Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, August 30, 2013

Musibah dan ujian tanda kasih sayang Allah...

Salam buat semua...

Sudah beberapa hari tidak meng'update' blog.. sibuk sangat dengan urusan dunia.. tapi dalam masa sibuk dengan urusan dunia, Tuhan datangkan peringatan supaya ingat kepada Nya..

Musibah datang untuk menguji sejauh mana ketahanan iman kita.. berhadapan dengan ujian dengan hati yg redha.. bersifat terbuka dan sentiasa bersangka baik pada ALLAH.. Ya.. aku dan suami anggap Allah sayangkan kami sebab tu dia datangkan ujian sekecil ini untuk kami sentiasa ingat pada Nya..

Pada malam 27 Ogos, aku dan suami sama2 turun padang untuk satu kes 'besar'.. rakan2 setugas lain pun ada sama... so balik dalam pukul 11 lebih la... masa tu tidak langsung terdetik dalam hati akan berlaku apa2 dalam tempoh beberapa jam..  lepas solat isyak aku terus tidur sebab terlalu penat dgn tugas seharian.. en suami masih berjaga menyiapkan tugasan sehingga jam 12 lebih.. dia ada cakap ada terdengar bunyi aneh di luar kediaman so dia nyalakan lampu balkoni dan tengok kot2 ada apa2 yg mencurigakan.. sejak2 rumah kena pecah masuk lebih kurang 2 bulan lepas, kami seakan lebih alert, dan selebihnya aku yg agak fobia kalau bersendirian.. lebih perfectionist dgn susun atur dalam rumah supaya aku alert dgn perubahan setiap peralatan rumah.. Setelah memastikan tiada apa yg mencurigakan, suami kembali ke dalam rumah dan meneruskan kerja seperti biasa laa...

Keesokan harinya pada 28 Ogos, seperti biasa aku dan suami bersiap utk ke tempat bertugas.. Seperti biasa la, pagi2 aku siapkan sarapan dan sidai kain di ampaian.. masa tu masih belum perasan akan sesuatu yang berlaku.. Selepas selesai semua tugas di rumah, aku gerak ke tempat kerja.. masa tu aku masih belum perasan sehinggalah suami aku call dan bertanya 'sayang ada nampak motor abang tak?'.. Aikkkk... motor? soalan ni gagal untuk aku jawab dengan ayat penyata sebaliknya aku jawab dengan soalan balik 'motor abang tak de ke bawah garaj tu?' Dah sudah.. mana pulak perginya... malam tadi elok je parking sebelah kereta aku.. masa masuk kereta nak ke pejabat, aku tak perasan pulak motor tak de sebelah.. Ya Allah.. memang sah kena curi dan suami aku beranggapan ada kaitan dengan kes 'besar' malam tadi.. So dalam keadaan yg masih terkejut, suami ditemani rakan ke balai polis untuk buat report..

Bukan tidak terkilan, memang ada sedikit kesan dihati tapi rezeki Tuhan dah tetapkan.. ada rakan setugas bertanya.. 'Puan Wan mcm tak sedih je motor Cikgu Din kena curi?' dengan tersenyum aku menjawab 'Rezeki Tuhan yg tentukan.. kalau betul ia masih rezeki kami, pasti ia akan kembali.. kalau tak mmg ia bukan rezeki kami.. Redha je la..' Takkan la nak meratap kot kan.. Hahaha... Yg kami risaukan hanyalah keselamatan.. sebab dah dua kali kes berlaku ke atas kami kat sini.. aku sendiri akui memang agak sedikit takut nak keluar malam.. dulu rasa takut tu tak de sangat tapi bila dah macam2 hal ni aku lebih berhati2.. harap perasaan fonia tu akan hilang sikit2..

Ada jugak la mengadu kat my mom tentang hal ni.. luahan hati, rasa macam nak keluar cari rumah lain tapi abah keras2 menolak sebab dia risaukan aku dan suami.. katanya, 'abah n ma jauh.. risau kalau apa2 hal berlaku sebab nak tolong susah..' abah suruh aku bertahan dan stay je kat kediaman rasmi tu dulu.. abah suruh lebih fikirkan keselamatan diri sebab risau kalau yang berkenaan aim aku bila berada kat luar.. sayu je suara abah bila dia call aku.. my mom la inform hal ni kat abah.. dalam dia duk sibuk dgn projek, dia call aku berpesan2 ttg keselamatan.. aku dapat rasa dia risaukan aku.. Thanks abah.. :'( Aku akan cuba bertahan dan stay di kediaman rasmi ni tapi tak tahu sampai bila laaaa...

Thanks jugak kepada rakan2 setugas yg banyak membantu menghebahkan tentang berita ni kpd rakan2 yg lain untuk mohon pertolongan.. Jasa kalian amat dihargai.. masa ni kita nampak betapa kuatnya ikatan kami rakan sekerja dalam memberikan bantuan.. terharu sangat2... so rasa tak keseorangan di rantau orang.. :)

Hari ni family aku dari Kelantan akan datang.. yang sedihnya, abah tak dapat join.. aku tahu dia yang beria2 benar nak datang sejak aku admit kat wad kecemasan hari tu.. tapi last2 minute dia kena handle projek pulak.. alahai.. kesian pulak kat abah.. aku siap cakap kat my mom 'bagi nombor phone boss abah, meh nak call bgtau suruh bagi cuti kat abah..suruh orang lain handle la projek tu..' Ma gelak je bila aku cakap mcm tu.. Aku geram sebenarnya.. sejak sebelum raya lagi abah duk sibuk dengan projek tu.. sehari sebelum raya baru boleh cuti.. sian abah... dia sepatutnya lebih banyak rehat dari duk hadap projek2 tu...

Oooppsss... terbebel pulak.. ok lah.. nak solat zohor dan rehat jap sebelum masuk keje balik jam 2.45 petang... Ada masa kita jumpa lagi.. Daaaaaaaaaaaaaaaaaa...

Love,
ME

No comments:

Post a Comment