Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

About Me

My photo

Teruskan perjalanan yg penuh liku. Tanpa cabaran kita takkan matang tanpa dugaan kita takkan berwaspada. Sentiasa yakin dan ikhlas dalam apa jua yg dilakukan

Tuesday, July 30, 2013

Jiwa dan Jasad terpisah

Salam buat semua..

Lain mcm je tajuknya.. hehehe... mood raya dah memenuhi ruang anggota dah ni.. rasanya jasad je ada kat sini.. jiwa dah menerawang terbang kembali ke kampung.. rindu nak berbuka dgn keluarga... rindu sgt2... Tahun ni turn utk kembali beraya di Kelantan, kampung halamanku :)

Disebalik kegembiraan menanti lebaran sebenarnya terselit rasa sayu dihati atas pemergian bapa saudara dan sahabat sekuliah Jumaat lepas.. Hari Jumaat, Bulan Ramadhan, Nuzul Quran.. Indah harinya.. Menyimpan pengharapan dalam hati seandainya sampai ajalku nanti biarlah di bulan yg mulia ini.. Sayu jugak sebab Ramadhan dan x banyak berbaki.. Entah dpt sambut Ramadhan lagi atau tidak aku tak pasti.. Pasti kerinduan pada Ramadhan akan hadir dihati.. Kalau sebelum ni kesayuan yang teramat sgt bila 2 Ramadhan terakhir.. Takut kalau dah tak sempat nak jumpa Ramadhan lagi tapi alhamdulillah Tuhan masih panjangkan umur utk tahun ni.. Moga umur masih dipanjangkan utk sambut Ramadhan akan datang.. Amin...

Esok, tanggal 31 Julai, genap usiaku 32 tahun.. Alhamdulillah atas kurniaan umur yg sepanjang ini Ya Allah... Tiada apa yg aku mahu selain diberi kebahagiaan hidup dunia n akhirat.. mohon utk dipermudahkan urusan ku dunia dan akhirat.. mohon juga utk dipermudahkan utk mendapat zuriat sebagai pengikat kasih sayang antara aku dan suami.. Amin.. Tipu kalau kata langsung tak ada keinginan utk ada anak sendiri.. teringin sgt2 tapi aku bersangka baik pada Allah.. Dia tahu apa yang terbaik utk aku dan suami.. Mungkin belum tiba masa dan waktunya utk dapat anugerah itu.. But really hope SOON.. Waiting for a miracle :) Terima kasih Tuhan kerana menganugerahkan kesabaran dalam penantian 3 tahun ini.. Kau anugerahkan aku kekuatan utk berhadapan dgn soalan yg diajukan.. Soalan yg akan ditanya walau jauh mana lari sekalipun.. dah asuh n didik hati utk positif dan terbuka.. :) Mudah2an kesabaran ini akan berbayar suatu hari nanti.. Insyaallah..

Kerinduan juga bertapak dihati.. ingin kembali seperti zaman dulu.. semua adik beradik berkumpul, bergelak ketawa, usik mengusik.. tapi sekarang masing2 ada komitmen so sering tidak dapat bersama.. hanya telefon n sms penghubung kerinduan.. I LOVE MY FAMILY.. Terima kasih kerana sentiasa ada di sisi..

Oklah.. Kena stop dulu.. Nak solat Zohor... Doakan aku panjang umur.. sentiasa diberi kekuatan utk berhadapan dgn setiap ujian dan dugaan yang diturunkan oleh Allah :)

Love,
ME


No comments:

Post a Comment