Salam semua
Moga semuanya dalam keadaan sihat & gembira
Bersiaran dari Stesen Keretapi Taiping. Nak balik ke KL dah. Hati tisu sebab nak pisah dgn awak En suami. Boleh tak padam hari Isnin dari hari2 dalam seminggu? 😂😂😂
Study week bermula. Doakan saya diberikan kesihatan yg terbaik. Tiada apa yang saya mahukan. Doa yang baik2. Fikir yang baik2.
Sambil2 menunggu train, tiba2 ada seorang wanita berbangsa cina menegur saya. Macam pernah kulihat tapi lupa kat mana jumpa. "Puan... saya ibu kepada anak OKU. Dapat bantuan kebajikan." Yes.... ingat2. Senyum dan berbual2 tentang perkembangan anak istimewa tu. Kebetulan pulak sama train dengan anak dia yang sambung belajar kat KL.
Bila dah kerja sebagai social worker ni, kemana pun pergi akan ada yang kenal & tegur. Itu biasa dan sudah terbiasa.
Moga terus istiqamah & ikhlas membantu orang.
Oklah. Train lagi seminit dua sampai.
Moga ketemu lagi.
Moga kita semua sentiada dibawah rahmat Allah.
Salam sayang.
Love,
Me
No comments:
Post a Comment