Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, December 25, 2017

Suara Hati

Ya Allah
Andai ini kafarahmu utk menyucikan hati2 kami
Kami redha
Dengarlah keluhan dan rintihan hati kami
Berikan kami ketabahan utk mengharungi ujian dari Mu
Kuatkan semangat kami utk terus membantu
Tidak kira tenaga atau wang ringgit
Agar kami yg jauh ini mampu meringankan segala kesusahan saudara kami di sana

Sungguh
Hancur luluh hati kami
Melihat kemusnahan yg berlaku
Hanya jasad kami teguh berdiri di sini
Tapi jiwa kami kembali ke kampung halaman
Tiada lagi kediaman
Tiada lagi tempat bermain
Yg ada hanyalah lautan
Allahuakbar

Kami bermohon kepada Mu agar Kau akhiri semua ini
Kami anggap ini tanda kasih sayang Mu
Yg mengingatkan kami yg telah lalai
Yg sering lupakan Mu
Mengingatimu hanya disaat susah
Tidak disaat dilimpahi kesenangan
Ampuni segala dosa2 kami Ya Allah
Tunjukkan kami ke jalan Mu

Anak rantau Kelate
♡ Mok Wae ♡
10.35 pm

  • 25122014

Monday, December 18, 2017

Jumpa lagi Taiping

Salam semua
Moga semuanya dalam keadaan sihat & gembira
Bersiaran dari Stesen Keretapi Taiping. Nak balik ke KL dah. Hati tisu sebab nak pisah dgn awak En suami. Boleh tak padam hari Isnin dari hari2 dalam seminggu? πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
Study week bermula. Doakan saya diberikan kesihatan yg terbaik. Tiada apa yang saya mahukan. Doa yang baik2. Fikir yang baik2.
Sambil2 menunggu train, tiba2 ada seorang wanita berbangsa cina menegur saya. Macam pernah kulihat tapi lupa kat mana jumpa. "Puan... saya ibu kepada anak OKU. Dapat bantuan kebajikan." Yes.... ingat2. Senyum dan berbual2 tentang perkembangan anak istimewa tu. Kebetulan pulak sama train dengan anak dia yang sambung belajar kat KL.
Bila dah kerja sebagai social worker ni, kemana pun pergi akan ada yang kenal & tegur. Itu biasa dan sudah terbiasa.
Moga terus istiqamah & ikhlas membantu orang.
Oklah. Train lagi seminit dua sampai.
Moga ketemu lagi.
Moga kita semua sentiada dibawah rahmat Allah.
Salam sayang.

Love,
Me

Thursday, December 14, 2017

Indah 2

Jangan pernah ada dendam dihati
Jangan pernah menyimpan rasa benci
Maafkanlah
.
Manusia biasa
Jauh dari kesempurnaan
Sering lupa
Sering alpa
Perbetulkan segala khilaf
.
Terima kasih Tuhan
Anugerah jiwa besar dari Mu
Buat aku kuat
Buat aku sabar
Buat aku bersyukur
.
Tuhan tak pernah tidur
DIA melihat
DIA mendengar
.
Love
πŸ’›WANπŸ’š
24082016
2120

Indah 1

Terus bangkit walau dalam kesakitan
Terus berjalan walau melalui laluan penuh duri yg mampu melukakan setiap inci tubuhmu
Terus berharap agar suatu hari nanti dihujung laluan itu ada sinar menanti
Andai ia tidak seindah yg diimpikan, sabarlah
Tuhan masih ingin menguji kesabaranmu
Tuhan sedang mengangkat darjatmu
Ajari dirimu untuk redha
.
Jangan pernah sekali kau padamkan senyuman pada wajah
Terus tersenyum walau luka sarat dihati
Kerana mungkin senyum itu mampu utk memadam sedikit rasa sakitmu
.
Andai telah kau temui keindahan, jgn pernah lupa utk bersyukur
Kerana Dia yg mengizinkan utk tiap2 sesuatu itu berlaku
Dia yg mengizinkan kau terus tersenyum
Dia yg mengizinkan hatimu utk terus kuat
Dia yg mengizinkan kakimu utk terus melangkah
Dia yg mengizinkan segala2nya
.
Jangan pernah menyalahkan qada & qadar
.
Love
πŸ’œWanπŸ’™
2233 - 22082016

I am a fighter

Terima kasih Tuhan untuk kehidupan...

