Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday, August 25, 2013

Mimpi Ngeri

Salam buat semua...

Mimpi ngeri?? Ya, memang ngeri.. Tapi mimpi ni bukan masa tidur tapi masa mata celik ya.. Hehehe

Kisahnya Jumaat lepas tapi baru hari ni nak karang mengarang sebab 2 hari kat Ampang menjengah ibu mertuaku dan abang ipar serta keluarga... So tak ada kesempatan sebab sibuk dengan anak2 buah yang tengah lasak.. All boyssss...

Jumaat lepas bersamaan 23 Ogos 2013 jam lebih kurang 6 petang, aku dikejarkan ke wad kecemasan Hospital Taiping.. Sebelum tu jam 5.20 petang ke Klinik Majid untuk dapatkan rawatan tapi punyalah servis 'terbaik' sehingga terpaksa menunggu 20 minit untuk berjumpa doktor.. itupun tak dapat jumpa doktor langsung sebabnya.. nasihat ikhlas, doktor sila utamakan patient dari bisnes lain ya.. lepas tu tak pasal2 en suami bebel kat kaunter.. en suami bukan jenis macam tu tapi sebab tak tahan dengan kerenah mcm tu dia bebel kat kaunter.. lepas tu terus gerak ke wad kecemasan sebab aku dah tak tahan sakit sangat dah... 

Kebetulan hari tu aku dalam proses dah habiskan puasa sunat 6 utk hari ke 5.. Sahur mcm biasa.. tapi entah mcmana hari tu perut rasa lain sgt2.. masa kat tempat kerja lagi sakit tapi rasanya masa tu sakit masih boleh tahan.. Tiba2 terus jadi cramp dan menyucuk2.. sakit yang amat sangat.. Tuhan je yg tahu kesakitan tu.. lepas daftar kat kecemasan terus masuk zon kuning dan baring kat katil wad.. bila doktor check tekanan darah, tekanan tinggi sangat... 174/120... mak aiiiii.. tak pernah lagi tekanan darah aku mcm tu.. biasanya aku memang akan check tekanan darah setiap 3 bulan.. dan tekanan biasa adalah 120/80.. itu normal bagi aku... check kali kedua tekanan masih sama.. check kali ketiga 156/105.. doktor kata masih tinggi.. terus2an aku ditanya samaada aku pasti sebelum ni ada tekanan darah tinggi atau tak.. so aku bgtau la tak de sbb tu bukan bacaan biasa tekanan darah aku.. alahaiiii.. penyakit apa pulak ni.. sudahnya kena ambik darah pulak takut ada masalah lain.. kencing manis pun check jugak.. tapi normal la bacaannya.. 5 je.. masa nak ambik darah ni la aku menangis tak berlagu.. yg mengalir airmata je.. suara tak keluar langsung... sakit gilaaaaaaa... dah la aku ni spesis susah nak cari urat kat tangan bila nak cucuk jarum utk ambik darah.. tapi jarum kali ni lebih menyakitkan dari biasa... biar apa doktor n nurse nak cakap bila air mata aku mengalir.. orang mungkin akan kata mcm budak2 tapi aku yg rasa sakitnya.. dah la sakit dalam perut tak hilang lagi.. tambah pulak sakit cucuk jarum pulak.. Subhanallah... tak terungkap dengan kata2 kesakitan tu.. 

Dalam masa tahan kat wad tu, my mom pulak call.. so tak pasal2 family aku tahu aku masuk wad.. kecemasan je pun.. abah siap nak datang Taiping lagi.. aku tahan kata tak perlu sebab tak teruk sangat pun.. kalau tak memang 3 beranak termasuk adik bongsu aku gerak ke Taiping la.. aku tak teruk so tak perlu datang pun.. Ibu mertua ku pun call sebab dah janji dengan dia nak turun KL lepas habis kerja.. Dia call tanya dah gerak ke KL ke belum.. Huhuhu.. Bila dah jadi macam tu, operator yang menjawab call adalah en suami la... so dia jelaskan semua a to z.. ikutkan aku memang tak nak diaorang tahu pun aku masuk wad.. sebab bagi aku tak serius mana pun....


inilah benda yg menyakitkan... masa ni baru lepas sister cucuk ubat tahan sakit.. sebelum tu nurse lelaki yg ambik darah.. nasib baik sekali cucuk je

selepas cabut segala jenis alat, ini pulak yg kena tampal.. hehehe.. ada cerita lawak yg buat doktor pun gelak masa ni :)

Aku ditahan di wad sehingga jam 8 malam.. Oleh kerana tak tahan duk wad, aku panggil sister yang rawat aku supaya tanya doktor berapa lama lagi aku kena baring kat katil tu.. sungguh rasa nak balik rumah sgt2.. tak selesa..  en suami dah diarahkan tunggu di luar sementara aku dirawat.. lagi la aku rasa tak de kekuatan diri sebab pemberi semangat dah kena keluar... aku ni bukan apa, kiri, depan semua yang sakit teruk.. semua duk terjerit2.. so aku agak down sikit.. orang lain sakit lagi teruk.. aku memang tak boleh duk situ lama2..  AKU NAK BALIKKKKKKKKKKKKKKK!!!! 

