Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, November 16, 2012

TRAUMA!!!

Salam buat semua

Tengok tajuk pun dah menggambarkan betapa traumanya aku... berhadapan dengan satu situasi yang tak pernah aku gambarkan.. benar2 menyesakkan dada.. tapi pada waktu tu aku kena kuat untuk adik2 walaupun dalam kepala macam2 aku fikir..

Pada Jumaat 9 November 2012, ma abah n dua adik aku datang Taiping.. so rumah agak happening la masa tu.. riuh la sikit sebab ramai.. 10 November kami gerak ke KL, rumah adik aku... sampai lebih kurang jam 11 pagi.. so lepas rehat then lunch serta solat, kami ke SOGO.. shopping time.. masa tu semua orang seronok.. tak fikir penat pun masa tu...

Pada pagi subuh 11 November 2012, tarikh yang aku takkan lupakan sepanjang hayatku.. benar2 menakutkan aku, abah n adik2.. ma tiba2 tak sedarkan diri.. dalam keadaan tu mmg agak panik sebab tak perbah berlaku pada ma.. dalam hati tak putus2 berdoa agar tidak akan berlaku sesuatu yang tidak diingini.. abah melaungkan ayat2 suci al-Quran dan aku melafazkan kalimah LAA ILAHAILLALLAH ditelinga ma.. sungguh.. aku benar2 takut kerana aku masih belum bersedia untuk kehilangan sesiapa pun yang aku sayangi.. benar2 belum bersedia.. melihat keadaan ma begitu memang hati aku benar2 sayu dan sebak tapi aku tak boleh menangis sebab tak nak adik2 aku pun turut sedih.. bayangkan bila aku terpaksa tahan perasaan tu.. sakit dan sesak dada aku.. sakit rasa kerongkong aku.. adik lelaki aku hubungi hospital tapi pihak hospital menyatakan mungkin mengambil masa untuk menghantar ambulans.. kami buat keputusan untuk hantar sendiri ke hospital... aku tukarkan pakaian n pakaikan tudung.. dalam hati aku berdoa agar itu bukan kali terakhir aku menatap wajah ma.. terus adik2 lelaki aku papah ma dan ke hospital bersama abah.. aku lihat adik perempuan bongsuku dah menangis dibahu adik iparku.. dan pada masa tu airmata ni dah tak mampu aku tahan lagi.. aku terasa lemah sangat.. menangis dalam pelukan suami tersayang.. dia sabarkan aku dan mintak aku solat subuh dan bersiap.. sungguh masa tu badan aku betul2 lemah.. rasa seperti tak mampu berdiri.. namun ku gagahkan jua.. dalam sujudku bermohon pada Allah agar tidak berlaku sesuatu yang tidak diingini.. telekung yang aku gunakan untuk solat basah dgn airmata.. masa tu doa hanya utk ma.. tiada lain yang ku minta hanya kembalikan semula senyuman ma.. usai solat subuh aku bersiap dan terus ke hospital.. dalam perjalanan ke hospital abah call dan memaklumkan bahawa ma sudah sedar.. Alhamdulillah.. syukur pada mu Tuhan.. masa tu rasa mahu cepat sampai ke hospital.. sesampainya di hospital aku terus menuju ke kecemasan.. aku tak pedulikan orang lain.. apa yg aku nak tengok hanyalah ma.. masuk ke zon kuning aku lihat ma terlantar dikatil dengan oksigen.. sekali lagi menitis airmataku bila aku masih diberi peluang untuk melihat senyuman diwajah bonda tersayang.. dalam sayu ku kucup dahi ma dan airmata seakan degil tak mahu berhenti mengalir.. tangisan gembira kerana ma stabil.. badan ma masih lemah dan dia tak banyak bicara.. senyuman dibibirnya cukup utk ubati kesayuan hati aku pada masa tu..

Ma ditahan selama 2 hari di Hospital Selayang.. apapun ribuan terima kasih pada doktor dan jururawat yang terlibat kerana cekap dalam tugas kalian.. SALUTE untuk anda semua..

Sungguh aku masih belum puas bermanja dengan ibuku.. walaupun dah jadi isteri orang tapi itulah aku.. bila ma atau abah dalam keadaan tak sihat, dadaku pasti sesak.. susah hati sangat... sekarang ni pun kalau boleh nak sentiasa disisi ma tapi aku ada tanggungjawab lain yang perlu dilakukan.. rutin aku sekarang adalah seboleh2nya menghubungi ma lebih dari sekali sehari.. dapat dengar suara sekejap cukuplah..

Aku bermohon pada Mu Tuhan, agar Kau memberikan kesihatan yang terbaik untuk ma dan abah.. Kau panjangkan usia mereka berdua.. kasihanilah mereka berdua sepertimana mereka mengasihiku ketika kecil..

Saat menaip kisah TRAUMA ni pun airmata mengalir, dada sebak.. sungguh aku benar2 sayang pada ahli keluarga ku.. tidak kurang sikit pun.. hanya Tuhan yang tahu sedalam mana kasihku ini.. buat suami ku tersayang.. terima kasih kerana sentiasa memahami, mententeramkan hati dan jiwaku.. sentiasa bersama walau susah atau senang.. aku sayang kamu :)

Oklah... mata dah penat.. time to sleep.. mengharapkan agar masih diberi peluang esok hari untuk menikmati keindahan alam ciptaanmu Tuhan..

Love,
ME






Sunday, October 7, 2012

Kek Lapis Cheese Persona

Salam buat semua...

Seperti yang dijanjikan saya share la resepi ni ya... this is my 1st time buat kek ni... am not really good in doing this tapi seperti yang pernah dikatakan sebelum ni, my new hobby ;)

Buat kawan2 yang minta resepi tu, actually u all boleh google je untuk resepi ni... saya pun ambik dari blog kawan ... http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com/search/label/kek%20lapis%20cheese%20persona klik je link ni kalau rasa nak lagi yakin ya... hehehe

Bahan2nya

Bahan a

Biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g, x kisahla jenama apa.. aku pakai jenama tesco je...

