Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

About Me

My photo

Teruskan perjalanan yg penuh liku. Tanpa cabaran kita takkan matang tanpa dugaan kita takkan berwaspada. Sentiasa yakin dan ikhlas dalam apa jua yg dilakukan

Sunday, May 5, 2013

Election Day! Jom Mengundi..

Salam buat semua...

Sudahkah anda menjalankan tanggungjawab anda sebagai rakyat MALAYSIA.. Jangan sampai rakyat lain pulak yg jalankan tanggungjawab mereka bagi pihak kita ya.. Oooppsss...

Hari ni exited sangat2 nak mengundi.. Kali ketiga mengundi.. Kali pertama dan kedua undi pos je sebab bertugas.. Kali ni tolak untuk bertugas sebab nak balik kampung dan rasai sendiri bahang suasana pilihanraya.. Memang berbeza.. Dan saya orang ke 6 pagi tadi.. Jam 8.10 minit pagi dah selesai memangkah. Alhamdulillah. Masa masuk serah IC tadi ada juga maklum kat kerani bertugas yang saya ni lefthanded so just tanya la kan kot boleh calit dakwat belah kanan. Saya tak nak undi saya rosak sebab dakwat 'kekal' tu. Yang lawaknya salah seorang kerani tu boleh cakap cam ni 'dakwat tu mudah kering... tak pe kak.. akak pegang je pen tu macam ni (sambil menunjukkan isyarat pegang pen guna ibu jari dan jari kelingking)' Alahai cik adik.. akak tak pandai nak pegang pen cam tu.. So admit la sebab dia kata dakwat tu cepat kering.. Ok la dik.. Ambik kertas undi dan terus ke tempat petak.. Tapi terpaksa tiup dulu dakwat 'kekal' kat jari tu sebab masih belum kering.. So mulut ni ringan makanya terkeluar la ayat 'tadi kata cepat kering.. tapi tak kering pun' Ooppsss.. sorry ya.. ayat tu automatik je keluar.. Dah agak kering baru la ambik pen untuk memangkah.. Dengan penuh berhati2 sebab tak percaya dakwat tu dah kering.. Ini hak saya.. Undi saya penting.. Walaupun saya bukan sesiapa pun.. Saya tak nak undi saya rosak sebab dakwat 'kekal' yang konon cepat kering.. Haiyaaaaa... Alhamdulillah dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna..

Dah habis tu singgah rumah makcik saya dekat dengan sekolah tu.. Nak dijadikan cerita nak makan so basuhlah tangan (utamakan kebersihan.. dua2 tangan basuh dgn sabun).. Dan dakwat 'kekal' tu cam hilang sikit


Lepas tu dah balik rumah dalam lebih kurang 12 tghari rasa rimas pulak tgk jari biru je.. Rasa cam kotor.. So  rendam kejap dgn clorox dan gosok2 sikit jadi cam ni



Rasa aman sikit mata ni walaupun celah jari ada sikit lagi kesan.. Yeayyyyy... Mataku tidak sakit lagi :)

Oklah... nak bersantai jap.. Malam ni sama2 kita tunggu keputusan.. apapun boleh berlaku.. unpredictable!

Bye

Love,
ME




No comments:

Post a Comment