Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, May 1, 2013

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara





Salam buat semua..

Hari ni terlebih rajin pulak update blog.. (>.<) Walaupun hakikatnya tak de la orang nak baca pun. Tapi tak apalah.. Cukup untuk aku rewind balik jika satu hari nanti nak baca apa yang ada disepanjang perjalanan hidupku :)

Kerisauan bertamu dihati bila tengok sang suami dalam keadaan tidak begitu sihat... Sungguh.. dalam hati ni Tuhan je yang tahu kerisauan seorang isteri.. Hati mudah sangat sayu bila tengok abang tidur dalam keadaan yang tidak bermaya.. Kerisauan bertambah bila Jumaat abang drive sorang balik ke Kedah dari Kelantan. Mengharapkan agar segalanya dibawah lindungan Allah...

Pelikkan perasaan ni. Tak tahu la kalau perkara yang sama berlaku pada wanita yang bergelar isteri. Tapi itu yang aku rasa. Boleh menitis airmata bila tengok dia dalam tidur. Pasif je tak seperti biasa. Mengharapkan agar abang cepat sihat. Sesekali demam.. Sama la aku pun.. Last tak sihat a.k.a demam awal Januari dan terkini adalah jumaat lepas. Alhamdulillah cepat recover dan boleh kembali bertugas.

Itulah perkaitannya, ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Salah satunya sihat sebelum sakit. :)


Alhamdulillah baru lepas menikmati nasi goreng kampung air tangan isteri (hehehe...) untuk makan malam ni. Tapi ada order tambahan. Abang mintak nak makan ikan pekasam dengan nasi goreng.. Oklah kan daripada abang tak makan, lagi la aku susah hati. Dia rasa bersalah sebab dah separuh jalan makan baru buat permintaan tu. Alahai bang.. bukan susah mana pun. Goreng je.. I'll do anything for you.. Seperti mana abang  menunaikan permintaan sayang yang kadang2 tak masuk akal pun.. hehehe.. macam budak2 kan.. Layan je... 

Nak nonton MIRROR MIRROR @HBO Astro.. Fairy tale la sangat :) 

Bye

Love,
ME


No comments:

Post a Comment