500 ml susu segar,dipanaskan

Bahan b

500 g cheese cream (tapi aku guna Tartura cream cheese)

10 ml susu segar

1/2 cawan gula halus

kalau boleh korang pakai la loyang jenis loose ya... itu kata tok guru ku Pn Ana http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com/

loyang tu kalau rajin lapik la baking paper tp aku x lapik pon.. hehehe

Cara2


Bahan b

pukul gula n cheese cream smpai kembang ya (jgn sampai mati pulak... hahaha)


masukkan susu sikit2.. bagi sebati

dah sebati letak tepi dulu

Bahan a

susu tu  panas kan dulu.. tapi aku buat suam2 je

ambik biskut marie tu celup n susun dlm loyang satu demi satu..


next step..

lpas susun biskut selapis tu, ko ambik cream cheese yg dah sebati tadi n sapu atas utk lapisan pertama.. 

korang ulang la yg sama smpai la habis...





tapi kan antara lapisan tu aku letak serbuk coklat.. ala2 tiramisu gitu.. hehehe

aku mix dgn biskut oreo yg aku blend kering..

kiranya lepas korang letak cream.. 

aku tabur or lebih sesuai dipanggil ayak la... korang buat setiap lapis slps letak cream cheese

sprt yg korang tgk kat bawah ni, atas sekali tu aku tabur nak habiskan oreo n serbuk koko... yg nampak 

cam putih2 tu aku tabur serbuk badam... kebetulan ada aku tambah je la.. tak nak letak pun x pe...




dah siap tu masuk la peti ais selama 4-5 jam.. bagi dai rehat n sejukkan diri.. :)




tadaaaaaaaaaaaaaa.... inilah hasilnya yang aku buat... korang boleh buat lagi cantik dari ni ya...



atas tu aku memandai je latak whipping cream.. aku putar bersama sedikit gula.. then pakai la piping.. ada beri kering aku letak je kat atas tu.. hehehe..

demikian sahaja persembahan utk kali ni.. wahhhhhh... cam buat presentation plak rasanya
ok la geng.. selamat mencuba ya.. kalau tak jadi jangan salahkan saya ya... hehehe

Sampai ketemu lagi... daaaaaaaaaaaaa

From Taiping with Love,
ME

Saturday, October 6, 2012

Saya dan hobi baru...

Salam buat semua...

Entah apa2 je rasanya tajuk tu tapi itulah realitinya... mesti ada yg akan cakap 'poyo' kan.. hehehe... tak pe saya terima je... I JUST BE MYSELF...

Tapi kan sebenarnya la kan.. banyak pulak kan ni.. actually dah lama tak buat2 kek ni... mula dengan buat kek utk harijadi cik abang je pertengahan September lepas.. then terus menjadi2 lak... tak pe la kan.. bukan buat jahat pun.. buat benda baik.. buat benda makan utk kenyangkan perut.. ok la tu..

Buat saing2 ku (kawan2 dalam bahasa melayu standard... saing tu bahasa Kelate.. banggo jjadi anok Kelate.. iklan jap ek.. hehehe) jangan la mintak aku buat.. siap suruh buat masa reunion tu.. aku tak sanggup la.. blm pro lagi ni.. baru merangkak.. kalau dah elok jalan nanti aku buat ek.. tapi susah la kita2 semua nak jumpa.. kena set time betul2... semua bz dgn keje n anak2..(bagi yg ada anak la... bagi yg x de anak cam aku ni bz ngan keje je ya.. :p )

Adik kesayanganku Piqah n adik iparku dah mintak utk aku buat lak raya haji ni.. huhuhu.. menakutkan plak.. takut tak jadi je... kalau kek tu x jadi jgn marah akak ya adik2...

Buat kawan2 yg nak resepi nanti saya kongsikan dalam next post ya...

Nite2 semua... From Taiping With Love :)


Sunday, September 30, 2012

Senyumlah... :)

Salam buat semua...

Setiap hari di FB aku akan pastikan semua orang akan tersenyum dengan perkataan SMILE yang ditulis.. hari ni terdengar satu ungkapan SENYUM ITU MUDAH TAPI KESANNYA CUKUP INDAH.. ungkapan ni buat aku ingin tersenyum sentiasa supaya mampu memberi keindahan kepada wajah kesayangan hamba yang menatap.. :) Aku.. sebolehnya tak nak orang lain tahu yg aku dalam gundah dan risau.. seboleh2nya la tapi sang suami adalah orang pertama yang juga merupakan pendengar setia yang setia menadah telinga mendengar segala gundah di hati.. tapi untuk orang lain tak perlu rasanya aku luahkan ketidaktenangan hati ni.. (betul ke perkataan ni ya.. hehehe.. jangan rosakkan bahasa melayu).. kita beralih kepada penulisa yang lebih serius.. ehemmmm...





Senyum adalah sesuatu yang bisa memberi keindahan dalam kehidupan.. yang juga mampu untuk mendamaikan hati yang gundah gulana.. dengan senyum yang sentiasa terukir dibibir, pasti tidak akan ada yang mengangka sedalam dan sejauh mana bebanan yang ditanggung dalam diri.. rasanya cukuplah ALLAH sahaja yang mengetahuinya... kerana DIA MAHA MENDENGAR SETIAP KELUH RESAH HAMBA NYA... Tak susah kan untuk senyum.. hanya gerakkan sedikit bibir dan ikhlaskan hati.. pasti terbit satu ketenangan dalam hati.. percayalah.. tapi janganlah berpura2 dalam senyuman.. jangan memaksa diri kalau tak mampu untuk lakukan.. kerana pasti menimbulkan rasa curiga dihati orang lain..

