Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, September 4, 2013

Love u both.. Ma & Abah

Salam buat semua..

Sangat touching sebenarnya dgn tajuk kali ni.. Alahai.. Bila telinga ini mendengar rintihan dan harapan seorang ibu terhadap anaknya.. Menyaksikan sendiri tangisan kasih seorang ayah terhadap anaknya.. Aku turut tersentuh.. Sebab aku masih punya keduanya.. Orang yang paling banyak berjasa dalam hidup aku sehingga aku menjadi seperti sekarang.. Diluar kota k pemikiran aku suatu ketika dahulu yg aku akan menjadi seperti ini.. Lebih bernasib baik berbanding orang lain.. Alhamdulillah.. Syukur pada Mu Tuhan..

Keduanya bukanlah dari keluarga yang susah.. Hidup mereka boleh dikatakan sederhana.. Cukup dan lengkap untuk hidup bagi mereka.. Rezeki mereka tidak pernah putus untuk membesarkan anak2.. Pada mereka, biarlah mereka bersusah demi membesarkan anak2 supaya menjadi insan yang berjaya.. Tiada apa yg mereka minta melainkan menjadi anak yang soleh dan solehah.. Bukan wang ringgit untuk membayar balik segala penat lelah mereka selama bertahun2 membesarkan anak2.. Kata mereka, duit boleh dicari.. Harapan mereka agar kasih sayang dan kegembiraan keluarga kekal sehingga mereka menutup mata.. Tiada apa yg mereka minta tetapi sebaliknya mereka memberi.. Ya, memberi.. Memberi doa yg terbaik untuk anak2 walaupun anak2 mereka sudah punya kehidupan sendiri.. Tidak mengapa bagi mereka kalau anak2 tidak balik menjenguk.. Kata mereka anak2 mungkin sibuk dgn urusan dunia.. Mungkin juga tidak punya belanja yang cukup untuk balik ke kampung.. Tidak mengapa.. Mereka masih meletakkan prasangka yang baik2 pada anak2 mereka... Mereka juga tidak meminta wang dimasukkan setiap bulan ke dalam akaun.. Kata mereka, apa yg mereka ada sudah lebih dari mencukupi kerana di usia setua itu tiada apa yg mereka perlukan lagi melainkan hanya terus beribadah sebagai bekalan utk ke alam seterusnya..

Apabila mata ku ini menangkap si ayah menyeka airmata, aku tertanya2 pada diri sendiri.. Adakah ayahku juga begitu bila mengenangkan anak2? Pasti tiada bezanya.. Mataku beralih kepada si ibu.. Tenang riak wajahnya tapi aku tidak pasti apa yg bersarang difikirannya.. Jauh renungannya melihat kehijauan.. Katanya 'Dulu anak2 masih kecik, seronok melihat kerenah mereka.. Seronok melihat mereka bergurau sesama mereka.. Kalau bergaduh pun tak de la lama mana.. Lepas tu masing2 duk cari nak main sama2.. Rindu nak tengok anak2 semua kembali seperti dulu..' Satu keluhan kecil keluar dari si ibu.. Aku pasti, ada lagi isi hati yg terbuku dalam diri si ibu.. Dari riak wajahnya aku yakin dan pasti, dia rindukan anak2nya.. Si ayah tiba2 dengan nada sayu bersuara 'Saya pun teringin nak tengok kita duduk makan semeja.. Puan, sibuk sangat ke kalau bekerja?' Sungguh.. aku terkedu dengan soalan begitu.. Semua ni membuatkan ingatan aku melayang jauh ke kampung halaman.. Walau belum seminggu berjumpa dengan ibuku, aku sudah merasakan kerinduan yang amat sangat.. Baru 2 hari lepas aku mendengar suara abah, tapi sekarang hati aku bagai disiat2 merindui suara gelak tawa abah.. Ya Allah.. Diusia mereka sebegini mereka masih bekerja untuk mencari rezeki.. Kau lindungilah mereka dari sebarang bahaya.. Semoga MA & ABAH sentiasa di bawah redha Mu Ya Allah..

Aku kembali beralih kepada kedua orang tua yang sebaya orang tua ku... Aku harus mencungkil sesuatu yang tersirat dihati tua ini.. 'Maafkan saya kalau pertanyaan saya selepas ini mengguris hati pakcik dan makcik tapi saya ingin tahu kenapa hanya keluh dan kesah yang saya lihat? Tiada sedikit pun kegembiraan terpancar diwajah pakcik dan makcik..' Si ibu tersenyum tawar memandang wajahku yang penuh tanda tanya.. 'Kami gembira sebab anak2 kami semua berjaya.. Cuma bila sampai satu tahap seorang anak meletakkan keutamaan lain melebihi ibubapanya, itu yg kadang buat kami sedikit terkilan.. Kami tahu, anak perempuan tanggungjawabnya pada suami.. Tidak kami persoalkan.. Cuma anak lelaki.. Keutamaan pada ibubapa dulu atau isteri Puan? Kadang kami tertanya2, dimana silap kami dalam membesarkan anak2 kami.. Kami dahulukan ilmu agama sejak dari kecil.. Lepas difikir2, mungkin ada silap kami yang Tuhan nak bayar terus kat dunia ni.. Cuma kami takut kalau anak2.. Masa kami hidup pun ada yg bertelagah, bagaimana pula bila kami dah tak ada nanti? Tapi tak mengapalah.. kami dah maafkan anak2 kami atas kekasaran mereka.. Mungkin mereka buat semua tu tanpa sedar'

