Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, April 29, 2013

Lepaskanlah beban itu


Hidup ini kadang-kadang terasa sangat sulit dan menyakitkan.
Masalah dengan teman-teman dan boss kat opis
Masalah dengan teman-teman dilingkungan
Masalah dengan jiran-jiran
Masalah dengan keluarga
Masalah itu dan ini
Masalah disana dan sini
Semuanya menyesakkan hidup.

Kadang-kadang penat memikirkan.


maafkanlah orang yang menyakiti kita, walaupun berulang kali mereka meyakiti kita, kerana kita pun sama; sering kali membuat dosa dan mengulangi kesalahan terhadap Allah, namun Allah itu tetap menerima permohonan maaf kita dengan penuh kasih sayang

Sungguh aku sayang dia...

Salam buat semua...

Yes! I really LOVE HIM.. Rasa kasih dan sayang yang semakin dalam.. Hanya Allah je yg tahu... Siapa dia? Dah ada yg bertanya ya.. Siapa lagi kalau bukan seorang lelaki yang bernama SUAMI.. Lelaki yang sentiasa membuatkan aku senyum.. Tersenyum dengan lawak selambanya.. Tersenyum dengan perlakuannya yang menunjukkan kasih kepada seorang isteri.. Walaupun jarang sekali terungkap dibibirnya perkataan sayang tapi aku tahu kasih sayangnya tertumpah utk aku selain daripada bondanya tersayang... Kata abang, kalau abang tak sebut sayang bukan bermakna abang tak sayangkan sayang.. Benar aku tersentuh dengan kata-kata itu.. Sesekali ungkapan SAYANG keluar dari bibirnya boleh membuatkan air mata aku mengalir.. Jangan la tanya sebab apa ya :) Hati seorang isteri, begitulah...

Kadangkala aku rasakan mungkin hidup aku tidak seindah orang lain.. Tapi sebenarnya apa yang Tuhan turunkan adalah segala yang terbaik.. Syukran Ya ALLAH.. Bila mendengar masalah orang lain rupanya aku lebih bernasib baik sebab punyai seorang suami yang benar2 memahami.. Benar2 menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.. He's the BEST! Alhamdulillah.. Sekali lagi aku bersyukur pada mu.. Mendengar kisah rakan2 yang tidak seindah aku membuatkan aku tunduk syukur berkali2 pada Tuhan..

Surat Buat Sang Suami...

Abang, maaf andai pernah isterimu ini menyakiti hatimu.. Mungkin itu tanpa sedarku.. Sesungguhnya aku tidak sempurna.. Hidup kita saling melengkapi antara satu sama lain.. Jujur, aku bahagia bersamamu walau kita masih belum dikurniakan cahaya mata.. Engkau sentiasa memberiku semangat bila kita berbicara soal 'anak'... Tuhan belum nak bagi lagi.. Kita sabar je.. Mungkin ada sebab kenapa belum ada lagi.. Ya abang.. Sabar sentiasa dalam diri selagi abang bersamaku... Kita tetap gembira walau hanya bermain dengan anak2 buah.. Dulu memang ada satu perasaan yang sukar utk digambarkan bila bermain dengan anak2 buahku tapi alhamdulillah sekarang rasa itu berkurangan..

Abang, andai satu hari nanti saya yang pergi dulu, ampun dan maaf saya pinta.. Halalkan segala makan dan minum.. Saya nak abang tahu saya sayangkan abang dunia dan akhirat.. Abang jangan risau.. Saya bahagia dengan abang.. Tiada sedikit pun kurang.. Setiap hari kita belajar untuk memperbaiki hubungan kita.. Saling membahagiakan antara satu sama lain.. Terima kasih untuk segalanya abang...

Sama2 kita doakan suatu hari nanti hasrat kita tercapai.. Amin

(Andainya dia membaca surat ini suatu hari nanti, aku pasti dia gembira... Kerana sukar untuk aku melafazkan semua ini.. Tatkala surat ini ditulis, airmata jatuh membasahi pipiku...)

Huuuuhhhh.. Tak suka perasaan yang tersekat dikerongkong.. Gatal sangat nak meluah perasaan dalan blog.. I'm just sharing what I feel.. Kalau ada yang menyampah, ampun dan maaf diminta..

Oklah.. Sebelum mengarut lebih panjang baik stop dulu untuk hari ni... Atau akan jadi sebuah novel yang tak ada ending.. Hehehe.. Am smiling now.. Tapi jauh disudut hati sentiasa berdoa agar ALLAH sentiasa mempermudahkan segala urusanku dan suami di dunia dan di akhirat.. AMIN...