Mari kita kongsi apa yang pernah dikatakan oleh Dr Fadzilah Kamsah :

Hati yang bersih memancarkan gelombang positif yang amat kuat, lantas 
mempengaruhi orang sekeliling dan situasi-situasi menjadi positif sama. Sebaliknya, hati yang kotor akan memancarkan gelombang negatif yang amat kuat, menukarkan orang-orang sekeliling menjadi negatif juga membuat situasi-situasi pada saat kita berada tu menjadi negatif. Kesannya, kita jadi murung, tertekan, tiada kegembiraan dan menjalani hidup penuh dengan tekanan. Nak bahagia, nak berjaya, nak gembira, kita perlu ubah persekitaran kita menjadi positif. Kita boleh ubah semua tu bermula dengan rajin-rajinkan diri mencuci hati simply dengan memprogram minda 7 saat sebelum kita tidur.

Sampai ketemu lagi... daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

Love,
ME

Monday, September 17, 2012

Hallluuuu... Salam buat semua...

Sepagi ni duk edit balik blog kesayanganku yang dah makan hari tak dijenguk... Berjam2 duk hadap lappy pagi ni... Petang la sambung balik... rasa macam ada yg tak kena je dengan blog ni...

So, cuti sehari lagi hari ni.. makanya bermalas2lah aku dirumah... ingat hari ni nak membuat cheesecake tapi barang2 lak tak de... nak keluar pi TESCO pagi2 tak berapa nak rajin pulak.. hihihihi..

Semalam buat kek coklat khas utk En Suami tersayang... sempena hari lahirnya pada 09.09 yang lepas.. lewat seminggu sebabnya si dia outstation di tempat sejuk.. jeles I la U.. tapi mana boleh ikut.. masing2 dgn tugas masing2 kan... plan utk bercuti tahun ni samada nak pergi tempat sejuk atau pulau.. kena fikir betul2...

Oh ya.. nak upload gambar kek semalam.. yg seadanya mampu aku buat.. bkn pandai sangat pun :)
Terinspirasi dengan kawan lama masa kolej dulu.. Blogger yg glamer dah sekarang ni.. Suka tengok resepi2 yg dia share kat blog http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com/ ...hehehe... share sikit..

Oklah.. nak stop dulu.. masak utk makan tengahari.. sebelum tu nak share la kek semalam yang dah nak habis pun..





sampai ketemu lagi... daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ;)


Sunday, July 22, 2012

Salam Ramadhan...

Salam buat semua... Apa khabar? Mcmana hari ni ya...? Dah 2nd of Ramadhan hari ni kan.. cepat je masa berlalu.. Apa yg pasti Bazaar Ramadhan pasti jadi kunjungan setiap petang dah sekarang ni.. tapi aku sendiri cuba elak pergi Bazaar tu.. takut nanti membazir.. nafsu mata la katakan.. masa perut lapar semuanya nampak sedap.. dan kalau ikut nafsu rasanya bazaar tu pun nak angkut balik... huuhuhu... seperti puasa2 sebelum ni pun aku lebih suka masak di rumah.. kita lebih tahu camana kebersihan masakan kita.. bukan bersangka buruk pada peniaga bazaar tapi sekadar berhati2.. sebab pernah terkena.. lagi satu masakan mungkin tak kena dengan selera kita.. kalau beli pun kuih muih je la.. Niat nak ke office menyiapkan fail pun tertunda... sepatutnya semalam nak menyiapkan fail2 utk my boys balik raya nanti tapi terbantut la pulak... hehehe.. bukan malas tapi rasa cam tak berapa rajin pulak... tak pe.. esok masih ada kan.. :) Alamak... JJCM kat tv3 ni.. menunya membuka selera la pulak... sup daging, gear box.. siap ada pizza lagi... nyum nyum... haish... sabor je la.. Ok la.. nak baca buku plak... pinjam from my mum 4 buah tapi satu pun belum sentuh lagi ni... nak mula baca hari ni... daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... pssst..: sharing gambar menu semalam.. ikan patin masak lemak cili api.. my hubby's favo n ayam goreng berempah my favo... ;)






Friday, July 20, 2012

Anugerah

Terima kasih Tuhan atas anugerah Mu.. Sesungguhnya redha itu indah bila dihayati.. Betapa besar kuasa Mu Tuhan.. Memberi setiap sesuatu dengan bersebab.. Menjadikan kisah dan perjalanan hidup manusia itu penuh erti.. Terkadang kita tidak menyangka bahawa segalanya indah.. Bila dilalui dengan ketenangan dan keterbukaan.. Adakalanya ia mampu buat kita tersenyum walau dalam sendu.. Itulah hakikat hidup.. Selagi kita masih menjadi pelakon di pentas dunia.. Tuhan meletakkan kita ditempat yang betul.. Tempat yang sepatutnya kita berada.. Supaya nanti. Kita mampu untuk menggunakan anugerah yang diberi sebaik mungkin.. Apapun yang Kau datangkan padaku.. Aku akan bersyukur dan tetap sujud pada Mu Tuhan.. Kasih sayang Mu terlalu sukar untuk digambarkan.. Memberikan dan mengambilnya kembali dengan bersebab.. Yakinlah bahawa Tuhan menyayangi kita.. Walau kita selalu jauh dari Nya.. Walau kita selalu lupa untuk mengingati Nya.. (wan@fidza-20072012 1.30pm)






Damai Dihati

Kedinginan angin petang menyapa tubuhku Menghentikan lamunanku tentang duniawi Lantas aku terus berpaling melihat kebesaran Mu Betapa agungnya ciptaan Mu Keindahannya sentiasa membuatkan aku tersenyum Keindahannya juga memberi damai dihati Benar… Semuanya cukup sempurna Kesempurnaannya melengkapkan hidup makhluk yang mendiaminya Syukur … Kerana sehingga saat ini aku masih diberi ruang waktu Untuk terus menikmatinya Disetiap hela nafasku Disetiap kerdip mataku Dan; Disetiap denyut nadiku… Terima kasih Tuhan atas segalanya untukku Maafkan hamba Mu ini Kerana sering menghitung ketidaksempurnaan Tanpa menilai setiap sesuatu yang Kau berikan adalah bersebab Seharusnya aku bersangka baik pada Mu Kerana aku tahu Pasti ada cahaya indah dihujung perjalanan ini… (wan@fidza- 15072012 5.11pm) **Lama sungguh tak menulis.. dah berkarat rasanya.. dgn novel pun terbengkalai.. huhuhu... no time la... tapi cuba jugak untuk lengkapkan novel tersebut.. Insyaallah...






