Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, July 20, 2012

Anugerah

Terima kasih Tuhan atas anugerah Mu.. Sesungguhnya redha itu indah bila dihayati.. Betapa besar kuasa Mu Tuhan.. Memberi setiap sesuatu dengan bersebab.. Menjadikan kisah dan perjalanan hidup manusia itu penuh erti.. Terkadang kita tidak menyangka bahawa segalanya indah.. Bila dilalui dengan ketenangan dan keterbukaan.. Adakalanya ia mampu buat kita tersenyum walau dalam sendu.. Itulah hakikat hidup.. Selagi kita masih menjadi pelakon di pentas dunia.. Tuhan meletakkan kita ditempat yang betul.. Tempat yang sepatutnya kita berada.. Supaya nanti. Kita mampu untuk menggunakan anugerah yang diberi sebaik mungkin.. Apapun yang Kau datangkan padaku.. Aku akan bersyukur dan tetap sujud pada Mu Tuhan.. Kasih sayang Mu terlalu sukar untuk digambarkan.. Memberikan dan mengambilnya kembali dengan bersebab.. Yakinlah bahawa Tuhan menyayangi kita.. Walau kita selalu jauh dari Nya.. Walau kita selalu lupa untuk mengingati Nya.. (wan@fidza-20072012 1.30pm)






No comments:

Post a Comment