Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, May 10, 2013

Mother's Day

Salam buat semua...

12th May, Hari Ibu Sedunia.. Setiap Ahad kedua pada bulan Mei.. So untuk anak2 kat sini aku dah buat satu program khas sempena hari ibu.. Tapi ada antaranya tak pernah kenal siapa ibu mereka.. Ada pula yang sudah kehilangan ibu tersayang.. Tapi tujuan aku buat semua ni bukan niat utk menyentuh hati anak2 di sini.. Aku cuma nak mereka luahkan rasa hati yang terbuku setelah sekian lama..

Tahun ni aku diluar kebiasaan.. Seperti tahun2 lps aku hanya menyediakan kad ucapan untuk anak2 di sini tulis atau lukis apa yg mereka rasa. Tapi tahun ni aku nak bagi diaorg rasa apa ibu telah korbankan sehingga mereka dimasukkan ke pusat pemulihan. Aku mulakan dengan sajak buat ibu.. Dah ada yg mengalirkan airmata dengan video yg ditayangkan.. Tak pe lah.. Itu tanda rasa kasih syg yg ada dalam diri mereka. Mereka bukan budak jahat. Tak pernah sekali pun perkataan budak jahat keluar dari mulut aku bila berdepan dengan anak2 di sini. Tadi mereka ada sebut yg mereka kurang kasih sayang. Aku senyum bila dengar luahan tu.. Dah 2-3 hari sejak2 aku kembali dari cuti panjang, perkataan itu yg aku dengar. Aku cakap dgn diaorang nanti aku bagi kasih sayang tu. Tapi kena la bahagi sikit sorang sebab semua yg ada dah nak mencecah 200 orang kat sini... :) Budak2 ni kadang ada yg suka merajuk dengan aku.. Sebab kecik je pun.. Kadang tak terlayan cakap je pun.. Tak pun tak terdengar luahan diaorg.. Apa taknya sekali nak jumpa 5-6 orang keliling.. Alahai anak2 ooiii... Telinga ummi ni ada 2 je.. sorang2 ya.. :)

Ok.. sambung tentang program.. Aku bagi masa setengah jam untuk anak2 ni tulis atau lukiskan sesuatu dalam kad yg aku sediakan.. Dalam masa diaorg tulis tu aku pasang lagu2 berkaitan ibu.. Last sekali diaorg buat permintaan nak dengar lagu Untukmu Ibu.. Oklah.. ikut kehendak anak2.. Dah tu ada pulak yang teresak2.. Alahai anak.. Aku hanya boleh tenangkan tapi x boleh peluk supaya hilang rasa rindu pada ibu kamu sebab kamu anak lelaki.. Bkn muhrim ya.. so terpaksalah panggil ustaz dan cikgu2 lelaki yang ada utk tenangkan diaorang. Aku tahu diaorg sygkan ibu masing2..  Lepas habis semua tu aku akhiri dengan paparan video kisah pembohongan seorang ibu... Dah 2-3 hari aku latih utk voice over video ni.. Tiap kali latih tu la aku menitis airmata. Huhhhhh.. Memang syahdu.. So awal pagi tadi aku cuma mengharapkan agar voice over tanpa menitiskan airmata tapi tak boleh la... Tetap mengalir airmata ni.. Anak2 pun sama... Rupanya ustaz dan kakitangan pun ada mengalirkan airmata jugak... Sorry ya.. I feeling lebih sgt kot.. Hehehe.. Inilah video yg dimaksudkan...



Mungkin bagi orang lain tiada apa sangat pun.. Jiwa aku sensitif.. Sebab bila bercakap tentang ibu atau ayah memang feeling sgt.. Budi mereka berdua sampai mati pun tak dpt aku balas...

Buat bonda tersayang WAN AININ WAN HUSSIN setulus ikhlas dari hati sungguh aku sayang pada mu.. Kaulah ibu, rakan dan pendengar setia.. Tak pernah sekali pun kau menolak utk mendengar setiap patah percakapan anakmu yg sememangnya dari kecik sampai sekarang mmg kuat bercakap.. Mulut murai.. Hehehe... Terima kasih atas kasih sayang mu.. Atas perhatianmu.. Yang paling utama atas doamu.. Baru minggu lepas kau bgtahu aku yang kau sentiasa mendoakan yang terbaik utk semua anak2mu.. Tidak pernah putus doa tersebut.. TERIMA KASIH BUNDAKU... Doaku juga sentiasa utkmu.. Agar Tuhan sentiasa memberi kau kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur kerana aku masih belum bersedia utk kehilanganmu.. Masih memerlukanmu.. masih ingin merasa masakan dari air tanganmu.. masih ingin merasai pelukan dan ciumanmu.. AKU SAYANGKAN MU DUNIA DAN AKHIRAT...

Tak boleh dah ni.. Rasa sebak semacam je.. Huhuhuhu... Oklah.. Nanti aku update lain la ya.. Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu :) Bye...

Love,
ME

No comments:

Post a Comment