Keluhan kecil akhirnya keluar juga dari diriku.. Semua ni buat aku berfikir sendiri.. Kalau lah di depan ku ini adalah ma dan abah ku, pasti aku sujud dikaki mereka mohon ampun dan maaf atas ketelanjuran aku sebagai anak.. Betul, kadang kita hanya sedar kesilapan kita bila kita dah buat.. Tapi apa salahnya kita mohon maaf pada kedua orang tua dan cuba untuk perbaiki kembali hubungan yg sedikit renggang.. Duit boleh dicari tetapi kasih ibu dan ayah hanya satu.. Hanya mereka yg melahir dan membesarkan kita tanpa pernah merungut.. Mencukupkan keperluan anak2 berbanding keperluan sendiri..


Cerita mereka membuka pintu hati aku untuk berkongsi tentang kisah ini.. Mulianya hati ibubapa.. betapa mereka tidak pernah sekalipun berkira tentang segala jasa dan bakti mereka kepada kita.. Tapi sejauh manakah kita fikir utk memberikan keselesaan bukan sahaja dari segi fizikal tetapi lebih lagi keselesaan dalaman.. Dengan kata lain berikan mereka ketenangan hati, kegembiraan.. Kembalikan semula senyuman yang mungkin telah lama hilang dibibir mereka.. Bukan wang berjuta yang mereka minta tapi hanya secebis kasih buat mereka sementara menghabiskan hidup yang masih bersisa.. Bila membuka bicara berkaitan ibu dan ayah, airmata ini pasti mengalir kerana bimbang jika aku tidak mampu untuk menggembirakan kedua ibubapaku.. Kalau dihitung jumlah wang yang dilaburkan untuk membesarkan seorang AKU, pastinya banyak dan belum tentu aku mampu untuk bayar termasuklah juga tenaga dan penat lelah mereka menghantar aku pergi sekolah dari seawal usia 5 tahun sehinggalah 18 tahun.. Menghabiskan ribuan ringgit supaya aku mampu untuk menghabiskan pengajian diploma ku.. tanpa sebarang pinjaman.. semua ditanggung 100% oleh kedua ibubapa ku.. Banyak masa mereka berdua habis di jalanan demi memberi segala yg terbaik utk anak2.. BUAT MA DAN ABAH.. TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA.. TERIMA KASIH ATAS DIDIKAN KALIAN.. SELAIN DARI MENJADI IBU DAN AYAH, KALIAN JUGA MASIH MEMINJAMKAN TELINGA UNTUK MENDENGAR MASALAH ANAK2.. SEHINGGA KINI.. TANPA PERNAH RASA JEMU... MEMINJAMKAN BAHU UNTUK AKU MENANGIS.. MEMINJAMKAN KEDUA TANGAN KALIAN UNTUK BERDOA DAN MEMELUKKU.. HANYA UCAPAN TERIMA KASIH YANG MAMPU AKU LAFAZKAN.. 



 Kepada kedua pakcik dan makcik tadi, terima kasih atas luahan kalian yang membuatkan aku banyak berfikir.. Mungkin perkongsian ini membuatkan anak2 yang lain juga turut berfikir dan merapatkan kembali hubungan dengan ibubapa serta keluarga yang sudah jauh.. Air dicincang tidak akan putus.. Kembalilah pada ibubapa dan jalankan tanggungjawab kalian selagi mereka ada.. Jangan suatu hari nanti kalian menyesal setelah pemergian mereka.. Berbuatlah sesuatu sebelum kehilangan mereka..

Nukilan dari kisah benar...


Love,
ME

4 comments:

  1. yup..benar.
    bila dah rasa mengandung, bersalin, membesarkan anak..
    baru jelas kita rasakan pengorbanan ibu bapa dalam membesarkan kita jadi insan berguna.

    hadiahkan ibu bapa anda...
    jom singgah..http://www.freevitamin.my/2013/07/ikhtiar-penyakit-kronik-vivix-super.html

    ReplyDelete
  2. http://mewantjannah.blogspot.com/

    sila lah melawat ke blog saya...
    #jgn lupa follow hihihii... XD

    ReplyDelete