Terus bangkit walau dalam kesakitan
Terus berjalan walau melalui laluan penuh duri yg mampu melukakan setiap inci tubuhmu
Terus berharap agar suatu hari nanti dihujung laluan itu ada sinar menanti
Andai ia tidak seindah yg diimpikan, sabarlah
Tuhan masih ingin menguji kesabaranmu
Tuhan sedang mengangkat darjatmu
Ajari dirimu untuk redha
.
Jangan pernah sekali kau padamkan senyuman pada wajah
Terus tersenyum walau luka sarat dihati
Kerana mungkin senyum itu mampu utk memadam sedikit rasa sakitmu
.
Andai telah kau temui keindahan, jgn pernah lupa utk bersyukur
Kerana Dia yg mengizinkan utk tiap2 sesuatu itu berlaku
Dia yg mengizinkan kau terus tersenyum
Dia yg mengizinkan hatimu utk terus kuat
Dia yg mengizinkan kakimu utk terus melangkah
Dia yg mengizinkan segala2nya
.
Jangan pernah menyalahkan qada & qadar
.
Love
πWanπ
2233 - 22082016
No comments:
Post a Comment