Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, June 18, 2013

Mencuri masa..

Salam buat semua...

Sekejap je masa berlalu dah nak masuk Julai 2013... Dah 3 tahun mendirikan rumahtangga.. Tapi masih belum ada zuriat sendiri.. Belum rezeki.. Tak putus berdoa siang malam agar ada satu keajaiban hadir dalam tahun ni...

Oh ya.. Untuk makluman, sekarang baru dalam 3 hari operasikan new FB tapi hanya untuk bisnes kecil-kecilan je la.. Alhamdulillah setakat ni agak memberangsangkan.. Permintaan tak putus dan tauke pun baik hati... Cuma nak maintain je la agak susah.. Sebab bermusim dan kena sentiasa kejar fesyen terkini... Lupa nak maklum yg buat bisnes tudung je.. hehehehe.. Ada yang tanya kenapa tudung? Sebab suka tengok orang nampak cantik bila bertudung :)

Sekarang ni tgh demam selsema.. Sudah masuk 3 hari... Mcm makin kerap pulak krg sihat sekarang ni.. Adakah perlu untuk ambik supplement tambahan??? Ada la kawan nasihatkan ambik supplement so tgh fikir2kan..

Nak tunjuk sikit la koleksi tudung yang dijual..









Oklah.. Nak siapkan dokumen untuk anak2 ujian lisan BM esok.. Good Luck to my boys..

Love,
ME

Wednesday, May 29, 2013

Kesibukan melanda...

Salam buat semua...

Blog kembali bersawang.. hehehe.. Sungguh menimbun kerja2 dalam sebulan ni... Meja kat ofis pun tak pernah clear.. Tolong la wahai kerja.. Jgn banyak sangat ya kalau nak datang serentak.. hehehe... 

Nak sharing.. yang sibuk dengan KIK wakil Jabatan our group dapat naib johan... alhamdulillah.. penyertaan kali pertama dan itu dah cukup ok.. We happy with it.. 

Program pun penuh sangat2.. Esok pulak jadi tuan rumah utk meeting KARISMA.. TKP pulak yg turun... Haiyaaaa.. Suka sungguh depa ni datang tempat kami ya.. Apa boleh buat.. Terima je la... 

OK la.. Nak layan Kilauan Emas Akhir.. Cam best je walaupun tak ikuti dari awal.. See yaaaa

Bye...

Love,
ME

Monday, May 13, 2013

Alaaaahaiiii... Penuhnya jadual..

Salam buat semua...

Lain macam je tajuk entry ni... Huhuhuhu... Dah 2 bulan penuh je jadual dalam diari.. Begitulah juga padatnya dalam kepala ni.. Berselirat duk memikir kerja yang tak pernah habis..

Lagi bertambah berselirat presentation KIK next week.. Ya Allah.. Dengan program sepanjang minggu ni penuh sampai hari Jumaat.. Makanya weekend ni kena masuk ofis lagi la.. Tak pe lah.. Nanti habis semua hal2 ni kita rehatkan diri... :)

Aku bertindak utk menyiapkan 2 jenis slide berbeza utk presentation.. Last minute pulak nak 2 slide.. Blank kejap sebab aku hanya buat 1 je.. Tu pun dah dekat 70 muka surat.. Nak buat lagi satu sempat ke dlm tempoh 5 hari ni??? Tolooooooooooooooooongggg... Rasa stress pulak... Syuhhhhh.. MR STRESS tolong pergi main jauh2 ya... Buat masa ni saya tak perlukan anda disekitar saya... Huhuhuhu... Macam dah betul je ni... Agaknya kerja banyak sangat kot.. Hahaha.. Tambah lagi satu kerja bila meeting minggu lepas boss dah mintak jadi  MC untuk majlis penutup Program Kualiti/Inovasi peringkat Negeri Perak... Aku ok je la sebab tak de pilihan.. Mintak tolong boss itu seperti arahan so SAYA YANG MENURUT PERINTAH :) Nasib baik dah biasa jadi MC.. So yang tu tak de lah tekanan sangat...

Oklah.. nak menggosok baju utk kerja esok.. MENGGOSOK can skema je.. Iron baju ya tuan/puan... Tgh tunggu apa lagi nak jadi esok.. Dah la tgh kecoh pasal pertukaran n kenaikan pangkat sehari dua ni... Harap2 aku bkn salah seorang daripada mereka yang terpilih... Hehehe...

Bye

Love,
ME




Friday, May 10, 2013

Mother's Day

Salam buat semua...

12th May, Hari Ibu Sedunia.. Setiap Ahad kedua pada bulan Mei.. So untuk anak2 kat sini aku dah buat satu program khas sempena hari ibu.. Tapi ada antaranya tak pernah kenal siapa ibu mereka.. Ada pula yang sudah kehilangan ibu tersayang.. Tapi tujuan aku buat semua ni bukan niat utk menyentuh hati anak2 di sini.. Aku cuma nak mereka luahkan rasa hati yang terbuku setelah sekian lama..