Tuesday, July 3, 2012

Percutian yang meninggalkan kenangan indah...

Salam buat semua... Am still on holiday mood... but always ready to get back to work... Cuti 5 hari raa cam sekejap je.. meluangkan masa untuk hadir di majlis perkahwinan my staff di Temerloh, Pahang.. Then ke Kuala Lipis atas urusan keluarga yang masih belum selesai.. after 30 years baru hasrat tertunai.. alhamdulillah.. segalanya dipermudahkan.. Terima kasih yang tidak terhingga buat sahabatku Suzalinawati Abdullah dan suami yang menerima kehadiran kami walaupun setelah 5 tahun tidak bersua.. Betapa sesuatu yang Tuhan jadikan itu bersebab kan.. aku memulakan perkhidmatan di Negeri Pahang dan kini aku kembali untuk menyelesaikan isu yang sekian lama tertunda.. Menjadi pengapit semasa perkahwinan Suzalinawati di Melaka pada 2007.. it's a long time baru jumpa balik untuk 'misi' ini.. Itu sebabnya percutian kali ni dinamakan percutian yang meninggalkan kenangan indah.. bukan untukku tapi untuk suami dan ibu mertua ku.. hanya itu termampu aku buat untuk menggembirakan hidup insan2 yang berada disekelilingku... Dalam masa sama menyinggah di Cameron.. tak sesejuk dulu... tapi masih ok untuk dijadikan tempat bercuti.. cuma agak busy je kat certain area.. Rupa2nya best cuti lama2 ni.. ;) .. rehatkan minda.. badan.. tak fikir pasal keje (ya ke tak fikir... admit.. ada fikir jugak sikit2.. hehehe) ... nanti nak cuti lagi la.. kena plan betul2.. kali ni betul2 nak bercuti... tempat yang tiada gangguan.. Miss my sweet little pumpkin WAN ALIF FIRDAUS... udah besau... tak sabau nak jumpa kamu la budak tecik... mau dukung, riba, peluk cium kamu tanpa henti.. jangan marah mak long kalau kamu jadi kemek ya.. hehehe.. Ok lah.. sudah petang.. mau rehat lagi dan lagi sebelum masuk keje esok... have to be well prepared dgn segala kemungkinan kerja sekarang ni.. AM READY!! ;) Jumpa lagi... daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....






Tuesday, June 26, 2012

Hari yang makin sibuk dan menakutkan...

Salam buat semua... Tengok tajuk pun macam menakutkan je.. huhuhu... tapi memang terasa kesibukannya.. kadang rasa tak menang tangan pun ya... OH, TIDAAAAAAAAAAAAAAKKK!!!! Have to finis all things in one time.. am not a robot.. but have to do it.. its all about work.. but am not really stress of this things.. happen for a sudden.. Ni bukan mengeluh tau.. jangan salah faham.. sebab ada kawan yang bertanya jarang nampak reply on FB during workdays.. via BB la not from my computer kat office ya.. jangan salah faham pulak.. Next week adalah hari2 untuk jalan2 dan bercuti... yang paling best.. BALIK KAMPUNGGGGGGGGG.. AM GOING BACK TO KELATE.. huhuhuuhuu.. rindu bau rumah & bilik kat kampung laaaa... rindu nak tengok pokok2 durian.. yang paling rindu nak makan nasi kerabu... tertelan2 air liur la.. sedapnyaaaaaaaaaaa.... rindu nak pi makan roti tempayan arab.. rindu semuanyaaaaaaaaaaaa... Kerja tengah menimbun ni sempat lagi nak tulis entry ya.. hehehe.. ok lah.. nak kena stop dulu.. kalau tak surat2 dan kerja2 lain ni tak siaplah nampaknya.. daaaaaaaaaaaa






Saturday, June 16, 2012

When FLU is around...

Salam buat semua... YES... FLU is wih me now.. running nose & cough... huuhuhuu... memang tak suka tapi COBAAN la katakan... so kena sabar banyak.. tekak rasa gatal.. hidung tak selesa.. tidur tak lena sangat sebab gangguan pernafasan... tapi alhamdulillah.. demam kali ni tak seteruk yang sebelum ni... last demam awal tahun hari tu.. awal Januari.. masa tu rasa macam kain buruk je.. terbaring dengan suhu badan hampir mencecah 40 degree celcius.. but not this time... tidak mencecah suhu itu lagi.. dan harapnya takkan jadi macam tu.. Cuaca sekarang memang agak panas.. dengan jerebu sana sini.. say NO for outdoor activities... but ME.. have to limit it.. coz most of my activities are outside there.. huhuhuhu... Thank GOD its weekend.. so I can take a long rest.. have to forget my promise with my boys.. sorry boys.. mummy really not in good condition.. but if am a bit ok tomorrow I'll go and meet u boys with DAM AJI GERGASI.. but if not, am sorry... Actually ada buat program untuk my boys next week... it's all about permainan tradisional... and they can't wait for that.. apa yang buat diaorang tak boleh tunggu ada that BIG dam aji dan mereka cipta WAU CANTIK... Enough about that.. and back to FLU.. hope it'll recover soon... hopefully before MONDAY... and am all alone for few days next week.. hubby is going to KL.. but its ok.. dah biasa duk sorang.. still have 2 novels untuk dihabiskan.. tak bila nak baca.. hehehehe.. OK guys.. have to stop for now.. waiting for my next entry.. hehehe.. macam la ada orang baca.. tiba2 perasan jadi blogger terkenal pulak.. ok.. daaaaaaaaaaaaaaaa... psst... kurangkan aktiviti luar ya.. cuaca tak menentu.. boleh menganggu kesihatan.. to stay healthy and good.. limit your outdoor activities.. Love, ME...






