Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, September 23, 2014

Garlic




Membantu mengekalkan tekanan darah normal 

Formulasi Shaklee yang unik.

Mengandungi Spearmint - Mempertingkatkan sistem penghadaman, fungsi jantung.

Antibiotik Yg Selamat & Semulajadi - Selamat utk kegunaan jangka panjang utk m'pertingkatkan sistem imun tubuh, menghalang penyakit berjangkit spt selsema, batuk, kulat, kuman, virus dan yis candida

Menghalang Alergi - Spt hidung yg sensitif, sinus, alergi, asthma, selsema dan hepatitis 

Juga Mampu menentang bakteria 

Membantu mengekalkan tekanan darah normal dan tahap kolestrol.

*Memelihara tahap kesihatan mikro organisma penting.

Mampu menurunkan kadar darah tinggi dan kolesterol

Mampu menyingkirkn toksin dari tubuh

Mampu menurunkan kadar Nitrosamine, pencetus kejadian sel kanser. 

Menstabilkan Glukos di dlm tubuh kita





YOUR SHAKLEE DISTRIBUTOR

WAN NURHAFIZA



Rezeki Dari Allah

Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.
----------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.
--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
-----------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.
-------------------
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
---------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.
------------
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil

Thursday, September 4, 2014

Setmu

SETMU
------

Setmu
Kala aku terkenangkan suatu ketika dahulu
Kenangan antara kita
Ia begitu dekat dihatiku
Setmu
Biar pun kini kita jauh
Namun ukhuwah kita tetap terjalin
Setmu
Antara kita tidak pernah ada sengketa
Gurauan kita cukup menceriakan hari yg sedia indah
Gelak tawa setmu walau tidak kedengaran tapi ia tetap dekat dihati
Setmu
Entah bila kita kan bersua
Mungkin disaat itu
Banyak yg hendak dibicarakan
Setmu
Andai suatu hari nanti
Aku terlebih dahulu meninggalkan setmu
Maafkan kekhilafan ku
Kerana aku hanyalah insan biasa
Terkadang silap tutur bicaranya
Tidak pernah terniat dihati utk menyakiti hati setmu

Nukilan
Mok wae
Taiping
9.45 malam
18.8.2014

Aku Dia dan Kamu

Aku dia dan kamu
----------------------------

Kita yang dulunya anak2 kecil
Kini sudah dewasa
Sudah punya kehidupan sendiri
Sudah pandai berdikari

Kita yang dulunya sering bersama
Walau dalam apa jua keadaan sekalipun

Kini
Kita kembali bersama
Dan sentiasa ada
Utk satu sama lain
Walau hakikatnya
Kita berjauhan

Disinilah medan kita
Berkongsi rasa
Berkongsi kisah suka dan duka
Berkongsi segala perasaan yg ada
Kerana kita hanya jadi diri kita sendiri
Tiada hipokrit

Ketawa dan menangis bersama
Gurau senda yang tak pernah berpenghujung
Itulah aku dia dan kamu

Mok Wae
11.30 pm
04.09.2014