Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, May 29, 2013

Kesibukan melanda...

Salam buat semua...

Blog kembali bersawang.. hehehe.. Sungguh menimbun kerja2 dalam sebulan ni... Meja kat ofis pun tak pernah clear.. Tolong la wahai kerja.. Jgn banyak sangat ya kalau nak datang serentak.. hehehe... 

Nak sharing.. yang sibuk dengan KIK wakil Jabatan our group dapat naib johan... alhamdulillah.. penyertaan kali pertama dan itu dah cukup ok.. We happy with it.. 

Program pun penuh sangat2.. Esok pulak jadi tuan rumah utk meeting KARISMA.. TKP pulak yg turun... Haiyaaaa.. Suka sungguh depa ni datang tempat kami ya.. Apa boleh buat.. Terima je la... 

OK la.. Nak layan Kilauan Emas Akhir.. Cam best je walaupun tak ikuti dari awal.. See yaaaa

Bye...

Love,
ME

Monday, May 13, 2013

Alaaaahaiiii... Penuhnya jadual..

Salam buat semua...

Lain macam je tajuk entry ni... Huhuhuhu... Dah 2 bulan penuh je jadual dalam diari.. Begitulah juga padatnya dalam kepala ni.. Berselirat duk memikir kerja yang tak pernah habis..

Lagi bertambah berselirat presentation KIK next week.. Ya Allah.. Dengan program sepanjang minggu ni penuh sampai hari Jumaat.. Makanya weekend ni kena masuk ofis lagi la.. Tak pe lah.. Nanti habis semua hal2 ni kita rehatkan diri... :)

Aku bertindak utk menyiapkan 2 jenis slide berbeza utk presentation.. Last minute pulak nak 2 slide.. Blank kejap sebab aku hanya buat 1 je.. Tu pun dah dekat 70 muka surat.. Nak buat lagi satu sempat ke dlm tempoh 5 hari ni??? Tolooooooooooooooooongggg... Rasa stress pulak... Syuhhhhh.. MR STRESS tolong pergi main jauh2 ya... Buat masa ni saya tak perlukan anda disekitar saya... Huhuhuhu... Macam dah betul je ni... Agaknya kerja banyak sangat kot.. Hahaha.. Tambah lagi satu kerja bila meeting minggu lepas boss dah mintak jadi  MC untuk majlis penutup Program Kualiti/Inovasi peringkat Negeri Perak... Aku ok je la sebab tak de pilihan.. Mintak tolong boss itu seperti arahan so SAYA YANG MENURUT PERINTAH :) Nasib baik dah biasa jadi MC.. So yang tu tak de lah tekanan sangat...

Oklah.. nak menggosok baju utk kerja esok.. MENGGOSOK can skema je.. Iron baju ya tuan/puan... Tgh tunggu apa lagi nak jadi esok.. Dah la tgh kecoh pasal pertukaran n kenaikan pangkat sehari dua ni... Harap2 aku bkn salah seorang daripada mereka yang terpilih... Hehehe...

Bye

Love,
ME




Friday, May 10, 2013

Mother's Day

Salam buat semua...

12th May, Hari Ibu Sedunia.. Setiap Ahad kedua pada bulan Mei.. So untuk anak2 kat sini aku dah buat satu program khas sempena hari ibu.. Tapi ada antaranya tak pernah kenal siapa ibu mereka.. Ada pula yang sudah kehilangan ibu tersayang.. Tapi tujuan aku buat semua ni bukan niat utk menyentuh hati anak2 di sini.. Aku cuma nak mereka luahkan rasa hati yang terbuku setelah sekian lama..

Tahun ni aku diluar kebiasaan.. Seperti tahun2 lps aku hanya menyediakan kad ucapan untuk anak2 di sini tulis atau lukis apa yg mereka rasa. Tapi tahun ni aku nak bagi diaorg rasa apa ibu telah korbankan sehingga mereka dimasukkan ke pusat pemulihan. Aku mulakan dengan sajak buat ibu.. Dah ada yg mengalirkan airmata dengan video yg ditayangkan.. Tak pe lah.. Itu tanda rasa kasih syg yg ada dalam diri mereka. Mereka bukan budak jahat. Tak pernah sekali pun perkataan budak jahat keluar dari mulut aku bila berdepan dengan anak2 di sini. Tadi mereka ada sebut yg mereka kurang kasih sayang. Aku senyum bila dengar luahan tu.. Dah 2-3 hari sejak2 aku kembali dari cuti panjang, perkataan itu yg aku dengar. Aku cakap dgn diaorang nanti aku bagi kasih sayang tu. Tapi kena la bahagi sikit sorang sebab semua yg ada dah nak mencecah 200 orang kat sini... :) Budak2 ni kadang ada yg suka merajuk dengan aku.. Sebab kecik je pun.. Kadang tak terlayan cakap je pun.. Tak pun tak terdengar luahan diaorg.. Apa taknya sekali nak jumpa 5-6 orang keliling.. Alahai anak2 ooiii... Telinga ummi ni ada 2 je.. sorang2 ya.. :)

