Monday, August 27, 2012
Sunday, July 22, 2012
Salam Ramadhan...
Salam buat semua...
Apa khabar? Mcmana hari ni ya...? Dah 2nd of Ramadhan hari ni kan.. cepat je masa berlalu..
Apa yg pasti Bazaar Ramadhan pasti jadi kunjungan setiap petang dah sekarang ni.. tapi aku sendiri cuba elak pergi Bazaar tu.. takut nanti membazir.. nafsu mata la katakan.. masa perut lapar semuanya nampak sedap.. dan kalau ikut nafsu rasanya bazaar tu pun nak angkut balik... huuhuhu... seperti puasa2 sebelum ni pun aku lebih suka masak di rumah.. kita lebih tahu camana kebersihan masakan kita.. bukan bersangka buruk pada peniaga bazaar tapi sekadar berhati2.. sebab pernah terkena.. lagi satu masakan mungkin tak kena dengan selera kita.. kalau beli pun kuih muih je la..
Niat nak ke office menyiapkan fail pun tertunda... sepatutnya semalam nak menyiapkan fail2 utk my boys balik raya nanti tapi terbantut la pulak... hehehe.. bukan malas tapi rasa cam tak berapa rajin pulak... tak pe.. esok masih ada kan.. :)
Alamak... JJCM kat tv3 ni.. menunya membuka selera la pulak... sup daging, gear box.. siap ada pizza lagi... nyum nyum... haish... sabor je la..
Ok la.. nak baca buku plak... pinjam from my mum 4 buah tapi satu pun belum sentuh lagi ni... nak mula baca hari ni... daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
pssst..: sharing gambar menu semalam.. ikan patin masak lemak cili api.. my hubby's favo n ayam goreng berempah my favo... ;)
Friday, July 20, 2012
Anugerah
Terima kasih Tuhan atas anugerah Mu..
Sesungguhnya redha itu indah bila dihayati..
Betapa besar kuasa Mu Tuhan..
Memberi setiap sesuatu dengan bersebab..
Menjadikan kisah dan perjalanan hidup manusia itu penuh erti..
Terkadang kita tidak menyangka bahawa segalanya indah..
Bila dilalui dengan ketenangan dan keterbukaan..
Adakalanya ia mampu buat kita tersenyum walau dalam sendu..
Itulah hakikat hidup..
Selagi kita masih menjadi pelakon di pentas dunia..
Tuhan meletakkan kita ditempat yang betul..
Tempat yang sepatutnya kita berada..
Supaya nanti.
Kita mampu untuk menggunakan anugerah yang diberi sebaik mungkin..
Apapun yang Kau datangkan padaku..
Aku akan bersyukur dan tetap sujud pada Mu Tuhan..
Kasih sayang Mu terlalu sukar untuk digambarkan..
Memberikan dan mengambilnya kembali dengan bersebab..
Yakinlah bahawa Tuhan menyayangi kita..
Walau kita selalu jauh dari Nya..
Walau kita selalu lupa untuk mengingati Nya..
(wan@fidza-20072012 1.30pm)
Damai Dihati
Kedinginan angin petang menyapa tubuhku
Menghentikan lamunanku tentang duniawi
Lantas aku terus berpaling melihat kebesaran Mu
Betapa agungnya ciptaan Mu
Keindahannya sentiasa membuatkan aku tersenyum
Keindahannya juga memberi damai dihati
Benar…
Semuanya cukup sempurna
Kesempurnaannya melengkapkan hidup makhluk yang mendiaminya
Syukur …
Kerana sehingga saat ini aku masih diberi ruang waktu
Untuk terus menikmatinya
Disetiap hela nafasku
Disetiap kerdip mataku
Dan;
Disetiap denyut nadiku…
Terima kasih Tuhan atas segalanya untukku
Maafkan hamba Mu ini
Kerana sering menghitung ketidaksempurnaan
Tanpa menilai setiap sesuatu yang Kau berikan adalah bersebab
Seharusnya aku bersangka baik pada Mu
Kerana aku tahu
Pasti ada cahaya indah dihujung perjalanan ini…
(wan@fidza- 15072012 5.11pm)
**Lama sungguh tak menulis.. dah berkarat rasanya.. dgn novel pun terbengkalai.. huhuhu... no time la... tapi cuba jugak untuk lengkapkan novel tersebut.. Insyaallah...
Subscribe to:
Posts (Atom)



