Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, April 20, 2011

Alhamdulillah... Tahniah che mat n anis



Syukur ke hadrat Allah swt atas kelancaran majlis perkahwinan adik lelaki ku che mat a.k.a imran bersama pasangannya anis. Majlis yang cukup membuatkan siapapun yang bergelar kakak menitiskan air mata. Memang aku akui aku benar2 sayu pada hari tu. Bukan kerana berpisah tapi kerana setelah mengharungi terlalu banyak cabaran dan dugaan akhirnya sampai jua hari yang ditunggu tanpa secalit pun penghalang.
Paling mengharukan hati adalah semasa majlis penyerahan tanggungjawab bapa anis kepada adikku. Bapa anis pun sebak apatah lagi aku.. Perjanjian antara suami isteri dibaca dan itu membuatkan anis menitiskan air mata. Dan akhirnya kami semua yang berada dalam majlis tersebut bangun dan berselawat bersama-sama dan che mat serta anis memeluk anggota keluarga. Bila tiba giliran aku, memang air mata dah tak tertahan dan melimpah jua dari kelopak mataku. Tiada kata dapat ku ungkapkan pada waktu itu dan aku hanya mampu berkata di dalam hati agar adikku berbahagia hingga hujung nyawa bersama yang tersayang.
Buat CHE MAT a.k.a IMRAN DAN ANIS... semoga kebahagian yang dikecapi kekal hingga akhir hayat dan sentiasa dibawah lindungan dan keberkatan Allah swt.

Thursday, April 14, 2011

Selamat Pengantin Baru...




Insyaallah.. diharapkan sangat semuanya berjalan lancar untuk kedua2 orang adikku, imran dan hafez yang bakal mengakhiri zaman bujang sebelum pertengahan tahun...
Dimulakan dengan che mat a.k.a. imran yang mana majlis akad nikahnya pada 16 April 2011.. lagi 2 hari laaa... Hafez juga bakal melangsungkan perkahwinan pada bulan Jun nanti. Selamat pengantin baru juga buat hafez a.k.a apis. K.ja harap semuanya berjalan lancar. No more worries...
Ingat adik2ku.. perkahwinan bukan perkara main2 yang boleh ditolak ketepi bila 'berserabut' dan ditarik balik bila nak happy.. ini perjanjian untuk ikatan sah yang kita harapkan agar terjalin hingga hujung nyawa. Contohi ma dan abah yang dah lebih 30 tahun hidup bersama. Walau susah walau senang tetap bersama. Perkahwinan adalah satu anugerah yang tidak ternilai. Hargailah ia ketika ada dan jangan sesalinya jika kita akan kehilangannya. 
Aku sebagai kakak ada timbul satu perasaan yang sukar untuk digambarkan bila sorang demi sorang akan berkahwin. Sayu dan dalam masa sama gembira untuk adik2ku. Rasa macam baru semalam kami melalui zaman kanak2 bersama2 tapi sekarang semuanya dah besar. Sekejap sangat rasanya. Ingin rasanya untuk kembali kezaman itu tapi mana mungkin waktu diundur kebelakang. 
Aku sentiasa menyokong apa jua keputusan yang baik untuk adik2ku. Aku juga sentiasa doakan kebahagiaan dan dipermudahkan segala urusan mereka baik di dunia mahupun di akhirat.
Apa yang menarik perhatian disini, tahun ini ma dan abah akan menerima 2 orang lagi menantu dan menjadikannya 3 menantu... huhuhu.. nampaknya keluarga kita makin besar dan meriah, insyaallah. Pastinya raya tahun ni makin gamat dan riuh. Apa yang penting dan ramai kaum wanita la dan tak la ma, aku dan adik iqah penat sangat nak buat kerja dapur.
Majlis sambut menantu akan diadakan serentak untuk menyambut 2 pengantin baru pada pertengahan Jun ini. Aku harap tiada apa yang menghalang dan semua berjalan lancar. Mohon restu dan keberkatan Mu, Ya Allah. Tak sabar nak menunggu hari itu.
Hujung minggu ni adalah cuti yang panjang buat aku dan suami. Kami akan ke johor seterusnya balik ke kelantan bersama ibu mentuaku sekali. Permudahkan perjalanan kami dan jauhilah dari bala bencana.. amin...


