Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, June 12, 2014

Aku adalah aku

Salam buat semua

Just celebrating my 4th annivesary last week
So I belanja the whole family utk family gathering
Gembirakan hati ma dan abah
Gembirakan adik2
Yg pasti gembirakan sang suami, orang yg banyak menyokong dari segala perkara
Dialah suami, dialah sahabat, dialah penasihat, dialah BIG BRO merangkap BODYGUARD
He's my everything
Dulu nangis cari ma n abah
Sekarang nangis cari cik abang.. tak nak susahkan ma abah lagi
Dah terlalu byk ma abah fikir kerenah kami adik beradik
So tak nak bebankan mereka lagi :)









Disebalik kegembiraan berpanjangan datang satu surprise
YES! SURPRISE!
It happened for a sudden
Everything going upside down kejap
Hahaha
Tu la.. comfort sgt kan
Rasakan Wan ;)
SURAT ARAHAN PERTUKARAN lapor diri pada 15 Jun 2014
Hari Ahad tu
Alahaiiii
Nak kena tinggalkan my boys
Serius.. masa mula2 dpt surat mmg air mata tak tertahan
Tak tahu kenapa ada rasa mcm tu
Sedangkan tak jauh pun kena tukar
Arahan bertukar hanya ke PKMD yg masih dalam negeri Perak
Tapi tak tahulah
2 hari ni jiwa kacau sikit
Dgn sang suami nun jauh di KL
Agak ting tong sikit
Rasa macam menghitung hari je nak tinggal semua yg indah di STB Taiping
Soon or later I have to leave
So maybe better now than later
Sebab mungkin lagi susah nak tinggal nanti kan
Masa CC hulurkan surat mintak Wan tgk, mmg Wan tolak
Wan tak pernah nangis depan staff but that day tak leh tahan sangat2
Sorry ya adik2 manis admin semua tgk airmata Wan hari semalam
New place.. new friend.. so kena adapt dgn keadaan baru
Seperti anak2 yg baru masuk ke STB Wan selalu cakap kena pandai sesuaikan diri
Mcm tu jugak Wan, kena pandai sesuaikan diri dengan tempat baru
Bukan tak kenal kawan2 kat sana cuma jarang sekali jumpa je

Hari ni cuba elak sembang tentang pertukaran sebab boleh undang rasa sedih
Hari ni jugak Wan balik lambat dari biasa
Dah 2 hari begitu
Tgk my boys main bola, latih nasyid
Layan selagi masih di sini
Banyak sangat perkara baru belajar kat sini
Pengalaman yg tak boleh dibeli dimana2
Terlalu mahal & am proud to be part of STB Taiping for 6 years
Bila ada staff yg kata sedih n sayu bila Wan kena tukar, percayalah Wan rasa lebih dari tu
Lebih dari apa korang rasa
Cuma jenis Wan memang tak suka nak tunjuk apa yg Wan rasa
Wan hanya nak orang tengok Wan happy dan Wan juga sedaya upaya nak buat semua orang happy
Insyaallah mungkin yg datang gantikan Wan adalah yg lebih baik
Yg lebih bagus kerjanya
Yg lebih hebat dari Wan
Korang akan dapat pegawai baru lelaki, insyaallah yg terbaik
Bagi komitmen terbaik mcmana korang bagi komitmen kat Wan
Work as a team
Jgn judge dulu dia
Bagi ruang & peluang utk dia sesuaikan diri
And please.. jgn bandingkan Wan dgn dia
We are different person
So give him some space

Dgn my boys tak tahu mcmana nak mulakan cakap yg Wan tinggal tak berapa hari lagi kat sini
Yes.. boss ada buat rayuan supaya Wan dikekalkan
TQ boss
Really appreciate that
Tapi seperti yg Wan cakap semalam, apa pun keputusan Wan akur
Wan tak nampak harapan untuk kekal kat sini
Wan tak nak berharap utk kekal
Am preparing myself to be transfer to other place
Am trying to be positive
Yg mana2 staff yg selalu Wan 'bebel' tu sorry tau
Wan memang begitu kalau ada kerja yg tak kena
Tapi lepas tu ok balik
Tak de hal, boleh gelak2 n duduk makan sekali
Kak Midah, 'menteri kewangan' STB orang yg pertama sambut Wan masa lapor diri pada 2 Ogos 2008
Tq ya sebab tak lokek ilmu
Zila & Azlina - Tq jugak sebab tak jemu2 layan Wan yg kadang2 ting tong.. hahaha
CC & Nadia - walaupun korang masih baru kat sini tapi kita boleh geng macam dah lama kenal je
Pn Miza - paling sedih nak tinggal sebenarnya.. byk kita share sama2.. am free for u to call or sms kalau ada apa2 nak share ya
Abang cekodok - hahaha.. nama glamer zairi.. sorry ya sebab telinga dah nipis.. hari2 dengar pot pet saya
My BIG TEAM - Semua PKM + Ustaz.. Wan tak mampu buat kerja sorang2 tanpa bantuan korang 15 orang.. tq atas kerjasama walaupun kadang2 Wan tahu ada yg tak suka dgn cara Wan, tak suka bila Wan tegur, tak suka bila Wan note dekat fail masing2, tak suka bila Wan sebut nama dalam meeting, tak suka turn shif korang yg Wan buat
Sebab adakalanya Wan kena tegas dalam sesuatu bukan sebab nak tunjuk Wan ada kuasa.. tidak sama sekali
Esok2 bila uollss naik pangkat n berada di tempat Wan uollss akan faham kenapa Wan buat mcm tu
Ada sorang dua yg selalu datang luah perasaan, cerita masalah masing2.. thanks atas kepercayaan tu
Am trying to be a good listener.. nak nangis nak luah silakan.. am opening my door utk korang
Tapi kalau lepas ni masih ada nak sharing2 silakan.. masih boleh.. tak de masalah

