Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, June 7, 2012

Andai suatu hari nanti ada yang terluka...

Salam buat semua... Setiap hari bangun dari tidur, satu perkara yang aku sematkan dalam pemikiran.. sentiasa berfikiran positif dan senyum.. Sentiasa cuba menjadi yang terbaik untuk semua orang.. memang hidup kita tidak sempurna kerana antara kita saling melengkapi.. Pernahkah kita terfikir bahawa kita kadang kala menjadi sumber inspirasi untuk orang lain tanpa kita sedari pun?? Saya pun tak sangka ada orang terinspirasi dengan saya.. mintak jauh perasaan bangga dan riak.. tidak pernah pun meminta anda terinspirasi dengan apa yang saya lakukan.. saya bukan orangnya.. perjalanan saya pun masih ada yang tak betul.. Prof. Dr Muhaya Inspirasi saya.. kesungguhan dia dan keikhlasan Prof sentiasa menyentuh hati naluri saya.. segala indah setiap kali melihat dia bercakap dan melihat apa yang dia buat walaupun dari jauh.. Jadi saya bukan orangnya.. namun saya akan terus positif dan menyalurkan perasaan positif itu kepada mereka yang ada disekitar saya.. bohong kalau saya katakan saya tidak pernah bermasalah.. senyuman adalah pengubat segalanya.. tidak perlu untuk kita canangkan segala rasa dihati agar semua orang tahu dan memberi simpati pada kita.. saya bukan begitu.. cukup saya dengan Tuhan je yang tahu segala rasa yang ada dalam diri.. Pernah ada yang mengatakan saya seperti tidak pernah berada dalam kedukaan atau kesedihan.. sama sekali TIDAK.. saya hanya manusia biasa.. sedih dan duka itu adalah perasaan yang sememangnya akan sentiasa hadir dalam perjalanan hidup saya.. senyum dan tawa saya adalah satu terapi untuk diri saya sendiri.. Dari dulu lagi saya sedaya upaya cuba untuk menggembirakan semua orang terutamanya orang yang sentiasa bersama saya susah dan senang.. orang yang sentiasa mendorong saya untuk memperbaiki diri.. dan orang yang paling saya sayang DUNIA & AKHIRAT.. salah seorang adalah IBU saya.. mengandung dan melahirkan saya.. sentiasa mendoakan kejayaan saya.. menjadi teman setia saya sehingga kini.. kongsi suka duka bersama.. dan dikala ini bila bercerita tentang dia, hati saya sayu dan air mata saya bergenang.. sebab dia terlalu dekat walaupun tidak sentiasa di depan mata saya.. saya pernah lukakan hati dia suatu ketika dahulu.. kesalahan yang paling BODOH pernah saya lakukan... namun dia tetap sentiasa hadir memberi saya semangat.. maafkan anakmu ini kerana pernah membuatkan kau terluka... terima kasih kerana sentiasa memberi ruang dan peluang untuk memperbaiki keadaan dan kesalahan.. LOVE U MOM.. FOREVER & EVER.. Dari situ saya belajar.. sentiasa memberi ruang dan peluang pada semua yang ingin membetulkan kesalahan yang dilakukan.. Dia yang Maha Mencipta pun memberi kita peluang untuk memperbaiki kesilapan.. dan saya merasakan saya antara insan yang Tuhan pilih untuk terus berada di sini.. dalam kerjaya ini.. membantu sesiapa sahaja yang memerlukan.. TERIMA KASIH TUHAN ATAS ANUGERAH YANG KAU KURNIAKAN PADAKU... Kadang2 tertanya2 sendiri dari mana datangnya kekuatan dalaman ni.. semua kuasa Tuhan kan... Dia Maha Berkuasa untuk melakukan apa sahaja... Perjalanan hidup kita masih jauh.. kalau masih dipanjangkan usia.. laluan hidup tak semudah yang disangka.. jangan terlalu mengambil mudah tentang sesuatu perkara.. jika terjatuh cuba untuk bangkit kembali.. jadikan kesilapan dulu sabagai satu pengalaman hidup dalam kita berjalan menuju ke penghujung jalan... jangan sesekali kita sesali apa yang telah berlaku sebaliknya cuba untuk redha.. Tuhan tidak akan menurunkan dugaan dan ujian kepada hamba Nya yang tak mampu untuk berhadapan dengan ujian dan dugaan tersebut.. Percayalah.. pasti ada hikmah berlakunya sesuatu perkara itu.. setiap sesuatu itu pasti MANIS akhirnya... Lain benar coretan hari ni kan..? Entahlah.. bagai ada satu rasa dalam diri yang sukar untuk diekspresikan pada semua.. Saya cuma bersyukur kalau ini adalah laluan saya.. Saya REDHA dan terima segalanya dengan hati yang lapang.. Tuhan dah menyusun segalanya untuk kita... Laluilah dengan tenang dan tabah.. Percaya dan yakin pada diri sendiri.. Ok u alllzzzzzzzz... saya sekadar berkongsi... segalanya terpulang pada diri sendiri.. sampai ketemu lagi... daaaaaaaaaaa....






No comments:

Post a Comment