Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday, January 7, 2018

Perjuangan Fasa Satu Bermula

Salam buat semua.
Moga sentiasa berada dibawah lindungan Tuhan.

Minggu perjuangan telah 2 minggu bermula.  Perjuangan dalam peperiksaan. Diusia yang agak dewasa ni kena usaha lebih untuk ingatan dan pemahaman ;)

Alhamdulillah setakat ini berjalan lancar. Memilih untuk berada dilaluan sekarang bukan perkara mudah. Terlalu banyak PUSH FACTOR sebenarnya yang bila dilihat balik diubah menjadi lebih positif.

Another 2 papers to go. Mudah2an segalanya berjalan lancar utk kita semua.

Terlalu banyak kerisauan dlm kepala jika tak dapat score dengan baik dalam setiap subjek tapi cuba sehabis baik. Dah usaha kita tawakal pada Allah je la. Jgn tak usaha tapi tawakal pulak 😅😅😅

Lagi seminggu sebelum balik rumah. Rindu suami, rindu nak masak, rindu semuanya. Pengorbanan seorang suami yg memberi izin sang isteri utk memilih jalan ini. Terima kasih abang. Terima kasih utk setiap doa dan kasih sayang dari jauh. Maaf kerana buat abang sentiasa risaukan kesihatan isteri yg jauh dimata. (Adeh... awat bergenang airmata ni). Saya cemburu tgk abang dah kurus sikit. Tak pe. Cuti semester sebulan ni saya gemokkan abang balik 😂😂😂. Miss u soooooo much but I cant express it with words. Hanya doa disetiap sujud utk abang & orang2 yg saya sayang. (Alaaaaa.. sapa kupas bawang ni 😢😢😢)

Manja? Memang pun dalam hati begitu. Luaran sgt kasar tapi hati rapuh. Mcm tisu rendam air lembik jadinya 😀.

Ok. Nak sambung study sikit.
Doakan kejayaan saya dunia akhirat 😘

Love,
Me