To my boys.. even diaorg tak boleh baca apa yg Wan tulis kat sini
Tadi mummy dah tanya kalau ada janji2 mummy yg belum tertunai
Semua pelik.. semua terkedip2 mata sebab soalan pelik keluar ya
Hehehe
Kena tanya kot2 masih ada janji yg belum mummy tunaikan
Lepas ni tak de dah bebelan mummy ya.. nanti dapat daddy baru
Korang tak perlu tahan muka dah bila mummy marah, mummy cubit2 manja
Bila mummy tak jawab or buat tak tahu bukan sebab mummy benci tapi ada yg korang buat tak kena
Ada salah kat mana2
Mummy selalu cakap jgn jadi anak derhaka
Ikut cakap.. jgn suka nak naik angin, baran.. semua kena kawal
Jadi anak yg baik, yg boleh buat ibubapa keluarga bangga
Cukuplah kita dah susahkan keluarga kita sebelum ni
Grow up boys
Fikir apa akan jadi 5 thn atau 10 thn akan datang
Tetapkan matlamat hidup
Ingat.. anak lelaki sampai bila2 hubungan dengan ibubapa takkan putus
Tanggungjawab besar
Jgn hanya fikirkan diri sendiri

Untuk seluruh warga STB Taiping, terima kasih atas segalanya
Anda semua sentiasa dihati Wan
Wish me all the best di tempat baru
Andai kata ada ruang waktu yg memerlukan Wan utk ada di STB Taiping, jemputlah Wan insyaallah Wan akan hadir kalau tiada halangan

Sedih la pulak
Huhuhuhu
Terpanjang pulak post kali ni
Sorry ek kalau tak larat nak baca
Sorry kalau ada yg ter'sebak' masa baca
Semua ni datang dari hati Wan
Ikhlas n jujur

Ok Wan stop dulu
Nanti Wan share lagi dgn korang ya
Rasa mata macam tak leh bukak je ni sebab 'hujan'
Hahaha
Teruk betul la...

Ok.. daaaaaaaa

Salam sayang,
WAN

Saturday, May 10, 2014

Kerana mereka aku di sini

Salam buat semua

Semua sibuk meraikan hari ibu
For me setiap hari adalah hari ibu dan bapa
Selagi hayat dikandung badan, selagi itu akan terus berbakti pada keduanya
Love them till end of my life
They brought me here jn this world
Rindu kedua2nya walaupun baru minggu lepas jumpa
Sehingga sekarang kedua2nya masih tak jemu2 menghulurkan nasihat dan tunjuk
Walaupun kami dah ada yg dah berkeluarga


They are GREAT!
Menbesarkan kami dgn sempurna
Abah yg tegas dan garang buat kami lebih disiplin
Ma yg sering memujuk dan penasihat dalam semua hal
Kedua2nya saling melengkapi antara satu sama lain
Kekal bersama sehingga hari dan saat ini
Alhamdulillah
Ma dan abah sentiasa dlm doa kak ja dan anak2 lain
Bila kami nak berhadapan dgn sesuatu yg besar, yg tak lena tidur adalah ma dan abah
Bangun malan solat dan doa untuk anak2
Bila kami adik beradik nak kawin, yg paling pening kepala adalah ma dan abah
Bila anak2 nak final exam kat universiti, ma dan abah jugak yg susah hati
Betapa kami dah banyak menyusahkan hati keduanya 
Sekarang masanya utk ma dan abah bersenang lenang
Kami sebolehnya tak nak ma dan abah susah hati dan fikir or buat kerja teruk2
Masa utk kami pulak susah hati dab risau tentang kesihatan kedua2nya
Sampai satu tahap suruh ma pencen awal bila stress dgn kerja
Mintak abah byk2 rehat bila hampir 24 hours a day kat site
Sungguh.. kami semua risau sebab kami jauh
Do take care of your health
We really love you both
Masih belum habis jasa kalian kami balas
Masih belum puas kami gembirakan hati ma dan abah
Ya Allah.. bagi kami lebih waktu utk kami bersama dgn kedua2nya
Pinjamkan kami ma abah lebih lama
Kau berikanlah kesihatan yg terbaik utk mereka berdua
Kami hanya mampu titipkan doa setiap kali selepas solat agar kedua2nya sentiasa di bawah lindungan Mu

