Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, May 10, 2014

Kerana mereka aku di sini

Salam buat semua

Semua sibuk meraikan hari ibu
For me setiap hari adalah hari ibu dan bapa
Selagi hayat dikandung badan, selagi itu akan terus berbakti pada keduanya
Love them till end of my life
They brought me here jn this world
Rindu kedua2nya walaupun baru minggu lepas jumpa
Sehingga sekarang kedua2nya masih tak jemu2 menghulurkan nasihat dan tunjuk
Walaupun kami dah ada yg dah berkeluarga


They are GREAT!
Menbesarkan kami dgn sempurna
Abah yg tegas dan garang buat kami lebih disiplin
Ma yg sering memujuk dan penasihat dalam semua hal
Kedua2nya saling melengkapi antara satu sama lain
Kekal bersama sehingga hari dan saat ini
Alhamdulillah
Ma dan abah sentiasa dlm doa kak ja dan anak2 lain
Bila kami nak berhadapan dgn sesuatu yg besar, yg tak lena tidur adalah ma dan abah
Bangun malan solat dan doa untuk anak2
Bila kami adik beradik nak kawin, yg paling pening kepala adalah ma dan abah
Bila anak2 nak final exam kat universiti, ma dan abah jugak yg susah hati
Betapa kami dah banyak menyusahkan hati keduanya 
Sekarang masanya utk ma dan abah bersenang lenang
Kami sebolehnya tak nak ma dan abah susah hati dan fikir or buat kerja teruk2
Masa utk kami pulak susah hati dab risau tentang kesihatan kedua2nya
Sampai satu tahap suruh ma pencen awal bila stress dgn kerja
Mintak abah byk2 rehat bila hampir 24 hours a day kat site
Sungguh.. kami semua risau sebab kami jauh
Do take care of your health
We really love you both
Masih belum habis jasa kalian kami balas
Masih belum puas kami gembirakan hati ma dan abah
Ya Allah.. bagi kami lebih waktu utk kami bersama dgn kedua2nya
Pinjamkan kami ma abah lebih lama
Kau berikanlah kesihatan yg terbaik utk mereka berdua
Kami hanya mampu titipkan doa setiap kali selepas solat agar kedua2nya sentiasa di bawah lindungan Mu

Sampai sekarang pun kalau nak wish apa2 kat ma n abah Wan masih mengalirkan airmata
Sungguh! Tak tipu
Kadang tak terluah apa yg nak dikatakan
Tersirat dihati namun cuba utk zahirkan melalui perlakuan
Hati kaca kan

Tiada apa yg mampu kami adik beradik berikan atas segala kasih sayang, didikan dan doa tg ma dan abah berikan selama hayat kami
Kalau kami himpunkan 7 gunung permata atau 7 lautan emas, belum tentu mampu utk membayar segalanya penat lelah kalian selama berpuluh2 tahun besarkan kami
Saat ini hati merayu dan berdoa pada Tuhan agar sentiasa berikan keduanya kedamaian hati, kehidupan yang baik
Kau lindungilah kedua2nya

WE LOVE YOU MA DAN ABAH

Love,
Your sweet daughter
Kak Ja


Sempena hari ibu
Hari2 adalah hari untuk hargai ibu




Tuesday, April 22, 2014

Menjaga sensitiviti & perasaan

Assalamualaikum
Haiiiioiioi

Sengaja typo
Konon sebenarnya malas nak betulkan
Nampak berseni je ;)
Berat tajuk kali ni
Saja la nak share kan
Alang2 tinggal sebulan, buka2 topik tajuk yg berat
Huhhhh
Ya ampun bapak2 ibu2

Bukan apa2, kadang manusia ni bila bercakap tak sedar salah silapnya
Wan tak kata orang
Teguran utk diri sendiri jugak
Sebab Wan pun tak sempurna
Masih sentiasa memperbaiki diri

Jgn terlaku menyoal tentang itu dan ini
At the end kita tak tahu apa sebenarnya perasaan org yg diasak dgn soalan2 yg menyentuh hati dan perasaan
Isu kahwin, isu anak, isu keluarga
So, kena tgk & kaji situasi sebelum keluarkan soalan
Jgn main hentam je uolllss

Alhamdulillah, macam Wan memang dah terbiasa sgt dengan soalan ~> berapa lama dah kawin?  ~> tak de anak lagi ke ~> merancang ya? Tak usahla merancang. Anak tu ada rezeki masing2