Hampir admited disebabkan tekanan darah up to 209/131. Sejujurnya itu bukan bacaan BP kebiasaannya. But lately kepenatan tu bagai tiada noktah. Huhuhu.. its ok. Im a fighter. Demi ilmu, amanah & tanggungjawab akan terus kuat.
Thanks a million utk semua staff PPUKM yg bertugas pada malam 12.12.2017 (LAZADA SALES PUNYA TIME TU YA.. HAHAHA) especially Dr Amri & Dr Hifzi Hashim and all the nurses serta doktor pelatih. U did well n I really feel comfortable at that time.
Ngeri n scary! Yes... semua dlm kepala time tu.. kalau tidal kerana kawan2 yg memaksa, tak tahu apa akan jadi. Have to mention the names here. Ima, Fatim & Ayu... terima kasih kerana paksa ke hospital malam tu. Thanks for the concern. We r sisters. Serius babe.. bila ingat balik sayu sebab korang sanggup tunggu kat kecemasan berjam2.. just for me yg tiada pertalian darah. Allahuakbar. Betapa tuhan hadirkan orang yg baik2.
Malam tu buat pertama kali telan ubat darah tinggi. Doktor kata kalau BP tak turun jugak makamya warded. TAK NAKKKKK! 😒😒😒 Masa tu nak sangat suami ada sebelah bagi semangat. Tiap kali call airmata mesti mengalir tapi suara control je sebab konon nak suami tahu kita kuat. Tapi dia tahu pun isteri dia ni manja leleh. Apapun alhamdulillah bacaan BP menurun walaupun tak tahap normal lagi masa tu. Yg penting tak nak warded.
Balik hostel tak boleh nak tidur pulak. Takut kalau tidur esok tak bangun2 dah. Tak sempat nak jumpa semua orang yg disayangi. Sungguh! Perasaan tu datang. Doa dlm hati jgn matikan aku dulu Ya Allah. Aku nak balik peluk suami dulu. Nak jumpa ma abah. Alhamdulillah terlena walaulpun tidur2 ayam itik je. Tiap kali tersedar tak putus2 ucap alhamdulillah sebab masih hidup. Sehinggalah jam 5.30 am suami call. "Sayang ok?" Wahhh.. time tu hujan menderu. Sungguh saya rindu awak bang. Sangat2 rindu. Nak terbang balik je masa tu. Saya pilih utk sambung belajar dgn restu n izin awak. Saya sangka saya kuat rupanya bila jadi macam ni saya perlukan awak sgt2. Manja kan isteri awak ni 😒😒😒
That morning terus cari tiket ETS. Tak kira. Nak balik jugak. Alhamdulillah ada tiket 13.12.2017 jam 9.30 malam. 12.45 am 14.12.2017 saya nampak kereta awak tunggu saya kat stesen. Saya rasa hilang semua sakit2 saya bang. Sungguh!!!
This morning check BP bacaan 119/78. Ko rasa? Hahahaha... ok. Dah jumpa ubat tekanan. Ada kat rumah rupanya. 😊😊😊

Dear Allah.. thanks for this opportunity. Still alive. Still breathing. Alhamdulillah. Tuhan sepertinya 'cubit' dgn ujian supaya tak tersasar jauh. Kembali semula ke track yg asal . Jgn lencong jauh sangat ya 😁😁😁

Oklah. I need rest. Moga kita semua dibawah lindungan Allah sentiasa.

Salam sayang,
MeπŸ˜™