Sampai sekarang pun kalau nak wish apa2 kat ma n abah Wan masih mengalirkan airmata
Sungguh! Tak tipu
Kadang tak terluah apa yg nak dikatakan
Tersirat dihati namun cuba utk zahirkan melalui perlakuan
Hati kaca kan

Tiada apa yg mampu kami adik beradik berikan atas segala kasih sayang, didikan dan doa tg ma dan abah berikan selama hayat kami
Kalau kami himpunkan 7 gunung permata atau 7 lautan emas, belum tentu mampu utk membayar segalanya penat lelah kalian selama berpuluh2 tahun besarkan kami
Saat ini hati merayu dan berdoa pada Tuhan agar sentiasa berikan keduanya kedamaian hati, kehidupan yang baik
Kau lindungilah kedua2nya

WE LOVE YOU MA DAN ABAH

Love,
Your sweet daughter
Kak Ja


Sempena hari ibu
Hari2 adalah hari untuk hargai ibu




Tuesday, April 22, 2014

Menjaga sensitiviti & perasaan

Assalamualaikum
Haiiiioiioi

Sengaja typo
Konon sebenarnya malas nak betulkan
Nampak berseni je ;)
Berat tajuk kali ni
Saja la nak share kan
Alang2 tinggal sebulan, buka2 topik tajuk yg berat
Huhhhh
Ya ampun bapak2 ibu2

Bukan apa2, kadang manusia ni bila bercakap tak sedar salah silapnya
Wan tak kata orang
Teguran utk diri sendiri jugak
Sebab Wan pun tak sempurna
Masih sentiasa memperbaiki diri

Jgn terlaku menyoal tentang itu dan ini
At the end kita tak tahu apa sebenarnya perasaan org yg diasak dgn soalan2 yg menyentuh hati dan perasaan
Isu kahwin, isu anak, isu keluarga
So, kena tgk & kaji situasi sebelum keluarkan soalan
Jgn main hentam je uolllss

Alhamdulillah, macam Wan memang dah terbiasa sgt dengan soalan ~> berapa lama dah kawin?  ~> tak de anak lagi ke ~> merancang ya? Tak usahla merancang. Anak tu ada rezeki masing2

Dulu memang rasa nak telan orang je bila ditanya soalan2 panas ni
But now am ok
Pengalaman mendewasakan
Kadang kita tak boleh admit org faham apa kita tasa
Orang pun jgn la duk seronok nak tanya macam
Am not perfect
Kadang sensitif jugak
Am a human being
Bukan Tuhan
So tiada daya upaya dan kuasa utk menetapkan soal jodoh, soal mati, soal anak2 dan lain2 persoalan yg menjadi rahsia Allah
Redha itu perlu
Bagi Wan, Tuhan dah buat perancangan terbaik utk hamba Nya
Dia tahu kesediaan kita di tahap mana
Kena belajar utk redha dan ikhlas
Ujian tu kan tanda Allah sayang kita
Allah pilih Wan dan suami untuk lakui semua ni bersama
Dia mungkin nak uji sejauh mana kami mampu utk hadapi bersama
Yes, we are happy with our life
Tiada yg kurang
Tuhan lengkapkan hati kami dgn kasih sayang :)
Anugerah paling indah
Perlu disemai dan dibajai dgn sebaik mungkin

Kepada yg pernah bertanya, Wan maafkan kalau diwaktu itu soalan kalian ada sedikit mengguris hati dan perasaan Wan
Wan memang tak boleh lari dari rasa itu
Selagi Wan mampu senyum, Wan akan terus tersenyum
Doakan Wan & suami sabar dan tabah dgn ujian ni
Doakan juga supaya Tuhan mempermudahkan urun kami utk mendapatkan zuria
Mata dah ngantuk
Berat je rasanya
Ku tahan jua utk habi topik habiskan hari ni
Hehehe

Sebagai manusia kita tidak pernah lari dari kesilapan
Belajar dan terus belajar untuk jadi lebih baik
Jgn sesekali negative thinking
Bersangka baik dgn apa jua yg Allah berikan pada kita
Fikir yg baik dan ingat juga yg poaitif supaya dpt bantu kita untuk kawal emosi serta perasaan

Salam sayang dari Wan
Love uollss
Daaaaaaaaaa

Monday, March 10, 2014

Ianya pasti...

