFIZA
KAU KENA KUAT
KAU KENA POSITIF
KAU KENA BELAJAR UTK REDHA
LETAK KEBERGANTUNGAN HANYA PADA ALLAH
DIA TAHU APA YG TERBAIK UTK KAU WAN NURHAFIZA

Salam sayang utk semua
Wan Nurhafiza
1.23 am
31 Julai 2014