Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

About Me

My photo

Teruskan perjalanan yg penuh liku. Tanpa cabaran kita takkan matang tanpa dugaan kita takkan berwaspada. Sentiasa yakin dan ikhlas dalam apa jua yg dilakukan

Sunday, June 5, 2011

Selamat Ulangtahun Perkahwinan Yang Pertama... (buat diri ini dan en suami)



Kesibukan yang tak pernah henti... Besar amanah dan tanggungjawab tugas yang dilakukan sekarang... Kadang-kadang rasa jugak macam tak masa yang banyak untuk diri sendiri. Nasib baik en. suami kerja kat tempat sama so tak de la masalah masa dengan en suami. Buat en suami, terima kasih kerana memahami diri ini. Sepatutnya pagi ni en suami nak makan me goreng tapi disebabkan keprihatinan dia, dia kat 'abang beli nasi lemak je la..' Lagipun kami ada tetamu, kawan en suami yang datang dari Penang malam tadi.
Kebetulan pulak aku tak berapa sihat hari ni.. mula semalam bersin tak berhenti... kemudian terus sakit tekak dan selsema.. dah lama tak demam ni.. harap-harap tak berpanjanganlah sebab esok kerja dan ada urusan yang nak diselesaikan.
Back to the title.. hari ni adalah ulangtahun perkahwinan kami yang pertama.. rasa macam baru semalam kami bernikah dan majlis kenduri.. sekejap je dah setahun.. tapi belum ada penyeri dalam rumahtangga kami.. apapun kami tetap berusaha.. maaf ya en suami, bila terpaksa menjawab soalan cepumas yang ditanya oleh orang kampung dan kawan-kawan... memang sedih tapi tuhan belum sampaikan permintaan untuk bercahaya mata.. kita usahakan ya bang... insyaallah lepas beberapa treatment yang perlu sayang lalui kita cuba ya...
en suami dah balik la.. nanti la sambung balik.. bye..

No comments:

Post a Comment