Assalamualaikum n hai uollsss

Menjenguk kembali belog chap ayam ;)
Tahun ni betul2 penuh jadual harian
Plus sibuk jugak dgn shaklee :)
Love doing shaklee
My new cinta hati
Agaknya Wan ni mmg dilahirkan utk bantu orang kan  ðŸ˜†
Alhamdulillah

Sebut pasal bantu, teringin rasanya nak bantu ringankan beban perasaan ahli keluarga mangsa pesawat MH370 yg hilang sejak awal pagi sabtu 8hb Mac 2014
Sungguh.. susah nak gambarkan perasaan Wan
Itu apa yg Wan rasa
Perasaan tu lebih teruk lagi dikalangan family members mangsa

Wan doakan segala yg terbaik
Permudahkan urusan mereka yg terlibat dlm pencarian pesawat yg hilang
Andai masih ada, berikan semua mangsa kekuatan utk bertahan
Andai telah tiada, temukan agar hilang lara dihati ahli keluarga dan seluruh rakyat Malaysia

Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul
Sesungguhnya kita semua akan sentiasa diuji
Cuma beza pada ujiannya
Itu tandanya Tuhan nak kita mengadu pada Nya, mintak pada Nya, letakkan kebergantungan pada Nya kerana hanya Dia yg berkuasa atas tiap2 sesuatu di langit dan di bumi
Dia tahu apa yg terbaik utk kita
Kematian itu pasti
Cuma bila dan di mana diluar bidang kuasa kita
Hanya Dia yg berkuasa







Serahkan segala perkara kepada Nya setelah kita sedaya upaya berusaha mengatasinya.. tawakkaltu 'alallah

Jumpa lagi dilain kali
Daaaaaaaa

Love,
Wan

Tuesday, February 25, 2014

Alhamdulillah

Salam buat semua :)

Dah sebulan tak berbicara di blog rupanya
Am fully recovered dari operation awal tahun hari tu
Alhamdulillah
But now ada saki baki batuk selsema
Mencabar sungguh sebab dlm keadaan macam ni tak selesa nak berkomunikasi
Kerja kena byk communicate dgn client depan mata, dgn staff lagi
Dgn 2 hari ni duk bagi taklimat kat pelawat
Suara kejap2 hilang
Aiyakkkk
Sorry ya para pelawat
Batuk dan sakit tekak masih bersisa lagi neh
Bertahan wahai diriku

So, uollss apa cerita?
Ada yg dah menamatkan zaman bujang
Alhamdulillah
Jodoh pertemuan di tangan tuhan
Ada yg selamat dapat baby
Tahniah jugak dan sampaikan peluk cium Wan utk baby ya ;)
Suka bau baby
WANGI!

Now a bit busy without big boss
Hanya 2nd boss and I
So kepala otak kena ligat sikit fikir sebab certain time kena buat decision sendiri
Now I know and understand apa yg boss lama pernah cakap
Duduk di atas buat kerja betul memang tak popular
Staff suka dan paling tak best akan jadi tak ramai kawan
So akan dapat tengok ramai yg hipokrit
I have to be profesional
Memang Wan seboleh2nya tak nak letak jurang sangat tapi bila tiba bab kerja memang kena ikut betul2
Kalau ada silap memang kena tegur so please terima teguran
Seperti Wan, sentiasa terbuka terima teguran walaupun ia menyakitkan
Think positive
Teguran untuk kebaikan
Baiki kesilapan kita sebab bukan selamanya kita akan berada di tangga sekarang
Mungkin akan meningkat melainkan memang tak nak ubah langsung :)

Teremosi sekejap
Kikikikik
Itu realiti
Ada bunga2 stress sikit tapi nasib baik ada B Complex dari #shaklee
Migrain sakit kepala dapat dikurangkan
Jom beli shaklee untuk sihat
Iklan pulak :)

Last week balik kampung
Seronok tak hengat
Hihihihi
Tercapai hasrat hati nak makan macaroni bakar
Terima kasih bonda ku sayang :)
Siap bekal buat balik Taiping tu
Air tangan mak la katakan
Padahal bukan tak boleh buat sendiri
Saja la nak manja2 walaupun dah kawin :)

Oklah
Nak stop dulu
Nak siapkan laporan pulak
Ngantuk sebenarnya tadi duk hadap kertas2 dan fail2

Salam sayang

<3 WAN <3