Selepas dimaklumkan oleh sister, doktor datang ke katil aku... doktor senyum je.. 'awak dah ok ke ni.. (sebab masa tu aku dah siap bersila atas katil.. hahahaha).. dah tak sakit ke perut tu.. tekanan darah awak tinggi lagi.. keputusan ujian darah tak keluar lagi..'.. dengan selambanya aku jawab 'saya dah ok doktor.. dah boleh balik ke?" hahahaha... nampak sangat nak balik.. doktor gelak je... 'betul dah ok ni?' aku angguk semangat.. memang betul tak sakit dah.. sebab aku dah boleh terlena sekejap penangan ubat yang dicucuk tu.. ikut doktor ada sebut nak masuk air sekali..  OH TIDAKKKKK!!! AKU TAK NAKKKKKKKKKKKKKK! Tapi nasib baik doktor check final dia kata 'ok.. saya benarkan awak balik.. tapi kalau ujian darah tu ada masalah saya akan call awak balik dan kena admit ward..' Gulppp.. tertelan air liur den.. insyaallah ok kot.. aku mmg tak nak masuk wad.. oh lupa nak bgtau.. masa mula2 aku tanya sister berapa lama aku kena tahan, sister tu tak semena2 naikkan pagar katil aku.. hahahaha... sah2 dia takut aku lari keluar wad ni... lepas doktor dah sign semua dokumen berkaitan baru la sister tu turunkan pagar katil tu.. kalau suruh aku buat sendiri memang aku tak pandai lah.. silap2 aku lompat turun je.. huhuhuhu... masa dapat jejak kaki kat lantai tu hanya tuhan je tahu betapa berbunganya hati bila dapat balik rumah... hilang segala sakit termasuklah sakit semasa sister nak keluarkan jarum tu dari tangan aku.. buatlah apa pun sister, asal boleh balik je.. yeayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy... en suami tunggu depan wad tu.. aku dah senyum2.. dia pulak tanya 'sayang dah ok ke ni?' hahahaha.. 'ok dah bang.. nak balik' huhuhuhuhu...

Balik rumah mandi dan aku bersiap nak ke KL.. en suami kata 'kalau tak larat kita gerak pagi esok je la..' aku kata 'dah ok dah.. boleh je gerak malam ni'.. so sepanjang perjalanan ke KL aku banyak tutup mata dari buka mata.. hahahaha.. pening ubat tak habis lagi.. :) 

Ngeri tak mimpi ni??? Hahahaha... Ngeri bagi ku tapi mungkin tidak bagi orang lain.. So kawan2 semua, INGAT 5 SEBELUM 5... salah satunya sihat sebelum sakit... kita akan rasa nikmatnya sihat tu bila kita sakit.. 

Oklah.. nak rehat jap.. Lepas sampai dari KL tadi masih belum rehat... Kang sakit lagi.. Huhuhuhu... Daaaaaaaaaaaaaaaa...

Love,
ME

3 comments:

  1. alhamdulillah puteri... itulah nikmatnya sihat bila dah sakit... :)

    ReplyDelete
  2. UBAT KENCING MANIS BERI KESAN PALING PANTAS 2020.RUGI KALAU TAK CUBA!

    Assalamualaikum slm sejahtera,berita hebat buat pengidap kencing manis!!.. Jom viralkan berita baik ni .Bantu kakak2 abang2 kita yg ada kencing manis yg dh bertahun2 bergantung pd ubatan.Ubat mampu beri kesan kurang dari 24jam!

    Kalau bukan kita pengidap kencing manis,tp bantu hebah kan kepada kwn2 , saudara mara,jiran2 smua yang ade masalah ini.Rawat terus kencing manis! Xkira bacaan berapa pun.

    Herba paling hangat di abad ini utk rawat kencing manis dgn bacaan gula xkira betapa tggi pun.bacaa gula boleh turun menjunam kurang dari 24jam.

    Herba istimewa yg diadun khusus untuk pesakit kencing manis,untuk menurun kan bcaan gula yang amat tinggi. Jus yg mudah diminum.Boleh cek bacaan gula selepas 5jam minum.

    -Kaki luka bernanah
    -Badan letih dan lemah akibat kencing manis
    -Paling penting dapat lindungi buah pinggang
    -Rasanya yang tidak pahit dan sedap untuk di minum

    Lepas ni nak makan minum apa2 xpyah was2 lagi dah...janji ada jus herba ini, minum selepas makan.
    🗣Jom sama2 kita viral kan, ..kita rawat cara selamat, tanpa kandungan bahan kimia yang merosakkan tubuh badan kita.

    Gula turun dengan cepat selpas hanya 5 jam meminum jus herba ni dan rasa tidak pahit

    Stabil kan gula kembali..paling penting dapat menjaga buah pinggang!

    Ini adalah herba yg sangat sukar dijumpai dn amat berkesan.

    Mari bantu saudara mara,kwn2,jiran2 dn keluarga kte turun kan kencing manis dengan cepat dan pantas cara selamat 💪🏻

    PENGGUNA2 YANG TELAH BERJAYA MENURUNKAN BACAAN KENCING MANIS.
    🍀Tengku Aziah bt Tengku Ishak,bacaan gula 16 ,bertahun thun hidap kencing manis,minum herba ini bcaan sntiasa 6 shaja.
    🍀Pn.Hashimah,bacaan gula berbelas hingga disaran kn dktor utk insulin....skrng bcaan turun 6 sahaja.


    NOTE :
    Ia BUKAN HERBA YG MEMANASKAN BADAN macam produk2 lain yang masukkan herba2 biasa Herba ni fresh2 di proses tiada perap simpan lama2.. boleh diambil sebagai suplement utk penyakit2 lain juga.

    UNTUK DAPATKAN TESTIMONI LAIN SILA WHATSAPP
    Nk tanya je dlu blh jgn malu2.

    http://www.wasap.my/60174687570/EnMohdZuhairi

    http://www.wasap.my/601116382044/EnMohdZuhelmi

    #sharing is caring

    ReplyDelete