Daisypath Happy Birthday tickers

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, August 17, 2011

SHOPPING TIME!!! PART 2

Salam semua..

As u all tahu hari ni hari shopping aku dan en suami.. ingatkan tak la ramai orang tapi RAMAI GILER.. huhuhuhu... kat JUSCO orang macam semut je.. nak pilih barang pun agak susah sikit la.. yang sadisnya kasut yang aku nak tak de saiz pulak tu.. CARLO RINO.. lain kali hantar stok lebih sikit ya.. pi outlet CARLO RINO JUSCO pun tak de jugak.. sabar je la... alih2 en suami yang dapat dulu.. ada pulak saiz dia... baju pun dia dapat.. aku makan angin je kat JUSCO.. so aku ajak pi IPOH PARADE la pulak.. semata2 nak cari design yang sama.. nanti termimpi2 pulak..


Kat IPOH PARADE tak la ramai sangat orang.. so leh la jalan sambil lepak2... makanya aku terus la pi ke bahagian kasut CARLO RINO.. terus la aku terkam design yang sama dan tanya la kakak promoter yang terkejar2 layan customer.. check punya check ada la saiz 37.. senyum la sampai telinga ya.. kalau kecik2 dulu nak tidur try.. bangun tidur pun try.. free time pun try.. hahaha.. budak2 la katakan..

Dah selesai bab kasut aku singgah kedai buku POPULAR sat cari buku yang ibu mertuaku mintak tolong cari.. alih2 buku tu tak jumpa aku jumpa buku lain pulak.. apa lagi.. NOVEL la.. lepas kawin ini la baru jinak2 balik dengan NOVEL.. 7 HARI MENCINTAIKU.. jap ek.. nak upload gambar buku tu..


tebal giler buku ni tak tau bila nak mula dan bila nak habis.. jap nak check berapa muka surat.. 1048 muka surat.. mau 7 hari 7 malam ni.. tak tidur lena la jawabnya.. hehhee..

ok la.. nak siap untuk berbuka pulak.. lenkali i sambung citer lagi ya..
cayang semua...

Tuesday, August 16, 2011

SHOPPING TIME!!!

Salam semua...
Tajuk entry yang BEST.. sebenarnya sedang bermalas-malasan kat rumah sekarang ni.. dengan cuaca yang sejuk dan dingin.. biasalah Taiping.. kembali kepada cuaca yang sebenarnya selepas agak panas bulan lepas.. tapi aku suka sangat cuaca sejuk ni walaupun sampai menggigil tahan cipan bila mandi pagi.. huhuhu.. menggeletar gigi-gigi ku.. hahaha.. tu tandanya sejuk sangat..
Esok cuti nuzul quran.. dah plan dengan en suami nak ke Ipoh.. nak cari baju raya en suami.. apa yang penting mesti match la dengan baju raya aku.. ehhehehe.. oleh kerana tengah SALE! maka plan nak ke JUSCO.. banyak pilihan la sikit.. lagi pun pemegang J CARD mesti ada special..



Itu tempat pertama.. kalau tak penat nak pi sini pulak.. hohoho


tapi yang pastinya kat JUSCO mesti berejam2 la gamaknya.. tambah kalau singgah tempat berhantu.. SHOES!!! huhuhu... tapi belanja berhemat.. jangan risau sebab penasihat iaitu en suami sentiasa ada... 
Can't wait 4 2morrow... dah terbayang2 tol Ipoh.. hahaha... ok la... nak layan FB n GAME jap.. pastu zzzzzzzzzzzzzz... nite everybody.. cayang semua.. salam


Saturday, August 13, 2011

Lamanya tak update blog...

Salam buat semua...
Hampir sebulan jugak tak update ek... punya la bz menguruskan 'anak2" kat sini.. tanggungjawab tu.. last week balik rumah mentua.. sempat la jalan2 cuci mata.. gambar tu ada kat FB tapi akan masuk juga blog ni nanti.. insyaallah...
Minggu ni weekend di Taiping je.. tapi rutin lain sikit hari ni.. jam 10 pagi mula buat biskut raya pertama.. huhuhu.. mulanya nak buat 2 jenis tapi bau biskut tu benar2 menusuk kalbu la.. hahaha.. so just buat biskut nestum je.. ada la 200 biji.. lebih kurang la.. esok nak buat shortbread choc chips cookies.. my favourite.. sebab tu tak leh wat hari ni.. hehehe...
Kat Taiping ni baru je lepas hujan.. meme la sejuk.. huhuhu.. en suami keluar gunting rambut.. so tinggal la aku dengan utek my kitty.. kena kurung lagi pagi ni sebab buat perangai.. banyak ragam plak 2-3 hari ni.. lagipun baru lepas mop lantai.. lagi la utek tak leh masuk sebab dia suka main lari2 kalau lantai lepas mop..
wokey la.. en suami mcm dah balik tu.. nanti2 kita sambung berblog lagi ya..