Wednesday, June 13, 2012

Ouch.. am injured...

Salam buat semua.. Masih ada yang belum tidur rasanya kan.. ❣❣❣ Tak pe.. leh baca entry dulu.. Yes.. am injured tapi sikit je la.. akibat kecuaian sendiri... biasanya saya antara orang yang paling berhati2 bila masak kat dapur tapi petang ni akibat daripada badan tak berapa ok kot.. kepala ada pusing sikit.. badan seram sejuk je... penat sangat rasanya... rasa dah macam gangster je bila ada parut kat tangan ni.. hehehe... Oklah.. am just sharing Me of the day... Am not really in good condition... Am surrender & have to take medicine... Am trying to recharge my mood back.. Be strong Wan.. Caiyok! Ok guys... sampai ketemu lagi.. sayang kamu semua... daaaaaaaaaaaa






Tuesday, June 12, 2012

Am waiting for a MIRACLE

Salam buar semua... Apa khabar ya hari ni... ? Harap semua sentiasa dibawah lindungan Yang Maha Esa... Sentiasa menjadi lebih baik walaupun kadang kita gagal untuk dapatkan yang terbaik.. tak pe.. teruskan usaha.. gagal sekali bukan bermakna selamanya kita dalam kegagalan... ‎~~Am not gifted n talented.. I just be myself.. Do what can I do.. Trust myself more than I trust others.. Build my own self confidence.. Am not trying to be the best for others but just for me.. It'll put smile on my face if you satisfy for what am doing.. Just accept the way I am.. Thanks for all the support.. Love, ME~~ Mungkin ada yang pernah baca status ni kat wall FB saya kan... YES.. memang tulus suci dari hati saya.. kita tak perlu jadi orang lain semata2 menghendakkan orang suka atau menyayangi kita... sememamgnya kita pelakon di pentas dunia tapi lakonkan hanya watak kita.. kenapa perlu susahkan diri untuk melakonkan watak lain.. biarlah orang terima kita yang sebenarnya.. tak guna kan kalau kita tipu sebab akhirnya semua akan terbongkar.. macam pepatah sorok nangka@ cempedak.. punya sorok tapi tetap bau jugak kan.. Bersyukur dengan seadanya kita... Tuhan mencipta manusia lebih sempurna berbanding makhluk lain Setiap hari kita didatangkan dengan cabaran yang berbeza walaupun penyelesaiannya hampir sama... hadapi dengan tenang.. jangan menggelabah... try to be cool.. tarik nafas dalam2 dan lepaskan.. istighfar banyak2.. itu yang biasa saya lakukan.. Biasalah.. kita hidup dikalangan manusia yang hadir dengan pelbagai sikap, perangai yang kadang agak menjengkelkan mata dan mendatangkan rasa tidak senang dalam hati.. saya tak terkecuali memiliki perasaan sebegitu kerana saya hanya manusia biasa... siapalah saya nak mengadili sikap manusia kan.. saya hanya mampu melepaskan marah dan keluhan di dalam hati kerana itu adalah selemah-lemah iman.. tapi jangan terlalu mencabar kewibawaan saya.. selama ni air di 'tasik hati' ini memang sentiasa tenang.. saya tak nak perasaan marah menguasai diri.. saya tak suka berada dalam keadaan tegang.. berada dikalangan orang yang baran.. berada dikalangan orang yang selalu negatif.. kelas cas negatif tu akan mengalir dalam diri saya.. kalau boleh saya akan elakkan.. Tapi itu bukan bermakna saya ni baik sangat... sedaya upaya saya untuk bersikap dan fikir secara positif.. cuma kadang-kadang tu tergelincir la jugak sebab saya tidak sempurna... sentiasa cuba untuk memperbaiki diri setiap hari... Lagi satu... satu tak layan cabaran atau tuduhan yang saya fikir agak 'bodoh'.. maaf agak kasar tapi itulah yang saya hadapi.. cabaran dan tuduhan sebegitu akan buat saya tergelak kecil.. semoga Tuhan bersihkan hati orang2 yang berkenaan dari sikap tersebut... saya tak meletakkan perasaan dengki yang teratas dalam carta saya ya.. harap maaf.. tu salah satu sikap yang boleh makan diri.. setiap orang diberi kelebihan tersendiri... apa yang anda ada mungkin tiada pada saya.. so, tak perlu la nak wujudkan perasaan tu dalam diri masing2.. saya cukup mudah.. jangan tanya saya kenapa saya tidak bercakap bila berada dalam satu2 keadaan yang tidak selesa.. sebab tu bila datang tuduhan tak berasas ni saya biarkan di angin lalu... itu hak anda untuk berkata-kata.. sampai satu masa jika maaf dipinta saya akan tetap maafkan cuma saya akan lebih berhati2 dengan manusia yang mempunyai sikap sebegini... jangan risau.. saya akan tetap maafkan walaupun kesalahan tu agak besar dan kadang boleh memalukan saya.. tugas saya hanya memaafkan.. bukan membenci... Kita manusia sentiasa diduga kan.. itu dugaan untuk saya... saya tak nak pemikiran dan tingkah laku saya dikawal oleh orang lain... biarlah dibawah kawalan saya sendiri tanpa pengaruh daripada sesiapa.. I have my own GOAL... jangan tanya pulak apa goal tu.. biar ia hanya terpahat dalam hati.. Am waiting for a miracle.. when it come, I will be the happiest person in the world.. and I will thanks to You first.. ALLAH.. Dengan sabar menunggu dan semoga ia akan datang juga suatu hari nanti.. saya tak pernah jemu menunggu keajaiban tersebut.. biar jauh disudut hati ada rasa terkilan, namun akan sedaya upaya saya cuba untuk padamkan... biar kabur asal masih bertapak dirumput Mu yang hijau.. biar masih buntu kerana saya tahu ADA YANG MENDENGAR KELUH RESAH DIHATI SAYA... biar ada yang mengata tapi saya tahu masih ADA YANG MENYAYANGI SAYA.. biarlah kerana buat masa ini saya masih bersyukur dan akan terus bersyukur dengan apa yang diberikan... setiap hari sentiasa mengajar hati untuk REDHA dan TERIMA apa sahaja dengan TENANG... setiap hari juga saya cuba untuk membina JIWA supaya lebih KENTAL... cuba untuk tidak melihat TEKANAN HIDUP sebagai satu ANCAMAN kepada diri sendiri... saya akan anggap itu sebagai satu latihan hidup dalam menghadapi segala ujian dan dugaan... BERSEDIA DENGAN SEGALA KEMUNGKINAN... ok guys... love u all.. anda sumber inspirasi saya dan saya akan cuba untuk menginspirasikan orang lain dengan apa yang saya lakukan, InsyaAllah... daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....






