Kadang aku perlu ruang untuk melihat kembali perjalanan
hidupku.
Aku memilih untuk berdiam dan menyendiri.
Aku memilih untuk dekatkan
diri pada Pencipta ku.
Meluahkan segalanya.
Menangis semahunya… kerana aku tahu
Dia Maha Mendengar segala rintihan hatiku.
Aku tahu ada yang terluka bila aku berdiam diri.
Tiada lagi senyuman.
Tiada gelak tawa.
Aku rindukan semua itu tetapi bagai ada sesuatu yang menghalang...
Salahkah jika aku memilih demi kasih dan sayangku pada diri sendiri?
Bukan kerana ego tetapi kerana aku tidak mahu menyusahkan orang tentang hidupku akan datang.
Aku memilih untuk menyayangi diri dari berkorban untuk orang lain.
Perkara ini yang membuat aku sering berperang dalam diri.
Maafkan aku kerana aku tidak sempurna.
Bukan anak dan isteri yang sempurna.
Terlalu
banyak kekurangan dalam diri.
Walaupun secara zahirnya orang melihat segalanya
cukup tapi ada ruang dihatiku yang sangat kosong kini.
Aku tercari-cari arah
dan sesuatu yang mampu untuk ku isi di dalam ruang kosong tersebut tapi kerap
kali pencarian tersebut buntu dan tidak ku temui... kerap juga tersasar...
Aku pendosa di dunia Mu.
Aku bersyukur dengan setiap kebaikan dan kesakitan yang Kau turunkan untukku.
Tiada satu pun aku nafikan kerana aku harus REDHA.
Tuhan...
Mengapa kali ini terlalu sukar ?
Bukan aku mempersoalkan cuma aku takut.
Takut jika apa jua keputusan nanti akan lebih menyakitkan.
Biar hanya aku yang sakit, bukan orang yang baik2 disekelilingku.
Walau apa pun yang terjadi, aku akan akur dengan segala ketentuan Mu.
Aku akan sedaya upaya untuk menjadi hamba Mu yang paling redha dan bersyukur.
Jagalah hati ku supaya terus berada di jalan Mu.. tidak tersasar jauh..