cayang semua... daaaaaaaaaaa

pssst.! ni gambar kat kediaman aku lepas ujan.. hehhe.. damai n tenang.. with greenery scenery...






Friday, July 29, 2011

Family Vacation...Cherating

Salam again to uolssssss...

Saje la nak share gambar percutian keluarga aku kat Cherating last week.. 22-24 Julai.. syok giler.. mmg giler la.. giler mandi laut sampai burn kulit... huhuhu.. masa hari kedua kat sana pipi aku dah merah2.. orang lain tak pulak jadi cam tu.. huhu.. mmg cuak gak la.. takut rosak kulit (konon.. hehehe).. tapi mmg betul2 seronok.. terima kasih kepada penaja utama iaitu MA & ABAH.. tahun depan kita nak gi mana pulak ya?..belanja lagi tau.. hihihi...(kurang asam jawa punya anak ni..)

Lepas mandi laut, mandi kolam pulak... aku semestinya pilih kolam paling dalam.. 3.3 kaki.. huhuhu... pastu buat2 cam berenang... gaya memang ada kelas la.. kalau orang tak perasan kaki aku memang ingat aku berenang.. hahahha.. jom tengok gambar.. sikit je la ya.. sbb guna camera my mum.. aku memang turun laut n kolam tak bawa apa so tak de la gambar sendiri... selamat tengok gambar ya..










Majlis Graduasi (Pembebasan Awal Berlesen) untuk anak-anak Sekolah Tunas Bakti Taiping



Salam buat semua... dah lama tak update blog ni.. bulan ni memang sibuk memanjang.. ada program besar dihujung bulan ni.. dan kebanyakan urusannya diatas batu jemala patik.. huhuhu... nasib baik la tak stress sangat tapi penat tu tak usah cakap la.. this weekend i have to work.. termasuk jugak la pada hari lahir aku.. uuwwwwwaaaaaa.. sadis tol la... apa leh buat.. amanah, tanggungjawab dan kepercayaan yg diberi perlu aku laksanakan.. malam tadi tak leh lena memikirkan banyak lagi yang tak settle tapi alhamdulillah hari ni segalanya selesai.. esok raptai penuh untuk majlis tamat latihan 'anak-anak' dibawah jagaan kami semua dan seramai 41 orang terpilih diberi pembebasan awal.. tahniah buat semua anakanda ya... sebenarnya ada satu perasaan yang sukar aku ungkapkan dalam 2-3 hari ni.. budak2 aku pastinya takkan paham.. korang semua dah jadi macam family dan hidup bersama dalam 1-3 tahun tanpa bercampur sepenuhnya dengan masyarakat luar... aku hanya mendoakan anakanda semua tidak lagi mengulangi kesilapan yang sama ya.. ingat selalu pesanan ku ni.. "jgn derhaka dgn mak.. dosa masuk neraka nanti".. hihihi.. itu selalu aku ungkapkan kat anak-anak kat sini bila diaorang tak nak dengar cakap.. kalau rasa mcm diaorang tipu aku mesti aku tulis kalimah Allah kat dada anak2 tu.. mmg aku mcm budak2 dah pun.. tapi layanan sebegitu buat diaorang selesa dengan aku dan rakan2 sejawat yg lain.. kami mengambil alih tanggungjawab ibubapa anak-anak ini dalam tempoh 2-3 tahun.. membetulkan kembali kesilapan yang pernah mereka lakukan...
kepada mereka yg membaca entry ini... tolong jgn memandang serong pada orang2 seperti mereka.. beri mereka peluang untuk betulkan kesilapan dan kembali kepada masyarakat..

p/s : gambar kena kasi blurr.. sorry ya.. tmpat aku keje ni pusat pemulihan so x leh kasi nampak terang2 la