Tuesday, April 12, 2011

10 BAKTI PERLU DILAKUKAN SETIAP ANAK TERHADAP IBU BAPA



Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa bertujuan membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia.Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk material dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.



Terdapat sekurang-kurangnya 10 bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.

1.Memberi nafkah. Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.

Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.

2.Menyediakan tempat tinggal. Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapa.

Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.

3.Memberi kasih sayang. Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya.

Anak yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.

Firman Allah bermaksud: ?Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.? (Surah al-Isra, ayat 24).

4.Memberi perhatian. Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.

Penerapan amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang membuang ibu bapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri.

Banyak ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan orang-orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa. Sedangkan, ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa orang anak.

5.Memenuhi permintaan. Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.

Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya.

Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan perang. Diriwaytkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad: Apakah perbuatan disukai oleh Allah?

Lalu baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Kemudian apa? tanya saya lagi. Baginda menjawab: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Saya bertanya: Apa lagi. Jawab baginda: Berjihad pada jalan Allah.

6.Melakukan apa yang disukai. Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.

Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.

Sabda Rasulullah bermaksud: Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.(Hadis riwayat Tirmizi).


Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.


7.Bercakap dengan lemah lembut. Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.


Firman Allah bermaksud: Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut. (Surah al-Israk, ayat 23).


Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.


8.Menghadiahkan kejayaan. Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa.


Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.


9.Meluangkan masa bersama-sama. Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.


10.Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa. Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.


Sabda Rasulullah bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).


Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.


Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.

Aku rindu adik2ku dan zaman kanak2 kami...



Masa kecik2 dulu terlalu banyak kenangan yang tak mungkin dilupakan. Kalau nak cakap babgaduh dan dengki.. hahahaha.. tu cerita nombor satu la.. kalau ma abah baca ni pasti gelak ni. Time sekolah dulu ada sistem giliran.. sidai kain, cari buah durian kat kebun untuk dijual, lipat kain, bersih kawasan rumah.. pendek kata semua berjadual la. Macam latihan askar je kan tapi itu semua membentuk jati diri kami adik beradik. Sebelum pergi sekolah macam biasa tolong ma sidai kain dulu. Kalau aku sidai adik aku kena angkat kain kat jemuran. Tapi akan jadi gaduh bila ada yang buat bodoh je bila tiba time tugas dia. Masa tu la jadi gaduh.. hahaha.. Bila ingat balik lawak pun ada jugak. Budak2 la katakan. Masih aku ingat bila tiba time kami kena cari durian. Sebelum pukul 6.30 pagi tu siap ambik kereta sorong dan pakai topi keledar. Itu cara kami. Lawak ke? Bukan apa.. mana nak tahu kan tengah duk kutip durian tiba2 gugur durian lain. Dapat selamatkan kepala ni. Bijak kan..

Time gelak pulak lagi banyak cerita tapi tak dapat la nak cerita semua. Aku rasa aku selalu kena gelak dari kes cicak sampai la ke kes jarum peniti jatuh. Kes cicak sulit sikit nak cerita tapi kalau adik2 aku (mat n apis) baca ni pasti diaorang gelak terguling2. Kes jarum peniti.. aku dah ingat2 lupa mula kisahnya tapi aku jenis 'buas' terlanggar kotak bekas jarum peniti. Punyalah cuak takut kena marah dengan ma... Tiba2 ma datang 'gapo jatuh tu' Nak tahu apa aku jawab.. dengan ketakutan dan kelam kabut aku jawab 'nyamuk'... hahaha. Adik jantan aku dua orang gelakkan aku. Kurang asam betul la.