Ok.. sambung tentang program.. Aku bagi masa setengah jam untuk anak2 ni tulis atau lukiskan sesuatu dalam kad yg aku sediakan.. Dalam masa diaorg tulis tu aku pasang lagu2 berkaitan ibu.. Last sekali diaorg buat permintaan nak dengar lagu Untukmu Ibu.. Oklah.. ikut kehendak anak2.. Dah tu ada pulak yang teresak2.. Alahai anak.. Aku hanya boleh tenangkan tapi x boleh peluk supaya hilang rasa rindu pada ibu kamu sebab kamu anak lelaki.. Bkn muhrim ya.. so terpaksalah panggil ustaz dan cikgu2 lelaki yang ada utk tenangkan diaorang. Aku tahu diaorg sygkan ibu masing2..  Lepas habis semua tu aku akhiri dengan paparan video kisah pembohongan seorang ibu... Dah 2-3 hari aku latih utk voice over video ni.. Tiap kali latih tu la aku menitis airmata. Huhhhhh.. Memang syahdu.. So awal pagi tadi aku cuma mengharapkan agar voice over tanpa menitiskan airmata tapi tak boleh la... Tetap mengalir airmata ni.. Anak2 pun sama... Rupanya ustaz dan kakitangan pun ada mengalirkan airmata jugak... Sorry ya.. I feeling lebih sgt kot.. Hehehe.. Inilah video yg dimaksudkan...



Mungkin bagi orang lain tiada apa sangat pun.. Jiwa aku sensitif.. Sebab bila bercakap tentang ibu atau ayah memang feeling sgt.. Budi mereka berdua sampai mati pun tak dpt aku balas...

Buat bonda tersayang WAN AININ WAN HUSSIN setulus ikhlas dari hati sungguh aku sayang pada mu.. Kaulah ibu, rakan dan pendengar setia.. Tak pernah sekali pun kau menolak utk mendengar setiap patah percakapan anakmu yg sememangnya dari kecik sampai sekarang mmg kuat bercakap.. Mulut murai.. Hehehe... Terima kasih atas kasih sayang mu.. Atas perhatianmu.. Yang paling utama atas doamu.. Baru minggu lepas kau bgtahu aku yang kau sentiasa mendoakan yang terbaik utk semua anak2mu.. Tidak pernah putus doa tersebut.. TERIMA KASIH BUNDAKU... Doaku juga sentiasa utkmu.. Agar Tuhan sentiasa memberi kau kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur kerana aku masih belum bersedia utk kehilanganmu.. Masih memerlukanmu.. masih ingin merasa masakan dari air tanganmu.. masih ingin merasai pelukan dan ciumanmu.. AKU SAYANGKAN MU DUNIA DAN AKHIRAT...

Tak boleh dah ni.. Rasa sebak semacam je.. Huhuhuhu... Oklah.. Nanti aku update lain la ya.. Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu :) Bye...

Love,
ME

Wednesday, May 8, 2013

Back to work :)

Salam buat semua...

Kembali bertugas.. Wahhhh.. Masuk ofis dah ada satu memo lekat kat pintu bilik.. Oh my boss.. I balik cuti sudah ada kerja menanti.. Huhuhuhu... Oleh kerana duk hadap kerja je makanya masa berlalu pun tak sedar. Tapi hari ni awal2 pagi lagi aku dah ke hospital. Jam 8 pagi ambik darah (lagi dan lagi) dan jam 9 pagi appointment ultrasound.

Balik dari hospital terus siapkan kerja untuk program hari ibu Jumaat ni. Program tahunan aku untuk anak2 kat sini. Cuma tahun ni aku tambah satu slot tayangan video yang aku sendiri tangkap leleh dengan video2 tu.  Salah satu video tu, aku sendiri yang akan buat voice over (betul ke istilah ni ya :) ) Harap2 tidak menitiskan airmata la ya. Tapi bila nak bercakap bab ibu ni memang syahdu dan sayu la. Harap melekat dlm hati anak2 semua.

