Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday, September 11, 2011

Masih belum terlambat.. Eid Mubarak 2011

Salam semua....

lamanya tak meng update blog ni.. huhuhuhu.. lepas balik cuti raya sibuk dgn keje n rumahtangga.. maklum la kan.. bini orang n at the same time a career woman.. wallaaaa.. ayat tu... just wanna share with u guys my happiness all the way from kelantan.. negeri cik siti wan kembang... mmg kembang pun wan ni.. hehehe...
selepas sembahyang raya... kami ke kubur arwak tok wan n mok (nenek)... lama jugak tak pergi.. kadang2 lalu je tapi tak sempat singgah... kami bersihkan sikit2 buang rumput.. dan sedekahkan fatihah.. baca 3 kul.. akhir sekali abah ketuai utk baca doa.. sayu sgt masa tu.. n abah sebak masa baca baca doa.. bergenang airmata aku... esok2 kalau mati ni tempat kita semua.. walaupun dekat tapi jauh kerana berlainan alam.. alam barzakh... semoga roh tok wan n mok dicucuri rahmat dan ditempat bersama orang2 yang soleh.. amin


ini encik suami... pertama kali kekubur arwah.. raya pertama bersama di kelantan

anak lelaki sulung.. adik aku.. che mat aka imran.. pun sama2 bersihkan kubur.. thn ni raya pertama bersama isteri

ni aku n encik suami...

dari kiri che mat, encik suami, amin n fiqah(adik)

dua dari kanan adalah bondaku.. pn hjh wan ainin

inilah ayahanda kami yang tersayang yang mengetuai bacaan doa... 
pulang dari kuburan, tugas anak perempuan.. aku n adik.. tp bezanya thn ni ada menantu perempuan.. kami sama2 menyediakan juadah dimeja ruang tamu utk hidang tetamu yang datang...


ini juadah wajib hari raya.. roti jala.. kalau ma tak buat ni haru biru la gamaknya sbb org akan tanya nape x buat.. huhuhuhu


ini kuzi ayam.. nyum2.. mmg sedap.. thn ni che mat ambil alih buat kuah ni.. turun temurun.. aku buat roti jala je.. hehehe

ni pulak pie tee.. ramai tak pernah tgk n x pernah mkn.. ada yg x tau pun nak mkn mcmana.. mcm kami adik beradik dah biasa da...

istimewa dari pn hjh wan ainin.. triffles..


 dan yang paling banyak gambar sape lagi.. aku n adik la.. hehehe.. ma kata model iklan ubat gigi.. hahahha





ni la menantu perempuan yg pertama.. anis namanya



tu je la ya u allzzz.. nnti ada time aku update la blog ni.. nak rehat sat ptg2 ni.. encik suami tgh servis motor/keta dia kat luar.. ok la.. bye.. semoga ketemu lagi
wassalam.. cayang u allzzzz

Saturday, August 20, 2011

Hujan lagi Taiping

Salam semua...

Semalam aku hadir untuk majlis berbuka puasa di sekolah.. memang seronok dapat berbuka beramai2 bersama2 anak2 kat sini.. menunya boleh tahan la.. ayam masak badam, gulai kambing, dalca dan jelatah... semuanya orang happy semalam..

tapi sebelum majlis bermula dalam pukul 5 petang.. hujan teramat lebat melimpah di Taiping.. aku suka hujan macam tu.. cuaca pun sejuk je.. so dewan kami memang tak perlu aircond la sebab dah memang semulajadi sejuk.. aku just nak share gambar2 semasa buat persiapan kat dewan petang semalam.. gambar hujan.. hehehe

pandangan dari sisi dewan sebelah kanan.. masa ni hujan baru dalam 2-3 minit


 pandangan dari sisi dewan sebelah kiri... nampak tak tapak tu.. tempat tu anak2 bangsa India suka main guli

 pandangan dari pintu utama dewan.. ops.. my car.. hehehe.. belakang tu masjid sekolah kami

pandangan dalam dewan.. anak2 sedang latih utk majlis khatam quran..
beri mereka peluang untuk perbetulkan kembali kesilapan yang pernah mereka lakukan

ok la guys... hari ni nak jadi tukang jahit.. nak jahit manik kat baju raya.. huhuhu.. semalam dah pi beli mani k with my officemate, syila.. rambang mata wok nengok manik yang banyak.. kalau rajin nanti aku upload gambar ya.. bye u allzzzzzzzz

cayang semua...



7 Hari Mencintaiku...

Salam semua...

sekarang tepat jam 5.45 pagi.. sudah bersahur n nal layan FB jap sambil2 update blog aku ni... cuaca pagi ni agak sejuk sikit.. suhunya 26 degree celcius.. mostly cloudy..

pasal tajuk entry tu.. malam tadi dengan deraian airmata aku berjaya menghabiskan buku setebal 1048 dalam masa 2 hari.. correction bukan malam tadi tapi awal pagi tadi lebih kurang jam 1.40 pagi.. sakan betul nangis bila tiba chapter2 akhir.. nasib baik en suami dah lena.. MIA ADRIANA.. terbawa2 je cara dan sikap dia..hehehe

my mum dah suruh bawak balik novel tu.. pesan dia raya nanti bawak balik ya.. semestinya ma.. satu lagi novel siti rosmizah yang baru nak dicari.. mintak ma survey kat kelate kalau ada.. tak mau ketinggalan nak baca buku tu pulak..

k guys.. nak lelap mata sat na.. ngantuk tidur lambat n kena bangun awal utk prepare sahur..byeee..
cayang u allzzz...

Wednesday, August 17, 2011

Sejuknya Taiping ni...

Salam semua...

Waktu ni keadaan Taiping agak sejuk sikit la... oleh kerana siang tadi hujan agak lebat juga.. suhu sekarang mencecah 25 degree celcius - mostly cloudy - berbanding petang tadi 27 degree celcius... berbuka puasa pun tanpa on kipas tadi.. lantai tiles rasa sejuk.. huhuhu.. but i likeeeeeeeeee...

Ni gambar di kawasan kediaman aku selepas hujan lebat jam 5 petang tadi.. tapi masih gerimis... angin sejuk sekali.. huhuhu..


pemandangan melalui tingkap bilik tidur tetamu

pemandangan di beranda rumah


opsss... my car.. hehhehe.. sian dia kesejukan...
ni pemandangan dari bahagian dapur

tu je la.. kalau nak merasa cuaca dingin Taiping, sila la berkunjung ke sini.. ok guys.. daaaaaaaaa
cayang u allzzz



Menu berbuka puasa 17 Ogos 2011

Salam semua...

Buat pertama kalinya aku share menu berbuka puasa aku dan encik suami.. so simple sebab penat berjalan shopping tadi.. menu hari ni sotong celup tepung, udang goreng halia dan tom yam campur.. baunya YA ALLAH... makruh la wei.. hehehehe.. diucapkan selamat berbuka untuk semua ya...




ok la guys.. dah nak masuk waktu berbuka ni.. selamat berbuka pose semua..
cayang u allzzzz.. bye