Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, September 4, 2013

Love u both.. Ma & Abah

Salam buat semua..

Sangat touching sebenarnya dgn tajuk kali ni.. Alahai.. Bila telinga ini mendengar rintihan dan harapan seorang ibu terhadap anaknya.. Menyaksikan sendiri tangisan kasih seorang ayah terhadap anaknya.. Aku turut tersentuh.. Sebab aku masih punya keduanya.. Orang yang paling banyak berjasa dalam hidup aku sehingga aku menjadi seperti sekarang.. Diluar kota k pemikiran aku suatu ketika dahulu yg aku akan menjadi seperti ini.. Lebih bernasib baik berbanding orang lain.. Alhamdulillah.. Syukur pada Mu Tuhan..

Keduanya bukanlah dari keluarga yang susah.. Hidup mereka boleh dikatakan sederhana.. Cukup dan lengkap untuk hidup bagi mereka.. Rezeki mereka tidak pernah putus untuk membesarkan anak2.. Pada mereka, biarlah mereka bersusah demi membesarkan anak2 supaya menjadi insan yang berjaya.. Tiada apa yg mereka minta melainkan menjadi anak yang soleh dan solehah.. Bukan wang ringgit untuk membayar balik segala penat lelah mereka selama bertahun2 membesarkan anak2.. Kata mereka, duit boleh dicari.. Harapan mereka agar kasih sayang dan kegembiraan keluarga kekal sehingga mereka menutup mata.. Tiada apa yg mereka minta tetapi sebaliknya mereka memberi.. Ya, memberi.. Memberi doa yg terbaik untuk anak2 walaupun anak2 mereka sudah punya kehidupan sendiri.. Tidak mengapa bagi mereka kalau anak2 tidak balik menjenguk.. Kata mereka anak2 mungkin sibuk dgn urusan dunia.. Mungkin juga tidak punya belanja yang cukup untuk balik ke kampung.. Tidak mengapa.. Mereka masih meletakkan prasangka yang baik2 pada anak2 mereka... Mereka juga tidak meminta wang dimasukkan setiap bulan ke dalam akaun.. Kata mereka, apa yg mereka ada sudah lebih dari mencukupi kerana di usia setua itu tiada apa yg mereka perlukan lagi melainkan hanya terus beribadah sebagai bekalan utk ke alam seterusnya..

Apabila mata ku ini menangkap si ayah menyeka airmata, aku tertanya2 pada diri sendiri.. Adakah ayahku juga begitu bila mengenangkan anak2? Pasti tiada bezanya.. Mataku beralih kepada si ibu.. Tenang riak wajahnya tapi aku tidak pasti apa yg bersarang difikirannya.. Jauh renungannya melihat kehijauan.. Katanya 'Dulu anak2 masih kecik, seronok melihat kerenah mereka.. Seronok melihat mereka bergurau sesama mereka.. Kalau bergaduh pun tak de la lama mana.. Lepas tu masing2 duk cari nak main sama2.. Rindu nak tengok anak2 semua kembali seperti dulu..' Satu keluhan kecil keluar dari si ibu.. Aku pasti, ada lagi isi hati yg terbuku dalam diri si ibu.. Dari riak wajahnya aku yakin dan pasti, dia rindukan anak2nya.. Si ayah tiba2 dengan nada sayu bersuara 'Saya pun teringin nak tengok kita duduk makan semeja.. Puan, sibuk sangat ke kalau bekerja?' Sungguh.. aku terkedu dengan soalan begitu.. Semua ni membuatkan ingatan aku melayang jauh ke kampung halaman.. Walau belum seminggu berjumpa dengan ibuku, aku sudah merasakan kerinduan yang amat sangat.. Baru 2 hari lepas aku mendengar suara abah, tapi sekarang hati aku bagai disiat2 merindui suara gelak tawa abah.. Ya Allah.. Diusia mereka sebegini mereka masih bekerja untuk mencari rezeki.. Kau lindungilah mereka dari sebarang bahaya.. Semoga MA & ABAH sentiasa di bawah redha Mu Ya Allah..

