Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, January 21, 2013

Choc Orange Moist Cake

Salam buat semua...

Alhamdulillah, percubaan inovasi dari resepi asal menjadi... yeaaayyyyyyyy.. lagi seronok bila orang makan diaorang cakap sedap... ngeeeee.. harap2 ikhlas ya :)

Jom kita tengok apa bahan2nya

3 biji telur (Gred A) - kalau pakai gred B buat 4 pun ok

1 tin susu cair (jangan tersalah susu plak.. kang letak susu pekat satu tin.. kencing manis nanti... hahahaha)

 

1 sudu teh orange emulco



1 sudu teh esen vanila



1 1/2 butter (250 gm + 125 gm butter) - agak2 je la ya.. potong dua tu dah kira separuh

2 cawan gula kastor (kalau nak kurang manis buat la 1 1/2)

1 cawan serbuk koko (sila ayak dulu ya)



2 cawan tepung gandum (gunakan sukatan cawan yang sama)



1 sudu teh baking powder + 1 sudu teh soda bikarbonat ( di ayak jugak)




Cara2nya seperti berikut :

Masukkan butter dlm periuk untuk dicairkan dgn menggunakan api sederhana.. (hati2 ya.. jgn sampai periuk terlalu panas sebelum masuk butter. bertukar warna pulak butter tu nanti.. pastu panik... bercakap melalui pengalaman.. hehehe)

Kemudian masukkan 1 tin susu cair sambil kacau butter 

Masukkan gula kastor sedikit demi sedikit.. dan kacau (pastikan gula tu cair.. kacau sampai bawah.. kang ada berketul2 pulak)

Masukkan esen vanila.. kacau lagi.. 

Kacau sebati semuanya dan tutup api.. pastikan api sederhana sehingga habis sesi kacau mengacau ya

Kalau malas tak payah pindah adunan dalam bekas lain.. tapi saya rajin so pindah la dalam bekas lain :)




Dalam bekas lain, pukul telur sehingga kembang.. Agak2 dah kembang masukkan dalam adunan awal tadi dan kacau lagi




Pastu baru masukkan tepung+soda bikarbonat+baking powder yang telah diayak tadi dalam adunan... gaul sebati.. 




Asingkan dalam satu cawan utk lapisan tengah.. 




Adunan yang secawan ni masukkan 1 sudu teh orange emulco (tapi saya letak satu sudu besar... hehehe... )

 


Adunan yg banyak tu masukkan pula dgn serbuk koko yang telah diayak dan gaul sebati...






Sediakan loyang yang telah disapu butter supaya kek tidak melekat... saya pakai loyang yg jenis loose sbb bila dah siap nanti tak de la susah payah nak keluarkan dari loyang



Opppsss... lupa nak ingatkan.. periuk kukus tu kena panaskan dulu ya... agak2 dah panas dgn kata lain air dah mendidih, ubah pada api sederhana...




Ok.. masukkan adunan coklat tadi ke dalam loyang utk lapisan pertama (kalau nak buat 3 lapis tinggal la dlm secawan untuk lapisan last nanti.. )




Peringatan keras : selepas masukkan adunan, tutup loyang dgn alumunium foil utk elakkan air dari tutup periuk menitik dalam adunan






Kukus adunan tadi dalam setengah jam dan keluarkan untuk masukkan layer kedua.. 




Masukkan adunan oren tadi untuk lapisan kedua dan kukus dalam setengah jam...




Agak2 dah setengah jam keluarkan dan masukkan adunan coklat yg saya cakap tinggal secawan (kalau malas nak buat byk layer tak perlu la ya..)





Kukus utk hampir 45 minit then matikan api... agak2 dalam 10 minit keluarkan dari periuk kukus





Bahan2 coklat ganache (kiranya utk topping)

300 gram dark coklat/coklat masakan
150 ml whipping cream
1 sudu besar butter

Cairkan coklat guna kaedah double boiler.. then masukkan butter dan kacau sampai larut..
tuang whipping cream..


boleh tuang atas kek..



Siap sudah... hias yang entah apa2 rasanya... hehehe


Jemput makan ya semua


Selamat Mencuba :)






No comments:

Post a Comment