Bertambah dengan tugasan KIK yang masih belum selesai. Slide utk presentation masih dalam progress. Hanya 70% je yang dah siap. Haiya.. cuti lama sangat buat semua kerja tergendala. Salah siapa? Diri sendiri la sebab bila cuti time management sudah lari.. hahahaha.. Harapkan semua dapat diselesaikan mengikut waktu yang telah ditetapkan...

Kerja2 rumah utk malam ni pun dah siap.. Tadi penat sangat terlelap kejap.. Siap pesan dekat cik abang supaya kejutkan utk aku gosok baju kerja esok hari.. Sejam jugak terlelap tadi.. Tak tahu la nak lena pulak malam ni mcmana.. hehehe..

Oklah nak layan Kilauan Emas pulak.. Boleh la tahan.. Tapi.. yang makcik2 sekalian tu mcm tak sesuai jek.. Pandangan peribadi je tu.. Terpulanglah pada diaorang..

Bye...

Love,
ME

Sunday, May 5, 2013

Election Day! Jom Mengundi..

Salam buat semua...

Sudahkah anda menjalankan tanggungjawab anda sebagai rakyat MALAYSIA.. Jangan sampai rakyat lain pulak yg jalankan tanggungjawab mereka bagi pihak kita ya.. Oooppsss...

Hari ni exited sangat2 nak mengundi.. Kali ketiga mengundi.. Kali pertama dan kedua undi pos je sebab bertugas.. Kali ni tolak untuk bertugas sebab nak balik kampung dan rasai sendiri bahang suasana pilihanraya.. Memang berbeza.. Dan saya orang ke 6 pagi tadi.. Jam 8.10 minit pagi dah selesai memangkah. Alhamdulillah. Masa masuk serah IC tadi ada juga maklum kat kerani bertugas yang saya ni lefthanded so just tanya la kan kot boleh calit dakwat belah kanan. Saya tak nak undi saya rosak sebab dakwat 'kekal' tu. Yang lawaknya salah seorang kerani tu boleh cakap cam ni 'dakwat tu mudah kering... tak pe kak.. akak pegang je pen tu macam ni (sambil menunjukkan isyarat pegang pen guna ibu jari dan jari kelingking)' Alahai cik adik.. akak tak pandai nak pegang pen cam tu.. So admit la sebab dia kata dakwat tu cepat kering.. Ok la dik.. Ambik kertas undi dan terus ke tempat petak.. Tapi terpaksa tiup dulu dakwat 'kekal' kat jari tu sebab masih belum kering.. So mulut ni ringan makanya terkeluar la ayat 'tadi kata cepat kering.. tapi tak kering pun' Ooppsss.. sorry ya.. ayat tu automatik je keluar.. Dah agak kering baru la ambik pen untuk memangkah.. Dengan penuh berhati2 sebab tak percaya dakwat tu dah kering.. Ini hak saya.. Undi saya penting.. Walaupun saya bukan sesiapa pun.. Saya tak nak undi saya rosak sebab dakwat 'kekal' yang konon cepat kering.. Haiyaaaaa... Alhamdulillah dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna..

Dah habis tu singgah rumah makcik saya dekat dengan sekolah tu.. Nak dijadikan cerita nak makan so basuhlah tangan (utamakan kebersihan.. dua2 tangan basuh dgn sabun).. Dan dakwat 'kekal' tu cam hilang sikit


Lepas tu dah balik rumah dalam lebih kurang 12 tghari rasa rimas pulak tgk jari biru je.. Rasa cam kotor.. So  rendam kejap dgn clorox dan gosok2 sikit jadi cam ni



Rasa aman sikit mata ni walaupun celah jari ada sikit lagi kesan.. Yeayyyyy... Mataku tidak sakit lagi :)

Oklah... nak bersantai jap.. Malam ni sama2 kita tunggu keputusan.. apapun boleh berlaku.. unpredictable!

Bye

Love,
ME




Saturday, May 4, 2013

Masakan ibu yang paling sedap di dunia :)

Salam buat semua...

Dah makan tengahari? Semestinya sudah kan.. Alhamdulillah aku pun dah. 2 hari ni best sangat sebab makan  masakan hasil air tangan ibu. Rindu sebenarnya masakan ibu ni. Agaknya kalau aku terus kat sini makanya membina badan la nampaknya.. Hehehe... Tapi untuk masak tengahari ni aku tak membantu sangat sebab dari pagi kepala diserang migrain. Nak tak nak terpaksa ambik ubat tahan sakit dan lelapkan mata. Ni baru ok sikit. Kerap sangat migrain sekarang ni. Harap2 tak melibatkan sakit yang lain.

