Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, October 21, 2013

Ingatan buat diri ini yang sentiasa alpa dan lupa

Jgn salahkan mereka jika sehingga kini mereka masih melayan kita sprt anak2 kecil.. Pastinya mereka merindui saat2 membesarkan kita.. Jgn pernah timbul rasa marah jika sehingga kini mereka masih menegur kekhilafan kita, kerana pasti mereka sentiasa menginginkan yg terbaik untuk kita walau kita sudah punya keluarga sendiri..

Saat mereka merindui kita, hanya panggilan telefon yg mampu mengubat kerinduan itu.. Jgn pernah sekali pun kita menidakkan kerinduan itu kerana pasti kita akan merindui mereka saat mereka sudah tiada lagi.. Jgn pernah mengatakan kita tidak punya masa utk mereka.. Tinggallah sebentar urusan dunia dan layanilah mereka yg bertahun2 melihat kita membesar.. Tak rugi walau kita luangkan masa dlm setengah jam utk meredakan kerinduan itu..


Jgn pernah sekali kita mengabaikan mereka walau kita punya tanggungjawab lain krn tanpa mereka siapalah kita disaat ini.. Bibir mereka takkan pernah sekali mengucapkan rasa kecewa dihadapan kita tapi mungkin dihadapan sang pencipta rasa itu diluahkan, disimpan jauh di sudut hati.. Kerana apa? Kerana tidak mahu kita tersinggung jika rasa itu diluahkan


Jgn pernah sekali kita mempersoalkan kenapa begitu dan kenapa begini kerana pasti segala apa yg mereka buat pasti ada sebabnya.. Bukan kerana mereka membandingkan antara anak2 mereka.. Kasih sayang mereka tiada beza cuma kita yg terlalai dan tak pernah cuba utk mengerti mengapa mereka buat semua itu.. Setiap anak pasti ada beza cara membesarkan, sebab perangai anak2 itu sendiri berbeza.. Cuba kita bayangkan betapa sukarnya mereka melayan kerenah kita semasa kecil.. Pasti sukar kalau kerenahnya mcm2..


Aku sayang mereka sehingga ke akhir nafasku.. Walau sudah punya pelindung sendiri, aku akan tetap pastikan mereka gembira dan bahagia hingga kehujung hayat mereka.. Aku akan sedaya upaya cuba utk pastikan hanya airmata gembira sahaja mengalir diwajah mereka.. Gembira kerana telah berjaya membesarkan kami semua dengan baik dan sempurna..

Dedikasi khas buat ayahanda Wan Ghazali Wan Sulaiman dan bonda Wan Ainin Wan Hussin

19102013
03.55 pm

No comments:

Post a Comment