Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday, September 30, 2012

Senyumlah... :)

Salam buat semua...

Setiap hari di FB aku akan pastikan semua orang akan tersenyum dengan perkataan SMILE yang ditulis.. hari ni terdengar satu ungkapan SENYUM ITU MUDAH TAPI KESANNYA CUKUP INDAH.. ungkapan ni buat aku ingin tersenyum sentiasa supaya mampu memberi keindahan kepada wajah kesayangan hamba yang menatap.. :) Aku.. sebolehnya tak nak orang lain tahu yg aku dalam gundah dan risau.. seboleh2nya la tapi sang suami adalah orang pertama yang juga merupakan pendengar setia yang setia menadah telinga mendengar segala gundah di hati.. tapi untuk orang lain tak perlu rasanya aku luahkan ketidaktenangan hati ni.. (betul ke perkataan ni ya.. hehehe.. jangan rosakkan bahasa melayu).. kita beralih kepada penulisa yang lebih serius.. ehemmmm...





Senyum adalah sesuatu yang bisa memberi keindahan dalam kehidupan.. yang juga mampu untuk mendamaikan hati yang gundah gulana.. dengan senyum yang sentiasa terukir dibibir, pasti tidak akan ada yang mengangka sedalam dan sejauh mana bebanan yang ditanggung dalam diri.. rasanya cukuplah ALLAH sahaja yang mengetahuinya... kerana DIA MAHA MENDENGAR SETIAP KELUH RESAH HAMBA NYA... Tak susah kan untuk senyum.. hanya gerakkan sedikit bibir dan ikhlaskan hati.. pasti terbit satu ketenangan dalam hati.. percayalah.. tapi janganlah berpura2 dalam senyuman.. jangan memaksa diri kalau tak mampu untuk lakukan.. kerana pasti menimbulkan rasa curiga dihati orang lain..

Mari kita kongsi apa yang pernah dikatakan oleh Dr Fadzilah Kamsah :

Hati yang bersih memancarkan gelombang positif yang amat kuat, lantas 
mempengaruhi orang sekeliling dan situasi-situasi menjadi positif sama. Sebaliknya, hati yang kotor akan memancarkan gelombang negatif yang amat kuat, menukarkan orang-orang sekeliling menjadi negatif juga membuat situasi-situasi pada saat kita berada tu menjadi negatif. Kesannya, kita jadi murung, tertekan, tiada kegembiraan dan menjalani hidup penuh dengan tekanan. Nak bahagia, nak berjaya, nak gembira, kita perlu ubah persekitaran kita menjadi positif. Kita boleh ubah semua tu bermula dengan rajin-rajinkan diri mencuci hati simply dengan memprogram minda 7 saat sebelum kita tidur.

Sampai ketemu lagi... daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

Love,
ME

No comments:

Post a Comment