Aku kembali beralih kepada kedua orang tua yang sebaya orang tua ku... Aku harus mencungkil sesuatu yang tersirat dihati tua ini.. 'Maafkan saya kalau pertanyaan saya selepas ini mengguris hati pakcik dan makcik tapi saya ingin tahu kenapa hanya keluh dan kesah yang saya lihat? Tiada sedikit pun kegembiraan terpancar diwajah pakcik dan makcik..' Si ibu tersenyum tawar memandang wajahku yang penuh tanda tanya.. 'Kami gembira sebab anak2 kami semua berjaya.. Cuma bila sampai satu tahap seorang anak meletakkan keutamaan lain melebihi ibubapanya, itu yg kadang buat kami sedikit terkilan.. Kami tahu, anak perempuan tanggungjawabnya pada suami.. Tidak kami persoalkan.. Cuma anak lelaki.. Keutamaan pada ibubapa dulu atau isteri Puan? Kadang kami tertanya2, dimana silap kami dalam membesarkan anak2 kami.. Kami dahulukan ilmu agama sejak dari kecil.. Lepas difikir2, mungkin ada silap kami yang Tuhan nak bayar terus kat dunia ni.. Cuma kami takut kalau anak2.. Masa kami hidup pun ada yg bertelagah, bagaimana pula bila kami dah tak ada nanti? Tapi tak mengapalah.. kami dah maafkan anak2 kami atas kekasaran mereka.. Mungkin mereka buat semua tu tanpa sedar'

Keluhan kecil akhirnya keluar juga dari diriku.. Semua ni buat aku berfikir sendiri.. Kalau lah di depan ku ini adalah ma dan abah ku, pasti aku sujud dikaki mereka mohon ampun dan maaf atas ketelanjuran aku sebagai anak.. Betul, kadang kita hanya sedar kesilapan kita bila kita dah buat.. Tapi apa salahnya kita mohon maaf pada kedua orang tua dan cuba untuk perbaiki kembali hubungan yg sedikit renggang.. Duit boleh dicari tetapi kasih ibu dan ayah hanya satu.. Hanya mereka yg melahir dan membesarkan kita tanpa pernah merungut.. Mencukupkan keperluan anak2 berbanding keperluan sendiri..


Cerita mereka membuka pintu hati aku untuk berkongsi tentang kisah ini.. Mulianya hati ibubapa.. betapa mereka tidak pernah sekalipun berkira tentang segala jasa dan bakti mereka kepada kita.. Tapi sejauh manakah kita fikir utk memberikan keselesaan bukan sahaja dari segi fizikal tetapi lebih lagi keselesaan dalaman.. Dengan kata lain berikan mereka ketenangan hati, kegembiraan.. Kembalikan semula senyuman yang mungkin telah lama hilang dibibir mereka.. Bukan wang berjuta yang mereka minta tapi hanya secebis kasih buat mereka sementara menghabiskan hidup yang masih bersisa.. Bila membuka bicara berkaitan ibu dan ayah, airmata ini pasti mengalir kerana bimbang jika aku tidak mampu untuk menggembirakan kedua ibubapaku.. Kalau dihitung jumlah wang yang dilaburkan untuk membesarkan seorang AKU, pastinya banyak dan belum tentu aku mampu untuk bayar termasuklah juga tenaga dan penat lelah mereka menghantar aku pergi sekolah dari seawal usia 5 tahun sehinggalah 18 tahun.. Menghabiskan ribuan ringgit supaya aku mampu untuk menghabiskan pengajian diploma ku.. tanpa sebarang pinjaman.. semua ditanggung 100% oleh kedua ibubapa ku.. Banyak masa mereka berdua habis di jalanan demi memberi segala yg terbaik utk anak2.. BUAT MA DAN ABAH.. TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA.. TERIMA KASIH ATAS DIDIKAN KALIAN.. SELAIN DARI MENJADI IBU DAN AYAH, KALIAN JUGA MASIH MEMINJAMKAN TELINGA UNTUK MENDENGAR MASALAH ANAK2.. SEHINGGA KINI.. TANPA PERNAH RASA JEMU... MEMINJAMKAN BAHU UNTUK AKU MENANGIS.. MEMINJAMKAN KEDUA TANGAN KALIAN UNTUK BERDOA DAN MEMELUKKU.. HANYA UCAPAN TERIMA KASIH YANG MAMPU AKU LAFAZKAN.. 