Love,
ME

Sunday, April 28, 2013

I am SORRY

Salam buat semua..

Mengeluarkan kenyataan maaf sebab seminggu dua ni ada yang duk tercari-cari saya di FB.. Maaf kerana tidak memaklumkan awal tentang pengunduran sementara dalam dunia FB.. Rupanya ramai yang mejengah status saya di FB.. Terasa seperti orang popular je.. Hehehehe..

So, mana yang bertanya melalui BBM, Whatsup, WeChat dan tidak dilupa melalui call and sms.. Terima kasih kerana bertanya khabar.. Saya masih di sini.. Ada rupanya yang beranggapan saya dah remove dari friend list.. Oh Tidakkkkk!!!! Saya bukan begitu orangnya.. Selagi anda ok berkawan dengan saya, saya akan ok berkawan dengan anda semua :) Kecuali anda berbuat sesuatu yang mengurangkan kepercayaan saya kepada anda mungkin anda akan dimasukkan dalam senarai untuk dikeluarkan dari senarai kawan2 saya..

Ok lah.. Badan masih penat.. Baru balik dari Kodiang jenguk ibu mertuaku :) Am ready to work tomorrow.. Badan dah sedikit OK berbanding Jumaat lepas.. Cuma nak elakkan dari stress buat masa sekarang.. So kena kerja relaks sikit, pedulikan apa orang nak kata.. Bangkit dari kesedihan dan bina kembali aura positif dalam diri.. Waaaaahhhhhhh... Kembalikan jiwa ragaku yang dulu.. Nak clear otak dari unsur negatif.. manusia2 yang negatif.. dan segala yang berkait dengan negatif.. Huhuhuhu...

Jumpa lain kali... Bye..

Love,
ME

Friday, April 26, 2013

Apapun yang berlaku, hidup harus diteruskan...

Salam buat semua...

Dalam duka ada gembira.. Itulah lumrah kehidupan.. Thanks kepada penguat semangat, En Suami yang benar2 bersungguh untuk pulihkan semangat yang hampir hilang.. Love you so much.. Betapa Tuhan telah hadirkan ADAM yang tepat untuk aku.. Alhamdulillah, syukur pada Mu Tuhan..

Sekarang aku masih berpegang yang Allah tidak akan menguji hamba Nya kalau dia tahu hamba itu tidak mampu untuk hadapi dugaan tersebut.. Mungkin terlalai sedikit.. Atau mungkin Tuhan nak bayar CASH kesalahan yang lepas.. Belajar untuk REDHA.. Belajar untuk MUHASABAH diri.. Terima Kasih TUHAN atas peringatan ini.. Sabar itu indah.. Memang terlalu indah bila berada dalam keadaan sebegini.. Hari ini aku mampu untuk tersenyum.. Tersenyum kerana ada yang indah dalam hidup.. Bukan semuanya suram.. Alhamdulillah..

Ok.. Nak berkemas utk pulang ke Kedah.. Weekend di Kedah utk minggu ni.. Dalam keadaan badan yg agak kurang sihat.. Have to take emergency leave for today.. Sorry boss.. Kondisi badan tidak stabil sehari dua ni.. Insyaallah will be back to work next week.. Hopefully I'll recover soon :)

Love,
ME

Tuesday, April 23, 2013

Dugaan dan ujian Tuhan untuk hamba Nya

Assalamualaikum dan  semua

Walau apa yang bergelodak dalam hati, aku akan sentiasa pastikan bibir ini sentiasa mengukir senyuman yang paling indah  untuk semua kerana aku yakin Allah bersamaku. Terima kasih Tuhan kerana masih menghadirkan ketenangan dalam diri ini.
Kejutan demi kejutan datang dalam hidup membuatkan aku lebih berhati2 untuk melangkah. Sukar untuk aku percaya tapi itulah hakikat yang harus dilalui. Bukan mimpi tapi knyataan yang memberi pukulan yang hebat.
Tuhan hadirkan dalam hidup aku seorang lelaki yang bergelar suami yang sentiasa memberi kekuatan dan semangat. Terima kasih Tuhan atas anugerah Mu.
Mohon rakan2 blogger mendoakan segala yang terbaik untuk diri ini. Dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Amin :)

Salam Sayang buat semua... #SMILE

Love,
ME