Sementara nak bersiap untuk keluar, update blog la kejap. Lepas ni nak keluar dengan my BFF Irma Izura Ismail. BFF ; we listen and we share everything together.. Sad or happy.. Sampai sekarang pun masih tetap sama sebab kami pernah berjanji sampai bila2 pun we have each other.. No worries..

Oklah.. Nak pakai tudung dan keluar. HAri pun nampak macam nak hujan je ni. Oleh kerana aku tak drive dengan kereta sendiri balik kampung, makanya kereta my mom yang jadi mangsa untuk jalan2 hari ni.. Hehehe.. Tq ma...

Bye

Love,
ME

Friday, May 3, 2013

Berlintas lansung dari kampung halaman :)

Salam buat semua...

Alangkah indahnya berada dalam keadaan sekarang.. Suasana kampung yang aman damai.. Malam ditemani dgn bunyi cengkerik.. Tak terkejar2 dengan kerja.. Nak balik duk kampung boleh tak agak2nya? Hehehe.. Konon je la.. Sehari duk rumah tanpa apa2 tugasan dah buat aku sedikit bosan sebenarnya.. Dah terbiasa dgn kerja agaknya.. So apalagi.. Maka mencipta agenda keluar jalan2 lepas cik abang aku bertolak balik ke Kedah.. Rindu dia sekarang ni.. Sangat2.. Adik aku ejek je tadi bila tengok muka aku lain je masa abang nak gerak balik.. Gila tak risau.. Drive sorang dalam keadaan tak sihat.. Menangis dalam hati tau.. Nak nangis betul2 malu la... Hehehehe.. Abang gelak je tengok isteri dia ni sayu nak lepas dia balik Kedah.. Boleh dia cakap 'macam sebelum ni abang tak pernah tinggal sayang.. lagi lama kan masa kursus.. ni kejap je.. bukan abang tak balik sini balik ambik sayang' :) Ok bang.. Faham dan jelas tentang itu.. Dah mula mak aku pulak cakap aku manja... Kahkahkah.. Gelak besau..

Oklah.. Balik ke cerita pi jalan2.. Sampai ke Wakaf Baru sebab aku nak beli beras cap serindit.. Dah tu boleh teringin pulak nak makan akok dan lompat tikam.. Siap tanya makcik kat pasar lagi.. Makcik tu kata 'tak dok doh kueh pete2 ni dik.. kalu maghi lah ppagi ado la' Kempunan nak makan lompat tikam.. huhuhuhu.. Esok masih ada.. Lepas tu pergi ke... apa nama entah tempat tu.. minum air kelapa muda dan makan keropok lekor di bawah pokok kelapa tepi pantai.. Dalam duk makan tu tiba2 satu bunyi lagu yang buat aku mula gelak2 kecil.. Rupanya ma dan abah pun perasan.. Sudahnya kami anak beranak gelak besar sampai orang tengok pelik.. Sape2 pernah dengar lagu orang jual aiskrim paddle pop.. Alaaa.. yang jual aiskrim naik motor tu... Adik bongsu aku dan yang nombor 4 dah saling tengok antara satu sama lain... Ni kes diaorang lari dari pakcik jual aiskrim suatu ketika dahulu.. Masa tu diaorg berdua dalam sekolah rendah rasanya.. Tersalah panggil pakcik jual aiskrim.. Dah tu tak pasal2 pakcik tu patah balik datang kat rumah kitaorang.. Apalagi, budak 2 orang ni lari nyorok belakang pokok dalam keadaan meniarap... Parah betul la budak2 ni.. Tu bila ingat balik masing2 gelak je.. Kesian kat pakcik tu cari adik2 aku tak jumpa.. Hehehehe

Alhamdulillah.. baru dapat sms dari abang kata dah sampai.. Lega sikit hati ni.. Moga abang cepat sihat.. Susah hati bila abang demam >.<

Oklah.. Nak solat isyak dulu.. Tadi lepas maghrib pergi berurut.. Ringan je badan ni.. Tq to Kak Joh.. Memang terbaeeekkk :)

Bye

Love,
ME

Wednesday, May 1, 2013

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara





Salam buat semua..

Hari ni terlebih rajin pulak update blog.. (>.<) Walaupun hakikatnya tak de la orang nak baca pun. Tapi tak apalah.. Cukup untuk aku rewind balik jika satu hari nanti nak baca apa yang ada disepanjang perjalanan hidupku :)

Kerisauan bertamu dihati bila tengok sang suami dalam keadaan tidak begitu sihat... Sungguh.. dalam hati ni Tuhan je yang tahu kerisauan seorang isteri.. Hati mudah sangat sayu bila tengok abang tidur dalam keadaan yang tidak bermaya.. Kerisauan bertambah bila Jumaat abang drive sorang balik ke Kedah dari Kelantan. Mengharapkan agar segalanya dibawah lindungan Allah...