Dulu memang rasa nak telan orang je bila ditanya soalan2 panas ni
But now am ok
Pengalaman mendewasakan
Kadang kita tak boleh admit org faham apa kita tasa
Orang pun jgn la duk seronok nak tanya macam
Am not perfect
Kadang sensitif jugak
Am a human being
Bukan Tuhan
So tiada daya upaya dan kuasa utk menetapkan soal jodoh, soal mati, soal anak2 dan lain2 persoalan yg menjadi rahsia Allah
Redha itu perlu
Bagi Wan, Tuhan dah buat perancangan terbaik utk hamba Nya
Dia tahu kesediaan kita di tahap mana
Kena belajar utk redha dan ikhlas
Ujian tu kan tanda Allah sayang kita
Allah pilih Wan dan suami untuk lakui semua ni bersama
Dia mungkin nak uji sejauh mana kami mampu utk hadapi bersama
Yes, we are happy with our life
Tiada yg kurang
Tuhan lengkapkan hati kami dgn kasih sayang :)
Anugerah paling indah
Perlu disemai dan dibajai dgn sebaik mungkin

Kepada yg pernah bertanya, Wan maafkan kalau diwaktu itu soalan kalian ada sedikit mengguris hati dan perasaan Wan
Wan memang tak boleh lari dari rasa itu
Selagi Wan mampu senyum, Wan akan terus tersenyum
Doakan Wan & suami sabar dan tabah dgn ujian ni
Doakan juga supaya Tuhan mempermudahkan urun kami utk mendapatkan zuria
Mata dah ngantuk
Berat je rasanya
Ku tahan jua utk habi topik habiskan hari ni
Hehehe

Sebagai manusia kita tidak pernah lari dari kesilapan
Belajar dan terus belajar untuk jadi lebih baik
Jgn sesekali negative thinking
Bersangka baik dgn apa jua yg Allah berikan pada kita
Fikir yg baik dan ingat juga yg poaitif supaya dpt bantu kita untuk kawal emosi serta perasaan

Salam sayang dari Wan
Love uollss
Daaaaaaaaaa

Monday, March 10, 2014

Ianya pasti...

Assalamualaikum n hai uollsss

Menjenguk kembali belog chap ayam ;)
Tahun ni betul2 penuh jadual harian
Plus sibuk jugak dgn shaklee :)
Love doing shaklee
My new cinta hati
Agaknya Wan ni mmg dilahirkan utk bantu orang kan  ðŸ˜†
Alhamdulillah

Sebut pasal bantu, teringin rasanya nak bantu ringankan beban perasaan ahli keluarga mangsa pesawat MH370 yg hilang sejak awal pagi sabtu 8hb Mac 2014
Sungguh.. susah nak gambarkan perasaan Wan
Itu apa yg Wan rasa
Perasaan tu lebih teruk lagi dikalangan family members mangsa

Wan doakan segala yg terbaik
Permudahkan urusan mereka yg terlibat dlm pencarian pesawat yg hilang
Andai masih ada, berikan semua mangsa kekuatan utk bertahan
Andai telah tiada, temukan agar hilang lara dihati ahli keluarga dan seluruh rakyat Malaysia

Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul
Sesungguhnya kita semua akan sentiasa diuji
Cuma beza pada ujiannya
Itu tandanya Tuhan nak kita mengadu pada Nya, mintak pada Nya, letakkan kebergantungan pada Nya kerana hanya Dia yg berkuasa atas tiap2 sesuatu di langit dan di bumi
Dia tahu apa yg terbaik utk kita
Kematian itu pasti
Cuma bila dan di mana diluar bidang kuasa kita
Hanya Dia yg berkuasa







Serahkan segala perkara kepada Nya setelah kita sedaya upaya berusaha mengatasinya.. tawakkaltu 'alallah

Jumpa lagi dilain kali
Daaaaaaaa

Love,
Wan

Tuesday, February 25, 2014

Alhamdulillah

Salam buat semua :)

Dah sebulan tak berbicara di blog rupanya
Am fully recovered dari operation awal tahun hari tu
Alhamdulillah
But now ada saki baki batuk selsema
Mencabar sungguh sebab dlm keadaan macam ni tak selesa nak berkomunikasi
Kerja kena byk communicate dgn client depan mata, dgn staff lagi
Dgn 2 hari ni duk bagi taklimat kat pelawat
Suara kejap2 hilang
Aiyakkkk
Sorry ya para pelawat
Batuk dan sakit tekak masih bersisa lagi neh
Bertahan wahai diriku

So, uollss apa cerita?
Ada yg dah menamatkan zaman bujang
Alhamdulillah
Jodoh pertemuan di tangan tuhan
Ada yg selamat dapat baby
Tahniah jugak dan sampaikan peluk cium Wan utk baby ya ;)
Suka bau baby
WANGI!