Friday, June 8, 2012

Bicara dari hati...

Salam buat semua... Jumaat yang mulia menjelma lagi.. dan ini bermakna setiap hari kita menghitung waktu ke hujung kehidupan... tanpa kita sedar setiap hari usia kita bertambah.. setiap hari juga kita dekat dengan MATI... setiap hari juga kita mungkin akan berpisah dengan orang kita sayang... semuanya hanya pinjaman pada kita untuk merasai nikmat hidup.. samada kita bersyukur atau tidak dengan nikmat Nya.. terlalu besar dan terlalu luas untuk kita hitung... Ok lah... How's your week? Mine? Semua ok dan berjalan lancar, alhamdulillah.. hidup bertambah bagus.. dan beberapa hari yang lepas saya dan suami menyambut ulangtahun perkahwinan kami yang kedua.. alhamdulillah sudah 2 tahun walaupun masih tiada tawa dan tangis si kecil.. kami menjalani hidup seperti biasa walau tanpa anugerah Tuhan itu.. mengambilnya dari sudut positif.. Tuhan Maha Mengetahui tentang segala sesuatu.. baik buruk untuk hamba Nya.. kami enjoy dengan hidup sekarang.. dan alhamdulillah juga aku sendiri pun sudah makin positif.. jika dulu soalan sensitif akan membuatkan aku sedikit moody tapi sekarang tidak.. TERIMA KASIH TUHAN atas anugerah perasaan yang aku sendiri tak sedar bila ia wujud dalam diri.. syukur sangat.. aku gembira dengan setiap kelahiran baru dari hasil perkahwinan rakan2 disekelilingku.. doaku agar anak itu mampu untuk membuatkan semua orang tersenyum.. menjadi insan yang terbaik untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat... menjadi anak yang soleh dan solehah.. Insyaallah.. Sharing few photos of mine ... A woman doesn't need a perfect man...she just needs a special guy who can accept her the way she is and make her feel special.... OK semua.. jumpa lagi ... insyaallah jika masih diberi umur yang panjang... daaaaaaaaaaaaa






Thursday, June 7, 2012

Andai suatu hari nanti ada yang terluka...