 Kepada kedua pakcik dan makcik tadi, terima kasih atas luahan kalian yang membuatkan aku banyak berfikir.. Mungkin perkongsian ini membuatkan anak2 yang lain juga turut berfikir dan merapatkan kembali hubungan dengan ibubapa serta keluarga yang sudah jauh.. Air dicincang tidak akan putus.. Kembalilah pada ibubapa dan jalankan tanggungjawab kalian selagi mereka ada.. Jangan suatu hari nanti kalian menyesal setelah pemergian mereka.. Berbuatlah sesuatu sebelum kehilangan mereka..

Nukilan dari kisah benar...


Love,
ME

Monday, September 2, 2013

Open House 'Jalinan Ukhuwah'..

Salam buat semua...

Tajuk best je kan... Syok sendiri pulak I.. Hehehehe

Buat pertama kalinya dengan persetujuan dari cik abang, makanya terjadinya hari kejadian ni.. kejadia open house bertujuan utk rapatkan hubungan kami dan makan2 sempena raya.. My mom and autie cek yam who come all the way from Kelate jadi chef.. LOVE U MOM & CEK YAM.. kebetulan datang so air tgn mak jugak yg diharapkan.. hehehe.. Thanks jugak sebab menyampaikan hasrat hati utk makan nasi dagang air tgn mak..

Menu open house tak banyak mana pun.. buat yang biasa2 je.. Nasi dagang, roti jala kuah kuzi ayam n spaghetti (my mom's secret recipe).. Bagi2 la utk masak.. memandangkan ilmu secret recipe dah diturunkan sedikit kat anak dia yang comel ni, so tugas aku masak utk menu spaghetti n roti jala.. Kuzi ayam n nasi dagang my mom n cek yam yg buat.. Thanks jugak buat my lil bro n my lil sis sebab tolong siapkan tebar roti jala utk tetamu.. cian adik2 I ya.. x dpt gi jalan2 datang kali ni.. tak pe.. next time kita gi jalan tgk gajah rimau ya adik2 ku :)

Nak share gambar2 candid sepanjang majlis :) Harap maaf, gambar tuan rumah x de ya.. hanya gambar suami tuan rumah dan adik perempuan tuan rumah je yang tersiar.. hehehe

Antara kakitangan yg hadir bersama anak2, suami isteri

Antara kakitangan yg hadir bersama anak2, suami isteri

Alahai.. mamat baju hitam yg paling suka bergambar kat belakang tu..

En Roslan aka James Bond.. Nak buat ucapan ke berdiri tu en lan :)







My lil sis and Fayyad.. Lena pulak Fayyad


Stadium kecik di ruang tamu.. Semua pakat duk tgk  bola :)

Rasanya tahun depan kalau masih bertugas di Taiping, akan buat majlis macam ni lagi.. Seronok buat makan2 kat tetamu.. sangat puasa hati.. Kongsi rezeki yang Tuhan bagi kat kita.. Itu yg selalu my mom cakap.. Rezeki yg kita dapat, ada yg sebenarnya Tuhan salurkan pada kita utk disampaikan pada orang lain.. Jgn kedekut kalau bab makan ni.. tapi jgn pulak membazir..