Now a bit busy without big boss
Hanya 2nd boss and I
So kepala otak kena ligat sikit fikir sebab certain time kena buat decision sendiri
Now I know and understand apa yg boss lama pernah cakap
Duduk di atas buat kerja betul memang tak popular
Staff suka dan paling tak best akan jadi tak ramai kawan
So akan dapat tengok ramai yg hipokrit
I have to be profesional
Memang Wan seboleh2nya tak nak letak jurang sangat tapi bila tiba bab kerja memang kena ikut betul2
Kalau ada silap memang kena tegur so please terima teguran
Seperti Wan, sentiasa terbuka terima teguran walaupun ia menyakitkan
Think positive
Teguran untuk kebaikan
Baiki kesilapan kita sebab bukan selamanya kita akan berada di tangga sekarang
Mungkin akan meningkat melainkan memang tak nak ubah langsung :)

Teremosi sekejap
Kikikikik
Itu realiti
Ada bunga2 stress sikit tapi nasib baik ada B Complex dari #shaklee
Migrain sakit kepala dapat dikurangkan
Jom beli shaklee untuk sihat
Iklan pulak :)

Last week balik kampung
Seronok tak hengat
Hihihihi
Tercapai hasrat hati nak makan macaroni bakar
Terima kasih bonda ku sayang :)
Siap bekal buat balik Taiping tu
Air tangan mak la katakan
Padahal bukan tak boleh buat sendiri
Saja la nak manja2 walaupun dah kawin :)

Oklah
Nak stop dulu
Nak siapkan laporan pulak
Ngantuk sebenarnya tadi duk hadap kertas2 dan fail2

Salam sayang

<3 WAN <3









Tuesday, January 21, 2014

Bersiaran di tahun baru 2014

Assalamualaikum
Salam buat semua

Dah masuk hari ke 21 bagi tahun 2014
Wan baru 4 hari masuk bertugas setelah cuti hampir 3 minggu
Lama sungguh :)
Masuk kerja hari pertama jadi blur sekejap
Huhuhuhu
Entah kenapa jadi kekok buat kerja yg dah bertahun2 buat
Dgn boss baru lagi tu
Wahhhhhh
Nice meeting u new boss
Pagi tadi lepas jumpa my boys dia panggil masuk bilik
'Wan masuk bilik saya kejap'
Dah sudah.. kenapa pulak boss ni
'Saja je panggil nak bagitau boss lama u kirim salam. I call dia tanya khabar'
Dengan selambanya mulut Wan yg tak terkontrol ni 'Encik ngumpat saya ya'
Oopppsss.. Terlepas cakap sudah
Kikikikik
Nasib boss pun gelak
Lain kali sila pastikan ayat apa yg nak keluar dari mulut kamu ya Wan

Life is getting better
Rasa semakin dekat pada Nya
Rasa kasih sayang Nya melimpah ruah
Dia uji Wan dgn ujian dan dugaan yg tak pernah Wan fikir
Tapi dia anugerahkan Wan semangat dan aura positif yg datang entah dari mana
Terima kasih Tuhan
Thanks for giving me a good husband, a very supportive family and friends
Rasa lebih hargai hidup dan orang sekeliling
Love u all

Wan nak sebarkan aura positif kat semua orang
Please.. jgn down dgn ujian dan dugaan
Dia menduga kita supaya kita sentiasa ingat pada Nya
Dia juga tahu kita mampu hadapinya
Ada orang menangis dengar cerita Wan
Ada orang simpati dengan kisah Wan
Please.. All I need is DOA
Doakan segala yg terbaik untuk Wan
Don't cry for me.. Wan pun tak nangis
Wan ok je dgn semua
Am just FINE :)
Bagi Wan semua ni anugerah dan tak semua orang dapat
Dia cuma nak Wan bersabar sebab Wan yakin Wan akan dapat hadiah lagi indah suatu ketika nanti
Belum masanya Wan tapi yakin dengan kuasa Allah
Dia pilih Wan untuk berhadapan dengan semua ni
Wan anggap seolah nak 'basuh' dosa2 kecil Wan
Kat akhirat esok2 tak de la teruk sangat kan ;)

Oklah
Nak keluar lunch
Makan masih pantang
Rindu nak makan ayam n seafood
Sabar Wan

Daaaaaa

Love,
WAN