Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, July 20, 2012

Damai Dihati

Kedinginan angin petang menyapa tubuhku Menghentikan lamunanku tentang duniawi Lantas aku terus berpaling melihat kebesaran Mu Betapa agungnya ciptaan Mu Keindahannya sentiasa membuatkan aku tersenyum Keindahannya juga memberi damai dihati Benar… Semuanya cukup sempurna Kesempurnaannya melengkapkan hidup makhluk yang mendiaminya Syukur … Kerana sehingga saat ini aku masih diberi ruang waktu Untuk terus menikmatinya Disetiap hela nafasku Disetiap kerdip mataku Dan; Disetiap denyut nadiku… Terima kasih Tuhan atas segalanya untukku Maafkan hamba Mu ini Kerana sering menghitung ketidaksempurnaan Tanpa menilai setiap sesuatu yang Kau berikan adalah bersebab Seharusnya aku bersangka baik pada Mu Kerana aku tahu Pasti ada cahaya indah dihujung perjalanan ini… (wan@fidza- 15072012 5.11pm) **Lama sungguh tak menulis.. dah berkarat rasanya.. dgn novel pun terbengkalai.. huhuhu... no time la... tapi cuba jugak untuk lengkapkan novel tersebut.. Insyaallah...






No comments:

Post a Comment