INGAT PESAN MY MOM SAMPAI BILA2.. Sebab tu apapun berlaku samaada dapat rezeki atau rezeki ditarik balik, jgn susah hati.. ada hikmahnya.. Kata my mom, mungkin Tuhan nak bagi yg lebih baik utk kita.. Jgn sesekali persoalkan kenapa itu dan kenapa ini.. Jgn percaya pada tahyul mahyul.. Kita ada Tuhan dan hanya bergantung dan bercerita pada Nya.. AURA POSITIF my mom ni mengiringi hidup sepanjang 32 tahun.. Ma n abah sentiasa bercakap secara positif jika aku adukan apa jua masalah.. I KNOW THAT THEY LOVE ME walaupun dan rasmi jadi isteri pada Mohd Khairudin selama 3 tahun.. TERIMA KASIH TUHAN ATAS ANUGERAH IBUBAPA YG TIDAK TERNILAI INI.. AKU SUJUD DAN SYUKUR PADA MU ATAS ANUGERAH INI.. KAU PANJANGKAN UMUR MEREKA KERANA AKU MASIH BELUM PUAS BERMANJA DAN BELUM HABIS MEMBALAS JASA BAIK MEREKA PADAKU.. (sayu hati la pulakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk :'( )

Oklah.. sebelum jadi 'hujan', baik STOP.. huhuhu.. Buat adik2 saya yg 4 orang tu (WAN MUHD IMRAN, WAN KHAIRUL HAFEZ, WAN MUHAMMAD SYAHMIN & WAN AFIQAH SYAHIRAH), from deep of my heart I want to say that I LOVE ALL OF U.. TANPA ADA BEZA, TANPA PRASANGKA KERANA KITA KAN ADIK BERADIK.. AIR DICINCANG TAKKAN PUTUS.. LET'S BUILD AN ACCEPTANCE N LOVE BETWEEN EACH OTHER EVEN WE HAVE OUR OWN FAMILY NOW.. WE ARE SIBLINGS FOREVER N EVER.. (ohhhhh.. miss all the childhood moment..)

Jumpa lain hari... Daaaaaaaaaaaaa...

Love, 
ME




Friday, August 30, 2013

Musibah dan ujian tanda kasih sayang Allah...

Salam buat semua...

Sudah beberapa hari tidak meng'update' blog.. sibuk sangat dengan urusan dunia.. tapi dalam masa sibuk dengan urusan dunia, Tuhan datangkan peringatan supaya ingat kepada Nya..

Musibah datang untuk menguji sejauh mana ketahanan iman kita.. berhadapan dengan ujian dengan hati yg redha.. bersifat terbuka dan sentiasa bersangka baik pada ALLAH.. Ya.. aku dan suami anggap Allah sayangkan kami sebab tu dia datangkan ujian sekecil ini untuk kami sentiasa ingat pada Nya..

Pada malam 27 Ogos, aku dan suami sama2 turun padang untuk satu kes 'besar'.. rakan2 setugas lain pun ada sama... so balik dalam pukul 11 lebih la... masa tu tidak langsung terdetik dalam hati akan berlaku apa2 dalam tempoh beberapa jam..  lepas solat isyak aku terus tidur sebab terlalu penat dgn tugas seharian.. en suami masih berjaga menyiapkan tugasan sehingga jam 12 lebih.. dia ada cakap ada terdengar bunyi aneh di luar kediaman so dia nyalakan lampu balkoni dan tengok kot2 ada apa2 yg mencurigakan.. sejak2 rumah kena pecah masuk lebih kurang 2 bulan lepas, kami seakan lebih alert, dan selebihnya aku yg agak fobia kalau bersendirian.. lebih perfectionist dgn susun atur dalam rumah supaya aku alert dgn perubahan setiap peralatan rumah.. Setelah memastikan tiada apa yg mencurigakan, suami kembali ke dalam rumah dan meneruskan kerja seperti biasa laa...

