Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday, July 22, 2012

Salam Ramadhan...

Salam buat semua... Apa khabar? Mcmana hari ni ya...? Dah 2nd of Ramadhan hari ni kan.. cepat je masa berlalu.. Apa yg pasti Bazaar Ramadhan pasti jadi kunjungan setiap petang dah sekarang ni.. tapi aku sendiri cuba elak pergi Bazaar tu.. takut nanti membazir.. nafsu mata la katakan.. masa perut lapar semuanya nampak sedap.. dan kalau ikut nafsu rasanya bazaar tu pun nak angkut balik... huuhuhu... seperti puasa2 sebelum ni pun aku lebih suka masak di rumah.. kita lebih tahu camana kebersihan masakan kita.. bukan bersangka buruk pada peniaga bazaar tapi sekadar berhati2.. sebab pernah terkena.. lagi satu masakan mungkin tak kena dengan selera kita.. kalau beli pun kuih muih je la.. Niat nak ke office menyiapkan fail pun tertunda... sepatutnya semalam nak menyiapkan fail2 utk my boys balik raya nanti tapi terbantut la pulak... hehehe.. bukan malas tapi rasa cam tak berapa rajin pulak... tak pe.. esok masih ada kan.. :) Alamak... JJCM kat tv3 ni.. menunya membuka selera la pulak... sup daging, gear box.. siap ada pizza lagi... nyum nyum... haish... sabor je la.. Ok la.. nak baca buku plak... pinjam from my mum 4 buah tapi satu pun belum sentuh lagi ni... nak mula baca hari ni... daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... pssst..: sharing gambar menu semalam.. ikan patin masak lemak cili api.. my hubby's favo n ayam goreng berempah my favo... ;)






Friday, July 20, 2012

Anugerah

Terima kasih Tuhan atas anugerah Mu.. Sesungguhnya redha itu indah bila dihayati.. Betapa besar kuasa Mu Tuhan.. Memberi setiap sesuatu dengan bersebab.. Menjadikan kisah dan perjalanan hidup manusia itu penuh erti.. Terkadang kita tidak menyangka bahawa segalanya indah.. Bila dilalui dengan ketenangan dan keterbukaan.. Adakalanya ia mampu buat kita tersenyum walau dalam sendu.. Itulah hakikat hidup.. Selagi kita masih menjadi pelakon di pentas dunia.. Tuhan meletakkan kita ditempat yang betul.. Tempat yang sepatutnya kita berada.. Supaya nanti. Kita mampu untuk menggunakan anugerah yang diberi sebaik mungkin.. Apapun yang Kau datangkan padaku.. Aku akan bersyukur dan tetap sujud pada Mu Tuhan.. Kasih sayang Mu terlalu sukar untuk digambarkan.. Memberikan dan mengambilnya kembali dengan bersebab.. Yakinlah bahawa Tuhan menyayangi kita.. Walau kita selalu jauh dari Nya.. Walau kita selalu lupa untuk mengingati Nya.. (wan@fidza-20072012 1.30pm)






Damai Dihati

Kedinginan angin petang menyapa tubuhku Menghentikan lamunanku tentang duniawi Lantas aku terus berpaling melihat kebesaran Mu Betapa agungnya ciptaan Mu Keindahannya sentiasa membuatkan aku tersenyum Keindahannya juga memberi damai dihati Benar… Semuanya cukup sempurna Kesempurnaannya melengkapkan hidup makhluk yang mendiaminya Syukur … Kerana sehingga saat ini aku masih diberi ruang waktu Untuk terus menikmatinya Disetiap hela nafasku Disetiap kerdip mataku Dan; Disetiap denyut nadiku… Terima kasih Tuhan atas segalanya untukku Maafkan hamba Mu ini Kerana sering menghitung ketidaksempurnaan Tanpa menilai setiap sesuatu yang Kau berikan adalah bersebab Seharusnya aku bersangka baik pada Mu Kerana aku tahu Pasti ada cahaya indah dihujung perjalanan ini… (wan@fidza- 15072012 5.11pm) **Lama sungguh tak menulis.. dah berkarat rasanya.. dgn novel pun terbengkalai.. huhuhu... no time la... tapi cuba jugak untuk lengkapkan novel tersebut.. Insyaallah...






Tuesday, July 3, 2012

Percutian yang meninggalkan kenangan indah...

Salam buat semua... Am still on holiday mood... but always ready to get back to work... Cuti 5 hari raa cam sekejap je.. meluangkan masa untuk hadir di majlis perkahwinan my staff di Temerloh, Pahang.. Then ke Kuala Lipis atas urusan keluarga yang masih belum selesai.. after 30 years baru hasrat tertunai.. alhamdulillah.. segalanya dipermudahkan.. Terima kasih yang tidak terhingga buat sahabatku Suzalinawati Abdullah dan suami yang menerima kehadiran kami walaupun setelah 5 tahun tidak bersua.. Betapa sesuatu yang Tuhan jadikan itu bersebab kan.. aku memulakan perkhidmatan di Negeri Pahang dan kini aku kembali untuk menyelesaikan isu yang sekian lama tertunda.. Menjadi pengapit semasa perkahwinan Suzalinawati di Melaka pada 2007.. it's a long time baru jumpa balik untuk 'misi' ini.. Itu sebabnya percutian kali ni dinamakan percutian yang meninggalkan kenangan indah.. bukan untukku tapi untuk suami dan ibu mertua ku.. hanya itu termampu aku buat untuk menggembirakan hidup insan2 yang berada disekelilingku... Dalam masa sama menyinggah di Cameron.. tak sesejuk dulu... tapi masih ok untuk dijadikan tempat bercuti.. cuma agak busy je kat certain area.. Rupa2nya best cuti lama2 ni.. ;) .. rehatkan minda.. badan.. tak fikir pasal keje (ya ke tak fikir... admit.. ada fikir jugak sikit2.. hehehe) ... nanti nak cuti lagi la.. kena plan betul2.. kali ni betul2 nak bercuti... tempat yang tiada gangguan.. Miss my sweet little pumpkin WAN ALIF FIRDAUS... udah besau... tak sabau nak jumpa kamu la budak tecik... mau dukung, riba, peluk cium kamu tanpa henti.. jangan marah mak long kalau kamu jadi kemek ya.. hehehe.. Ok lah.. sudah petang.. mau rehat lagi dan lagi sebelum masuk keje esok... have to be well prepared dgn segala kemungkinan kerja sekarang ni.. AM READY!! ;) Jumpa lagi... daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....