Ni ada satu kisah lagi. MOTORSIKAL! Ni memang kes berat. Siap kena marah dengan abah lagi. Time tu aku sekolah rendah. Kat rumah di kampung ada motorsikal honda c70 kalau tak silap aku.. yang lampu depan bulat tu... Al-kisahnya nak belajar bawak motor la kononnya. Aku berkain batik.. gadis kampung la katakan. Adik aku dah pandai dah bawak motor masa tu. Konon nak membonceng belakang jadi aku naik la dengan kain batik. Ingat adik aku ni pas la bawak motor. Tapi bila masuk je gear satu terangkat motor tu kat depan. Cuba bayangkan apa terjadi kat aku.. Maka tersangkut la kain batik aku kat plate number motor tu dan seret la punggung aku. Pedih wooo... tapi balik2 aku jugak digelakkan oleh dua orang adik jantan aku. Oleh kerana keinginana bawak motor tu tinggi, maka aku pelan2 belajar bawak motor. Dan pada satu hari yang lawak dan malang bagi kami adik beradik, aku pun bawak la motor tak sampai pun 10 meter kat kawasan halaman rumah. Pemboncengnya.. 2 orang adik jantan aku yang berani mati bonceng motor yang aku bawak.. maka enjin dihidupkan dan handle minyak aku pulas semahunya... makanya laju lah motor itu sehingga melanggar pokok jambu batu ditepi rumah. Raga motor remuk dan adik2 aku? Aik.. mana hilang... ada kat melekat kat pokok jambu batu laaa... Tapi agakanya kami ni jenis lasak tak de la luka apa2 pun. Terus simpan motor dan tutup dengan kain. Akhirnya abah tahu jugak dan kami semua kena terima 'hadiah'.
Itu baru sikit ceritanya.. Kalau ada yang aku ingat lagi nanti aku kat blog ni... buat adik2 ku.. kalau ada antara kita yang terasa maka kita saling maafkan satu sama lain. Ingat kembali kenangan kanak2 kita dulu..
AKU RINDU KAMU SEMUA WAHAI ADIK2KU...

Monday, April 4, 2011

Senyum...




Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri
Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum
Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...

Senyum.. perkara yang palingm udah untuk kita lakukan. Bila kita dah mulakan hari kita dengan senyuman. Ada rahsia yang menarik yang kita tak tahu tentang senyum. Apa yang pasti siapapun yang mengetahuinya pasti tak henti untuk tersenyum.

Jadi tak salah rasanya untuk berkongsi 15 fakta menarik tentang senyuman. Bagi yang rajin membaca pasti sudah tahu tentang fakta ni tapi bagi yang belum sama-sama kita baca dan renungkan agar dapat kita amalkan.

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
3. Apabila darah yang ’sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Justeru, tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ’stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.
Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon ‘endorphins’ dan hormon ‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ‘adrenaline’ .
9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.
15. Pujangga menyebut :
” Senyum itu kelopak. Ketawa itu bunga yang sempurna kembangnya”. Jadi rakan taulan sekalian, jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan plak cukup sekedar nya sahaja ok.

Friday, April 1, 2011

Masihkah kita ingat dengan cerita rakyat???



Zaman kanak-kanak kita penuh dengan cerita-cerita rakyat... yang paling popular cerita sang arnab dengan sang kura-kura. Siap ada pertandingan bercerita lagi masa kat sekoalh rendah dulu. Hari ni aku cuba untuk mengimbas kembali memori tu dengan 'anak-anakku' di sini. rupanya diaorang betul2 seronok dengan apa yang diminta. ceritakan kembali kisah rakyat beserta dengan pantun nasihat. WOW! Aku ingat anak-anak tahun 90-an dah tak tahu pasal cerita-cerita cam ni. Rupanya ada yang boleh cerita secaa detail lagi. Tapi tak kurang jugak ada 'anak-anakku' yang sedikit blurrrr... kesian dia.
Cerita yang paling aku suka sang kancil dengan sang buaya.. 'satu dua tiga lekuk, jantan betina aku ketuk'. Tu la dialog yang paling aku ingat. Seronok bila tengok cerita macam tu sebab banyak teladan boleh diambil. Dan itu jugaklah yang aku harapkan agar 'anak-anakku' dapat mengambil iktibar dari kisah-kisah sebegini. Memang kalau difikirkan memang agak terkebelakang sikit la kalau buat program begini tapi apa yang aku tahu 'anak-anakku' enjoy dan aku seronok.