Keesokan harinya pada 28 Ogos, seperti biasa aku dan suami bersiap utk ke tempat bertugas.. Seperti biasa la, pagi2 aku siapkan sarapan dan sidai kain di ampaian.. masa tu masih belum perasan akan sesuatu yang berlaku.. Selepas selesai semua tugas di rumah, aku gerak ke tempat kerja.. masa tu aku masih belum perasan sehinggalah suami aku call dan bertanya 'sayang ada nampak motor abang tak?'.. Aikkkk... motor? soalan ni gagal untuk aku jawab dengan ayat penyata sebaliknya aku jawab dengan soalan balik 'motor abang tak de ke bawah garaj tu?' Dah sudah.. mana pulak perginya... malam tadi elok je parking sebelah kereta aku.. masa masuk kereta nak ke pejabat, aku tak perasan pulak motor tak de sebelah.. Ya Allah.. memang sah kena curi dan suami aku beranggapan ada kaitan dengan kes 'besar' malam tadi.. So dalam keadaan yg masih terkejut, suami ditemani rakan ke balai polis untuk buat report..

Bukan tidak terkilan, memang ada sedikit kesan dihati tapi rezeki Tuhan dah tetapkan.. ada rakan setugas bertanya.. 'Puan Wan mcm tak sedih je motor Cikgu Din kena curi?' dengan tersenyum aku menjawab 'Rezeki Tuhan yg tentukan.. kalau betul ia masih rezeki kami, pasti ia akan kembali.. kalau tak mmg ia bukan rezeki kami.. Redha je la..' Takkan la nak meratap kot kan.. Hahaha... Yg kami risaukan hanyalah keselamatan.. sebab dah dua kali kes berlaku ke atas kami kat sini.. aku sendiri akui memang agak sedikit takut nak keluar malam.. dulu rasa takut tu tak de sangat tapi bila dah macam2 hal ni aku lebih berhati2.. harap perasaan fonia tu akan hilang sikit2..

Ada jugak la mengadu kat my mom tentang hal ni.. luahan hati, rasa macam nak keluar cari rumah lain tapi abah keras2 menolak sebab dia risaukan aku dan suami.. katanya, 'abah n ma jauh.. risau kalau apa2 hal berlaku sebab nak tolong susah..' abah suruh aku bertahan dan stay je kat kediaman rasmi tu dulu.. abah suruh lebih fikirkan keselamatan diri sebab risau kalau yang berkenaan aim aku bila berada kat luar.. sayu je suara abah bila dia call aku.. my mom la inform hal ni kat abah.. dalam dia duk sibuk dgn projek, dia call aku berpesan2 ttg keselamatan.. aku dapat rasa dia risaukan aku.. Thanks abah.. :'( Aku akan cuba bertahan dan stay di kediaman rasmi ni tapi tak tahu sampai bila laaaa...

Thanks jugak kepada rakan2 setugas yg banyak membantu menghebahkan tentang berita ni kpd rakan2 yg lain untuk mohon pertolongan.. Jasa kalian amat dihargai.. masa ni kita nampak betapa kuatnya ikatan kami rakan sekerja dalam memberikan bantuan.. terharu sangat2... so rasa tak keseorangan di rantau orang.. :)

Hari ni family aku dari Kelantan akan datang.. yang sedihnya, abah tak dapat join.. aku tahu dia yang beria2 benar nak datang sejak aku admit kat wad kecemasan hari tu.. tapi last2 minute dia kena handle projek pulak.. alahai.. kesian pulak kat abah.. aku siap cakap kat my mom 'bagi nombor phone boss abah, meh nak call bgtau suruh bagi cuti kat abah..suruh orang lain handle la projek tu..' Ma gelak je bila aku cakap mcm tu.. Aku geram sebenarnya.. sejak sebelum raya lagi abah duk sibuk dengan projek tu.. sehari sebelum raya baru boleh cuti.. sian abah... dia sepatutnya lebih banyak rehat dari duk hadap projek2 tu...