Salam buat semua... Setiap hari bangun dari tidur, satu perkara yang aku sematkan dalam pemikiran.. sentiasa berfikiran positif dan senyum.. Sentiasa cuba menjadi yang terbaik untuk semua orang.. memang hidup kita tidak sempurna kerana antara kita saling melengkapi.. Pernahkah kita terfikir bahawa kita kadang kala menjadi sumber inspirasi untuk orang lain tanpa kita sedari pun?? Saya pun tak sangka ada orang terinspirasi dengan saya.. mintak jauh perasaan bangga dan riak.. tidak pernah pun meminta anda terinspirasi dengan apa yang saya lakukan.. saya bukan orangnya.. perjalanan saya pun masih ada yang tak betul.. Prof. Dr Muhaya Inspirasi saya.. kesungguhan dia dan keikhlasan Prof sentiasa menyentuh hati naluri saya.. segala indah setiap kali melihat dia bercakap dan melihat apa yang dia buat walaupun dari jauh.. Jadi saya bukan orangnya.. namun saya akan terus positif dan menyalurkan perasaan positif itu kepada mereka yang ada disekitar saya.. bohong kalau saya katakan saya tidak pernah bermasalah.. senyuman adalah pengubat segalanya.. tidak perlu untuk kita canangkan segala rasa dihati agar semua orang tahu dan memberi simpati pada kita.. saya bukan begitu.. cukup saya dengan Tuhan je yang tahu segala rasa yang ada dalam diri.. Pernah ada yang mengatakan saya seperti tidak pernah berada dalam kedukaan atau kesedihan.. sama sekali TIDAK.. saya hanya manusia biasa.. sedih dan duka itu adalah perasaan yang sememangnya akan sentiasa hadir dalam perjalanan hidup saya.. senyum dan tawa saya adalah satu terapi untuk diri saya sendiri.. Dari dulu lagi saya sedaya upaya cuba untuk menggembirakan semua orang terutamanya orang yang sentiasa bersama saya susah dan senang.. orang yang sentiasa mendorong saya untuk memperbaiki diri.. dan orang yang paling saya sayang DUNIA & AKHIRAT.. salah seorang adalah IBU saya.. mengandung dan melahirkan saya.. sentiasa mendoakan kejayaan saya.. menjadi teman setia saya sehingga kini.. kongsi suka duka bersama.. dan dikala ini bila bercerita tentang dia, hati saya sayu dan air mata saya bergenang.. sebab dia terlalu dekat walaupun tidak sentiasa di depan mata saya.. saya pernah lukakan hati dia suatu ketika dahulu.. kesalahan yang paling BODOH pernah saya lakukan... namun dia tetap sentiasa hadir memberi saya semangat.. maafkan anakmu ini kerana pernah membuatkan kau terluka... terima kasih kerana sentiasa memberi ruang dan peluang untuk memperbaiki keadaan dan kesalahan.. LOVE U MOM.. FOREVER & EVER.. Dari situ saya belajar.. sentiasa memberi ruang dan peluang pada semua yang ingin membetulkan kesalahan yang dilakukan.. Dia yang Maha Mencipta pun memberi kita peluang untuk memperbaiki kesilapan.. dan saya merasakan saya antara insan yang Tuhan pilih untuk terus berada di sini.. dalam kerjaya ini.. membantu sesiapa sahaja yang memerlukan.. TERIMA KASIH TUHAN ATAS ANUGERAH YANG KAU KURNIAKAN PADAKU... Kadang2 tertanya2 sendiri dari mana datangnya kekuatan dalaman ni.. semua kuasa Tuhan kan... Dia Maha Berkuasa untuk melakukan apa sahaja... Perjalanan hidup kita masih jauh.. kalau masih dipanjangkan usia.. laluan hidup tak semudah yang disangka.. jangan terlalu mengambil mudah tentang sesuatu perkara.. jika terjatuh cuba untuk bangkit kembali.. jadikan kesilapan dulu sabagai satu pengalaman hidup dalam kita berjalan menuju ke penghujung jalan... jangan sesekali kita sesali apa yang telah berlaku sebaliknya cuba untuk redha.. Tuhan tidak akan menurunkan dugaan dan ujian kepada hamba Nya yang tak mampu untuk berhadapan dengan ujian dan dugaan tersebut.. Percayalah.. pasti ada hikmah berlakunya sesuatu perkara itu.. setiap sesuatu itu pasti MANIS akhirnya... Lain benar coretan hari ni kan..? Entahlah.. bagai ada satu rasa dalam diri yang sukar untuk diekspresikan pada semua.. Saya cuma bersyukur kalau ini adalah laluan saya.. Saya REDHA dan terima segalanya dengan hati yang lapang.. Tuhan dah menyusun segalanya untuk kita... Laluilah dengan tenang dan tabah.. Percaya dan yakin pada diri sendiri.. Ok u alllzzzzzzzz... saya sekadar berkongsi... segalanya terpulang pada diri sendiri.. sampai ketemu lagi... daaaaaaaaaaa....






Monday, June 4, 2012

ISNIN yang buat aku tersenyum...

Salam buat semua ... Am back after 2 days on 'holidays' .. konon je la.. padahal cuti weekend je.. hehehe This is not the new Me.. masih sama.. loyar buruk dan suka gelak... ;) jangan la buat aye ni tergelak besau.. burok la.. huhuhu... hari dah dengar citer lawak from my beloved Mom.. thanks MOM.. always make me SMILE & LAUGH.. bila gelak besau ni meme tak ingat dunia la wei.. lepas tu istighfar balik.. astaghfirullahal'azim.. korang tolong la jangan buat lawak yang tak masuk akal yang boleh buat sampai urat perut ni hampir la nak putus.. haish.. notti ni... apapun lawak anda telah menceriakan hari aye hari ini.. TQ ya.. tu sebab bila kenal ramai orang kita boleh tengok macam2 hal dan kerenah manusia.. dan sebab tu jugak la saya seronok dengan kerja saya sekarang.. saya boleh kenal ramai orang dari merata tempat seluruh Malaysia.. banyak yang boleh kita dengar.. share pengalaman dari orang lain.. adab dan budaya kita kadang tak sama walaupun serupa.. hihihi.. paham idak ni?? Stop jap ek.... (to be cont.) Terhenti seketika menulis blog ni.. bantu 'anak2' buat folio kerja kursus geografi.. teringat pulak zaman sekolah dulu.. bila naik form 3 je sibuk dengan kerja kursus.. dgn kertas macam2 corak & warna.. tak mau kalah sebab nak markah tinggi ;) .. hehehe.. rasa muda 10 tahun la pulak... zaman sekolah yang best walaupun kadang rasa cam terkongkong jugak.. tak lepas nak pergi mana pun.. masa stayback kat sekolah utk study group je la rasa bebas sikit.. yang lain2 harap maaf ya.. penat dgn kelas tambahan & tuisyen.. sampai malam buat homework pulak.. awal pagi dikejutkan utk study.. rasa cam padat pun ya jugak.. ni bukan merungut tau tapi sharing kisah zaman sekolah.. akui memang tak pandai naik pengangkutan awam sebab nak kemana2 pun dihantar oleh ma & abah... sorry la kalau setakat nak keluar lepak2 dengan kawan sekolah.. huhu.. teringat cerita konon nak keluar jalan dgn kawan.. masa tu my mom yang hantar kat pekan kota bharu.. dalam kepala ni punya macam2 fikir... betul2 nak spent time with buddies.. ingatkan my mom saja la park kereta kat berhampiran situ sebabkan nak turunkan aye.. rupanya tidak... dia pun nak ke tempat yang sama.. tak syoknyaaaaaaaaaaaaaaa masa tu.. rasa cam terikat la pulak.. tak boleh nak huha huha dgn buddies.. 2 kali terserempak.. then tak keluar lama2 la.. masa tu rasa macam kena kawalan ketat je.. huhuhu.. tapi bila dah besar ni fikir balik.. ada rasionalnya parents aye buat cam tu.. sebab aye ni pompuan.. so tak leh la ligat sangat.. tapi apapun terima kasih utk mereka berdua.. sentiasa mencukupkan keperluan zaman kecilku sehinggalah aku bergelar isteri... cukup sempurna.. tak mampu untuk aye bayar balik semua tu.. Tiba2 teringat satu kisah ni.. masa tu memang dilarang keras menonton tv sebab dah masuk musim exam... kami adik beradik memang tak berani la nak tgk tv tanpa kebenaran.. huhuhu... tapi kadang tu kalau ma & abah dua2 keluar curi2 tgk jugak (huhuhu.. kantoi lak.. sorry ek).. bunyi je kereta masuk kawasan rumah, kami mcm lipas kudung la off tv then masuk bilik masing2.. konon2 study la.. hehehehe... tu satu hal.. kisah aku ni best jugak.. sampai sekarang duk ingat.. bila pergi sekolah kawan2 duk cerita ada citer best la malam tu.. neglish movie.. tentang kisah seorang anak yang tak pernah jumpa ibu dia.. then ada fairy tale datang utk tunaikan permintaan dia.. so aku cuba fikir la nak cari jalan camana nak nonton tv malam tu.. balik rumah buat la rayuan kat my mom.. buat muka seposen yg tak laku nak beli.. hahaha.. tak layan jugak rupanya... sedih la rasa hati... tapi dapat jugak la tgk sekejap.. tu pun setelah rayuan dipertimbangkan... mesti korang tak pernah kena cam ni kan.. Oklah.. penat jari plak duk taip banyak2 ni... hihihi... samapai ketemu lagi... daaaaaaaaaaaaaa