Pelikkan perasaan ni. Tak tahu la kalau perkara yang sama berlaku pada wanita yang bergelar isteri. Tapi itu yang aku rasa. Boleh menitis airmata bila tengok dia dalam tidur. Pasif je tak seperti biasa. Mengharapkan agar abang cepat sihat. Sesekali demam.. Sama la aku pun.. Last tak sihat a.k.a demam awal Januari dan terkini adalah jumaat lepas. Alhamdulillah cepat recover dan boleh kembali bertugas.

Itulah perkaitannya, ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Salah satunya sihat sebelum sakit. :)


Alhamdulillah baru lepas menikmati nasi goreng kampung air tangan isteri (hehehe...) untuk makan malam ni. Tapi ada order tambahan. Abang mintak nak makan ikan pekasam dengan nasi goreng.. Oklah kan daripada abang tak makan, lagi la aku susah hati. Dia rasa bersalah sebab dah separuh jalan makan baru buat permintaan tu. Alahai bang.. bukan susah mana pun. Goreng je.. I'll do anything for you.. Seperti mana abang  menunaikan permintaan sayang yang kadang2 tak masuk akal pun.. hehehe.. macam budak2 kan.. Layan je... 

Nak nonton MIRROR MIRROR @HBO Astro.. Fairy tale la sangat :) 

Bye

Love,
ME


(.,.,.,.,.)

Adakalanya setiap kemahuan kita tidak tercapai. Setiap hari kita menginginkan satu sirna yang bakal menyinari hari-hari kita. Namun adakalanya sirna itu berselindung seolah enggan memberikan sinarannya pada kita. Di kala itu, terpaksalah kita mencari sirnanya agar dapat kita teruskan perjalanan yang kadangkala dalam kesamaran... Terus dan terus mencari walau kita sendiri tidak pasti bilakah waktunya sirna tersebut keluar dari berselindung...

Election day is around the corner :)

Salam buat semua..

Pertamanya SELAMAT HARI BURUH buat semua yang bergelar BURUH. Tidak kira ditahap mana anda disesebuah tempat, anda adalah salah seorang penggerak untuk sesuatu pengurusan dan pentadbiran :)

So, hari ni cuti la kan.. Aku cuma di rumah. Mungkin petang nak ke office sekejap menyiapkan kerja2 KIK yang baru pertama kali dibuat bersama rakan2. Our first experience but we try our best to finish it.

Just sharing what I feel now. Semakin kita kenal dan dekat dengan Allah, ketenangan berlubuk dihati. Walaupun ujian dan dugaan tetap datang tapi aku tahu aku ada Tuhan yang sentiasa mendengar setiap keluhan hambaNya.  Apabila berlaku sesuatu, kita akan lebih menghargai apa yang kita ada sekarang. Walaupun tidak se'gah' atau tidak seperti yang kita impikan. Hidup perlu diteruskan walau apapun yang berlaku, walau sesusah mana pun... We already choose the path.. So, just GO and waiting for a miracle at the end of the path...

Ok.. back to the topic.. Its all about election. Where ever we go, people keep talking about it. Am neutral and sorry am talking about it in public. Its my secret. Whoever I choose, only me knows.. In public, am just a listener.. and think about waht they say. Please stop pointing others. We're the same. Malay, Muslim... Don't have to argue each other. Its our right to choose and think before you make any decission. Its for our future. For our next generation. And to all politicians, please keep your promise to us. Don't make so many promises but at last ..... I have my choice.. What's your? Don't have to answer but just tick the right person at 5th May 2013... :)

Whoaaaa... Tertulis orang putih pulak.. Yang entah grammar nya betul atau tidak.. Please mana2 yg arif tolong betulkan ya kalau salah :)

Do pray for my happiness.. Supaya lebih tabah untuk lalui jalan ini.. Supaya apapun yang berlaku selepas ini aku mampu untuk terimanya dengan redha.. Semua orang buat silap, so bagi setiap orang peluang untuk memperbetulkan kesilapan tersebut.. Kita bukan malaikat.. jauh sekali Tuhan yang langsung tak buat silap.. Hanya manusia biasa yang sering lalai dan kadangkala tergelincir dari landasan.. Maafkan andai ada ketelanjuran tidak kira dari segi perkataan atau perlakuan. Aku sendiri belajar untuk memaafkan orang walaupun sukar untuk melupakan..

Oklah.. kena stop dulu. Nak masak untuk lunch. Bye :)

Love,
ME