Oooppsss... terbebel pulak.. ok lah.. nak solat zohor dan rehat jap sebelum masuk keje balik jam 2.45 petang... Ada masa kita jumpa lagi.. Daaaaaaaaaaaaaaaaaa...

Love,
ME

Tuesday, August 27, 2013

Kerja menimbun.. tulunnnnnnnn

Salam buat semua..

Tetiba jekk... Hari ni hari apa ekk? Alahaiii.. Syndrome demam majlis raya sudah datang sampai terlupa hari.. Kekekekek...

1,2,3.. haaaaaa.. ada 3 'buah' keje lagi tak settle.. kikikik.. penjodoh bilangan tu salah ya.. jgn diikut...
So nak release jap supaya otak tak membeku teruk, makanya update blog la ya.. bot only me yang kena syndrome demam majlis raya ni.. ada la beberapa orang lagi yg tak menang tangan supaya majlis berjalan dgn sempurna dan lancar mengikut perancangan asal.. we love to entertain our guests.. tapi kami kena pening kepala selama sebulan lebih dulu.. yang paling akan pening kepala adalah boss besau la.. tapi boss besau tetap cool jekk..

Duk merapu bukan2 dah ni.. hahaha... ok la.. nak sambung keje sebelum virus M menyerang.. huhuhu..
Daaaaaaaaaaaaa...

Love,
ME

Monday, August 26, 2013

Better late than never :)

Salam buat semua..

Sejak2 masuk sepital ni perut dan demand macam2.. dah tu cepat pulak kebuluran... alahaiiiiii... biasanya kalau dah breakfast kat rumah memang tahan sampai tengahari.. tapi hari ni kena cari roti supaya perut tak menyanyi lagu rock kapak.. hahahaha.. nasib la kat workplace ada pengeluaran produk roti.. makanya menapak la ke bengkel roti untuk membeli roti sebagai alas perut.. alas perut la sangat.. hehehe.. Sebenarnya tu nak iklan produk keluaran bengkel roti di SEKOLAH TUNAS BAKTI TAIPING, PERAK.. Tempat saya bertugas :) Hehehe...

Saya dah mula ber'supplement'.. Anda bila lagi.. Jom jaga kesihatan.. Both of us, me n my hubby dah sepakat untuk ambil full supplement.. sebelum ni just vitamin c sahaja tapi kali ni sebelah pagi hampir 15 biji pil di telan.. kena set kan fikiran utk istiqamah.. hehehe.. dah terlewat? oh.. not for me.. BETTER LATE THAN NEVER.. kan kan kan.. so bagi yang masih belum bersupplement tu boleh la mula.. tak perlu berkira sangat untuk berhabis pada kesihatan diri.. Tuhan pinjamkan tubuh badan ni so kena jaga elok2 ya.. tak de jual spare part kat kedai... BAGI YANG BERMINAT TU BOLEH LA CALLING2 I UNTUK KHIDMAT NASIHAT.. :) saya pun masih berguru tentang segala jenis supplement ni.. JOM KITA SAMA2 JAGA KESIHATAN.. Soal mati tu rahsia Tuhan tapi sementara kita hidup kita sama2 jaga apa yg dipinjamkan pada kita ya :)


Bila kita sihat, insyaallah akan lancar aktiviti harian kita... Kena ikhtiar bukan duduk saja ya mengharapkan semuanya ok.. Korban sikit untuk kesihatan.. Kalau kita boleh tutup mata nak beli branded things (handbag, barang kemas, make up etc yg relate dgn kaum hawa la kan... ) apa kata kali ni kita berlapang dada beli makanan kesihatan.. bukan untuk orang lain tapi utk kita jugak kan.. :)

Let's Creating Healthier Lives with SHAKLEE!!!


OK lah.. nak check video yang shoot pagi tadi untuk hantar bahagian editing... jadi director part time.. hehehe.. keje mesti fleksibel.. mesti multi tasking.. yang penting jangan berkira baru kita seronok bekerja.. 
Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

Love,
ME