Friday, June 1, 2012

Jumaat yang INDAH...

Salam buat semua... Jumaat, penghulu segala hari kembali menjengah kita lagi... tanpa pernah jemu.. Untuk weekend ni tak adalah update untuk blog ni sebab balik Kedah... ada kenduri.. Next week anivesary... kali ni nak buat2 lupa la.. hehehe... genap 2 tahun usia perkahwinan tapi masih belum dikurniakan cahayamata... Tuhan belum mengizinkan dan pastinya ada sebab kenapa semua ni berlaku.. Kerja Tuhan tiada yang tak sempurna... Alhamdulillah setakat ini semuanya lancar walaupun ada yang kurang.. tetap masih mampu untuk jalani hidup seperti biasa.. itu bukan sebab untuk rosaknya sebuah hubungan.. Bersangka baik juga dengan dugaan tuhan.. itu yang dilakukan sehingga kini... Sekarang dalam proses nak sambung balik novel yang baru masuk bab 5.. hihihi.. ketandusan idea tapi tetap kena teruskan.. come on.. I know I can do it... huhuhu.. Oklah.. nak stop dulu.. siap utk meeting yang tak tahu habis pukul berapa petang ni.. then after meeting terus balik Kedah.. daaaaaaaaaaaaaaa.. Love, ME..






Wednesday, May 30, 2012

Maaf jika aku tak sempurna...

Salam buat semua... Title pun cam sedih je kan... perasaan sedih la sikit bila mendengar & melihat perlakuan anak kepada orang tua.. touching sikit bila melibatkan hal2 macam ni.. Semua orang pernah buat silap dan kita kena bangkit dari kesilapan tu.. berusaha untuk betulkan keadaan supaya tidak disalah erti.. bukan semakin mengusutkan keadaan... Apa perasaan anda apabila seorang ibu menitiskan airmata atas sikap anaknya yang boleh dikatakan agak kurang cerdik dalam menjaga hati orang tua??? Perkara yg agak kurang digemari telinga ni untuk mendengar sebenarnya tapi hakikat hidup manusia sekrang.. walaupun tidak semua tapi sikap segelintir itulah yang menampakkan bahawa anak2 zaman moden di dah boleh diibaratkan seperti si TANGGANG... cuma bezanya tak bertukar jadi batu je lagi... Tersentuh hati ni.. walaupun saya bukan seorang ibu tapi saya masih mempunyai seorang ibu yang sentiasa menjadi pendorong saya untuk jadi seperti apa yang saya jadi sekarang... tak sanggup rasanya untuk melukakan hatinya.. pastinya seumur hidup perasaan bersalah tu tertanam rapat dalam diri.. Ya Allah.. ku mohon agar Kau jauhkan aku dari sifat2 itu.. dia dah terlalu banyak berkorban untuk diri ini sehingga umurku mencecah 28 tahun dan dimiliki oleh insan yang bernama suami..
SAYA SAYANG MAK SAYA... Ok guys... nak keluar lunch dah.. daaaaaa....






Me of the day...

Salam buat semua... Minggu yang agak sibuk.. tapi muka mesti senyum... jangan stress sangat... ni mata tak mau nak lelap pulak.. jam dah hampir 12.30 midnite... tidurlah mata.. esok tugas berat menanti... am one of the officer yang ditugaskan untuk kerja2 pentadbiran yang agak kurang digemari sebenarnya oleh diri ini.. but I take it as a challenge.. cabaran baru dan perlukan kesediaan dalam segala hal... Ya Allah, mohon untuk dipermudakan segala urusan untuk esok dan lusa... Perasaan yang kurang senang muncul dalam diri siang tadi dah beransur hilang... jangan la muncul lagi esok ya... untuk 2 hari ni tolonglah jangan menjelma wahai perasaan asing... dah scan tapi perasaan tu tak dapat dikesan jugak... Sekarang dengan sukacitanya (walaupun orang tak hingin nak tengok) diri dengan rendah diri nak masukkan la wajah2 selama minggu sibuk ni.. senyum tapi nampak macam tak ikhlas kan.. huhuhu... tapi rasa mata tu dah makin sepet la... hadap screen komputer terlalu lamakah sebabnya.. atau teknik solekan yang salah.. hahaha.. apa2 je lah..
Ok guys... kena paksa mata untuk lelap... nak titun dulu ya.. daaaaaaaaa... jumpa lagi






Tuesday, May 29, 2012

Am crazy of PHOTOFUNIA via BLACKBERRY APPLICATION

Edited With Photofunia






Newer Posts Older Posts Home