Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, November 16, 2012

TRAUMA!!!

Salam buat semua

Tengok tajuk pun dah menggambarkan betapa traumanya aku... berhadapan dengan satu situasi yang tak pernah aku gambarkan.. benar2 menyesakkan dada.. tapi pada waktu tu aku kena kuat untuk adik2 walaupun dalam kepala macam2 aku fikir..

Pada Jumaat 9 November 2012, ma abah n dua adik aku datang Taiping.. so rumah agak happening la masa tu.. riuh la sikit sebab ramai.. 10 November kami gerak ke KL, rumah adik aku... sampai lebih kurang jam 11 pagi.. so lepas rehat then lunch serta solat, kami ke SOGO.. shopping time.. masa tu semua orang seronok.. tak fikir penat pun masa tu...

Pada pagi subuh 11 November 2012, tarikh yang aku takkan lupakan sepanjang hayatku.. benar2 menakutkan aku, abah n adik2.. ma tiba2 tak sedarkan diri.. dalam keadaan tu mmg agak panik sebab tak perbah berlaku pada ma.. dalam hati tak putus2 berdoa agar tidak akan berlaku sesuatu yang tidak diingini.. abah melaungkan ayat2 suci al-Quran dan aku melafazkan kalimah LAA ILAHAILLALLAH ditelinga ma.. sungguh.. aku benar2 takut kerana aku masih belum bersedia untuk kehilangan sesiapa pun yang aku sayangi.. benar2 belum bersedia.. melihat keadaan ma begitu memang hati aku benar2 sayu dan sebak tapi aku tak boleh menangis sebab tak nak adik2 aku pun turut sedih.. bayangkan bila aku terpaksa tahan perasaan tu.. sakit dan sesak dada aku.. sakit rasa kerongkong aku.. adik lelaki aku hubungi hospital tapi pihak hospital menyatakan mungkin mengambil masa untuk menghantar ambulans.. kami buat keputusan untuk hantar sendiri ke hospital... aku tukarkan pakaian n pakaikan tudung.. dalam hati aku berdoa agar itu bukan kali terakhir aku menatap wajah ma.. terus adik2 lelaki aku papah ma dan ke hospital bersama abah.. aku lihat adik perempuan bongsuku dah menangis dibahu adik iparku.. dan pada masa tu airmata ni dah tak mampu aku tahan lagi.. aku terasa lemah sangat.. menangis dalam pelukan suami tersayang.. dia sabarkan aku dan mintak aku solat subuh dan bersiap.. sungguh masa tu badan aku betul2 lemah.. rasa seperti tak mampu berdiri.. namun ku gagahkan jua.. dalam sujudku bermohon pada Allah agar tidak berlaku sesuatu yang tidak diingini.. telekung yang aku gunakan untuk solat basah dgn airmata.. masa tu doa hanya utk ma.. tiada lain yang ku minta hanya kembalikan semula senyuman ma.. usai solat subuh aku bersiap dan terus ke hospital.. dalam perjalanan ke hospital abah call dan memaklumkan bahawa ma sudah sedar.. Alhamdulillah.. syukur pada mu Tuhan.. masa tu rasa mahu cepat sampai ke hospital.. sesampainya di hospital aku terus menuju ke kecemasan.. aku tak pedulikan orang lain.. apa yg aku nak tengok hanyalah ma.. masuk ke zon kuning aku lihat ma terlantar dikatil dengan oksigen.. sekali lagi menitis airmataku bila aku masih diberi peluang untuk melihat senyuman diwajah bonda tersayang.. dalam sayu ku kucup dahi ma dan airmata seakan degil tak mahu berhenti mengalir.. tangisan gembira kerana ma stabil.. badan ma masih lemah dan dia tak banyak bicara.. senyuman dibibirnya cukup utk ubati kesayuan hati aku pada masa tu..

Ma ditahan selama 2 hari di Hospital Selayang.. apapun ribuan terima kasih pada doktor dan jururawat yang terlibat kerana cekap dalam tugas kalian.. SALUTE untuk anda semua..

Sungguh aku masih belum puas bermanja dengan ibuku.. walaupun dah jadi isteri orang tapi itulah aku.. bila ma atau abah dalam keadaan tak sihat, dadaku pasti sesak.. susah hati sangat... sekarang ni pun kalau boleh nak sentiasa disisi ma tapi aku ada tanggungjawab lain yang perlu dilakukan.. rutin aku sekarang adalah seboleh2nya menghubungi ma lebih dari sekali sehari.. dapat dengar suara sekejap cukuplah..

Aku bermohon pada Mu Tuhan, agar Kau memberikan kesihatan yang terbaik untuk ma dan abah.. Kau panjangkan usia mereka berdua.. kasihanilah mereka berdua sepertimana mereka mengasihiku ketika kecil..

Saat menaip kisah TRAUMA ni pun airmata mengalir, dada sebak.. sungguh aku benar2 sayang pada ahli keluarga ku.. tidak kurang sikit pun.. hanya Tuhan yang tahu sedalam mana kasihku ini.. buat suami ku tersayang.. terima kasih kerana sentiasa memahami, mententeramkan hati dan jiwaku.. sentiasa bersama walau susah atau senang.. aku sayang kamu :)

Oklah... mata dah penat.. time to sleep.. mengharapkan agar masih diberi peluang esok hari untuk menikmati keindahan alam ciptaanmu Tuhan..

Love,
ME