Tahun ni aku diluar kebiasaan.. Seperti tahun2 lps aku hanya menyediakan kad ucapan untuk anak2 di sini tulis atau lukis apa yg mereka rasa. Tapi tahun ni aku nak bagi diaorg rasa apa ibu telah korbankan sehingga mereka dimasukkan ke pusat pemulihan. Aku mulakan dengan sajak buat ibu.. Dah ada yg mengalirkan airmata dengan video yg ditayangkan.. Tak pe lah.. Itu tanda rasa kasih syg yg ada dalam diri mereka. Mereka bukan budak jahat. Tak pernah sekali pun perkataan budak jahat keluar dari mulut aku bila berdepan dengan anak2 di sini. Tadi mereka ada sebut yg mereka kurang kasih sayang. Aku senyum bila dengar luahan tu.. Dah 2-3 hari sejak2 aku kembali dari cuti panjang, perkataan itu yg aku dengar. Aku cakap dgn diaorang nanti aku bagi kasih sayang tu. Tapi kena la bahagi sikit sorang sebab semua yg ada dah nak mencecah 200 orang kat sini... :) Budak2 ni kadang ada yg suka merajuk dengan aku.. Sebab kecik je pun.. Kadang tak terlayan cakap je pun.. Tak pun tak terdengar luahan diaorg.. Apa taknya sekali nak jumpa 5-6 orang keliling.. Alahai anak2 ooiii... Telinga ummi ni ada 2 je.. sorang2 ya.. :)

Ok.. sambung tentang program.. Aku bagi masa setengah jam untuk anak2 ni tulis atau lukiskan sesuatu dalam kad yg aku sediakan.. Dalam masa diaorg tulis tu aku pasang lagu2 berkaitan ibu.. Last sekali diaorg buat permintaan nak dengar lagu Untukmu Ibu.. Oklah.. ikut kehendak anak2.. Dah tu ada pulak yang teresak2.. Alahai anak.. Aku hanya boleh tenangkan tapi x boleh peluk supaya hilang rasa rindu pada ibu kamu sebab kamu anak lelaki.. Bkn muhrim ya.. so terpaksalah panggil ustaz dan cikgu2 lelaki yang ada utk tenangkan diaorang. Aku tahu diaorg sygkan ibu masing2..  Lepas habis semua tu aku akhiri dengan paparan video kisah pembohongan seorang ibu... Dah 2-3 hari aku latih utk voice over video ni.. Tiap kali latih tu la aku menitis airmata. Huhhhhh.. Memang syahdu.. So awal pagi tadi aku cuma mengharapkan agar voice over tanpa menitiskan airmata tapi tak boleh la... Tetap mengalir airmata ni.. Anak2 pun sama... Rupanya ustaz dan kakitangan pun ada mengalirkan airmata jugak... Sorry ya.. I feeling lebih sgt kot.. Hehehe.. Inilah video yg dimaksudkan...



Mungkin bagi orang lain tiada apa sangat pun.. Jiwa aku sensitif.. Sebab bila bercakap tentang ibu atau ayah memang feeling sgt.. Budi mereka berdua sampai mati pun tak dpt aku balas...

Buat bonda tersayang WAN AININ WAN HUSSIN setulus ikhlas dari hati sungguh aku sayang pada mu.. Kaulah ibu, rakan dan pendengar setia.. Tak pernah sekali pun kau menolak utk mendengar setiap patah percakapan anakmu yg sememangnya dari kecik sampai sekarang mmg kuat bercakap.. Mulut murai.. Hehehe... Terima kasih atas kasih sayang mu.. Atas perhatianmu.. Yang paling utama atas doamu.. Baru minggu lepas kau bgtahu aku yang kau sentiasa mendoakan yang terbaik utk semua anak2mu.. Tidak pernah putus doa tersebut.. TERIMA KASIH BUNDAKU... Doaku juga sentiasa utkmu.. Agar Tuhan sentiasa memberi kau kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur kerana aku masih belum bersedia utk kehilanganmu.. Masih memerlukanmu.. masih ingin merasa masakan dari air tanganmu.. masih ingin merasai pelukan dan ciumanmu.. AKU SAYANGKAN MU DUNIA DAN AKHIRAT...

Tak boleh dah ni.. Rasa sebak semacam je.. Huhuhuhu... Oklah.. Nanti aku update lain la ya.. Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu :) Bye...

Love,
ME

Wednesday, May 8, 2013

Back to work :)

Salam buat semua...

Kembali bertugas.. Wahhhh.. Masuk ofis dah ada satu memo lekat kat pintu bilik.. Oh my boss.. I balik cuti sudah ada kerja menanti.. Huhuhuhu... Oleh kerana duk hadap kerja je makanya masa berlalu pun tak sedar. Tapi hari ni awal2 pagi lagi aku dah ke hospital. Jam 8 pagi ambik darah (lagi dan lagi) dan jam 9 pagi appointment ultrasound.

Balik dari hospital terus siapkan kerja untuk program hari ibu Jumaat ni. Program tahunan aku untuk anak2 kat sini. Cuma tahun ni aku tambah satu slot tayangan video yang aku sendiri tangkap leleh dengan video2 tu.  Salah satu video tu, aku sendiri yang akan buat voice over (betul ke istilah ni ya :) ) Harap2 tidak menitiskan airmata la ya. Tapi bila nak bercakap bab ibu ni memang syahdu dan sayu la. Harap melekat dlm hati anak2 semua.

Bertambah dengan tugasan KIK yang masih belum selesai. Slide utk presentation masih dalam progress. Hanya 70% je yang dah siap. Haiya.. cuti lama sangat buat semua kerja tergendala. Salah siapa? Diri sendiri la sebab bila cuti time management sudah lari.. hahahaha.. Harapkan semua dapat diselesaikan mengikut waktu yang telah ditetapkan...

Kerja2 rumah utk malam ni pun dah siap.. Tadi penat sangat terlelap kejap.. Siap pesan dekat cik abang supaya kejutkan utk aku gosok baju kerja esok hari.. Sejam jugak terlelap tadi.. Tak tahu la nak lena pulak malam ni mcmana.. hehehe..

Oklah nak layan Kilauan Emas pulak.. Boleh la tahan.. Tapi.. yang makcik2 sekalian tu mcm tak sesuai jek.. Pandangan peribadi je tu.. Terpulanglah pada diaorang..

Bye...

Love,
ME