Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

About Me

My photo

Teruskan perjalanan yg penuh liku. Tanpa cabaran kita takkan matang tanpa dugaan kita takkan berwaspada. Sentiasa yakin dan ikhlas dalam apa jua yg dilakukan

Friday, May 3, 2013

Berlintas lansung dari kampung halaman :)

Salam buat semua...

Alangkah indahnya berada dalam keadaan sekarang.. Suasana kampung yang aman damai.. Malam ditemani dgn bunyi cengkerik.. Tak terkejar2 dengan kerja.. Nak balik duk kampung boleh tak agak2nya? Hehehe.. Konon je la.. Sehari duk rumah tanpa apa2 tugasan dah buat aku sedikit bosan sebenarnya.. Dah terbiasa dgn kerja agaknya.. So apalagi.. Maka mencipta agenda keluar jalan2 lepas cik abang aku bertolak balik ke Kedah.. Rindu dia sekarang ni.. Sangat2.. Adik aku ejek je tadi bila tengok muka aku lain je masa abang nak gerak balik.. Gila tak risau.. Drive sorang dalam keadaan tak sihat.. Menangis dalam hati tau.. Nak nangis betul2 malu la... Hehehehe.. Abang gelak je tengok isteri dia ni sayu nak lepas dia balik Kedah.. Boleh dia cakap 'macam sebelum ni abang tak pernah tinggal sayang.. lagi lama kan masa kursus.. ni kejap je.. bukan abang tak balik sini balik ambik sayang' :) Ok bang.. Faham dan jelas tentang itu.. Dah mula mak aku pulak cakap aku manja... Kahkahkah.. Gelak besau..

Oklah.. Balik ke cerita pi jalan2.. Sampai ke Wakaf Baru sebab aku nak beli beras cap serindit.. Dah tu boleh teringin pulak nak makan akok dan lompat tikam.. Siap tanya makcik kat pasar lagi.. Makcik tu kata 'tak dok doh kueh pete2 ni dik.. kalu maghi lah ppagi ado la' Kempunan nak makan lompat tikam.. huhuhuhu.. Esok masih ada.. Lepas tu pergi ke... apa nama entah tempat tu.. minum air kelapa muda dan makan keropok lekor di bawah pokok kelapa tepi pantai.. Dalam duk makan tu tiba2 satu bunyi lagu yang buat aku mula gelak2 kecil.. Rupanya ma dan abah pun perasan.. Sudahnya kami anak beranak gelak besar sampai orang tengok pelik.. Sape2 pernah dengar lagu orang jual aiskrim paddle pop.. Alaaa.. yang jual aiskrim naik motor tu... Adik bongsu aku dan yang nombor 4 dah saling tengok antara satu sama lain... Ni kes diaorang lari dari pakcik jual aiskrim suatu ketika dahulu.. Masa tu diaorg berdua dalam sekolah rendah rasanya.. Tersalah panggil pakcik jual aiskrim.. Dah tu tak pasal2 pakcik tu patah balik datang kat rumah kitaorang.. Apalagi, budak 2 orang ni lari nyorok belakang pokok dalam keadaan meniarap... Parah betul la budak2 ni.. Tu bila ingat balik masing2 gelak je.. Kesian kat pakcik tu cari adik2 aku tak jumpa.. Hehehehe

Alhamdulillah.. baru dapat sms dari abang kata dah sampai.. Lega sikit hati ni.. Moga abang cepat sihat.. Susah hati bila abang demam >.<

Oklah.. Nak solat isyak dulu.. Tadi lepas maghrib pergi berurut.. Ringan je badan ni.. Tq to Kak Joh.. Memang terbaeeekkk :)

Bye

Love,
ME

No comments:

Post a Comment